BAB 6

Romance Series 5342

Aku membukak mata dan melihat ke arah jam di dinding..
"8:00malam dah..lama jugak aku tido"(kata aku sambil bangun dari tilam dan berjalan masuk ke bilik air untuk menukar baju dan mandi.Dari tengah hari aku tak tukar tukar baju sekolah sebab tertidur lepas balik sekolah.

Selesai mandi aku siap siap untuk keluar mencari makanan di luar yang murah,sebab dari pagi aku tak makan.Selesai siap aku berjalan keluar.

*****

"Nak makan kat mana"(kata aku dalam hati)

Maklum lah dah 8 tahun aku tinggalkan Malaysia,itu pon masa aku kecik memang taktahu lah selok belok di Malaysia.

Sedang aku berjalan mencari kedai makan yang berdekatan,tiba tiba aku dapat rasakan ada seseorang yang mengikutti aku dari belakang, bila aku melihat ada bayangan seseorang di belakang aku.Aku meneruskan jalan aku sementara memikirkan masa yang sesuai untuk pusing ke belakang dan melihat siapa yang mengikutti aku.Satu langkah dua langkah,tiga langkah...

"Ya!!ini masanya aku toleh kebelakang!"(bisik aku dalam hati)

Lantas aku menoleh kebelakang setelah langkah ketiga dan alangkah terkejutnya aku melihat ada seorang perempuan yang mengikutti aku dari tadi..

"Ha!!!Sapa kau!(Kata aku pada perempuan itu dengan suara yang sedikit aku tinggikan)

Perempuan itu terkejut lalu pusing ke belakang untuk cuba lari dari aku.Lantas aku mencapai tangannya dan menggenggam kuat tangan perempuan itu agar tidak bisa lari.

"Kau nak pergi mana!!"(marah aku pada perempuan tu)

Perempuan itu hanya berdiri kaku sambil kepalanya ditunduk kebawah.

"Sapa kau!!kenapa kau ikut aku!!"(tanya aku pada perempuan tu)

"Sa..sa..saya Syira..pelajar tingkatan 3..sa..saya budak perempuan yang kena simbah air tadi..."(kata perempuan itu sambil mendongakkan kepala dan menunjukkan wajah nya)

Aku cuba mengingat kembali dan cuba mengecam wajah budak perempuan itu...

Akhirnya baru aku teringat perempuan ni lah yang aku tolong kat sekolah tadi..kes kena simbah air ngan si Ayden yang bajet bagus tu..

"Owh!...dah ingat!.."(kata aku pada budak perempuan tu)

"Saya..ikut akak sebab saya nak ucap terima kasih sebab tolong saya.."(kata budak perempuan tu sambil menundukkan kepalanya semula)

"Sama sama...dah tu kenapa akak pusing belakang adik lari..?"(tanya aku pada budak tu bila tadi dia cuba lari bila aku tegur)

"Hehe..sebenarnya takut nak tegur akak.."(sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal)

Aku tergelak kecil mendengar jawapan budak tu..

"Haha..akak bukan makan orang pon..ni datang dengan sapa?.."(tanya aku bila lihat dia sorang sorang pada waktu malam)

"Datang ngan driver saya.."(sambil menunjuk ke arah lelaki yang berdiri di depan sebuah kereta)

"Owh yeke..kalau macam tu gi lah balik..dah malam ni.."(kata aku pada budak tu)

"Akak nak tumpang ke.."(ajak budak pompuan tu)

"Eh..takpe lagi pon akak nak pergi cari makan..akak tinggal kat asrama..lagi pon asrama dekat je"(terang aku)

"Owh..kalau macam tu adik balik dulu ye..bye"(sambil melambaikan tangan ke arah aku)

Aku pon melambaikan tangan sambil tersenyum,lalu berjalan ke arah sebuah kedai makan di seberang jalan.

Aku duduk di sebuah meja dekat dengan kedai lalu memanggil pekerja di situ untuk memesan makanan..

"Abang..nak pesan makanan"(sambil melambai kan tangan ke arah abang yang sedang menghantar minuman ke meja depan aku)

Abang tu pon berjalan ke arah meja aku..

"Ye adik nak pesan apa"(sambil mengeluarkan pen dan buku nota kecil dari poket)

"Saya nak nasi goreng dengan air kosong je"(pesan aku kepada abang tadi)

"Owh..ok..tunggu sebentar ye.."(abang itu berlalu pergi untuk menghantar pesanan)

Aku mengeluarkan telefon sementara menunggu pesanan yang aku pesan sampai.Tiba tiba aku perasan ada orang yang sedang memerhatikan aku di seberang jalan di tempat parking kereta.Aku cuba melihat ke arah parking kereta tu,aku lihat ada seorang lelaki berbadan besar mamakai pakaian serba hitam sambil berdiri memandang ke arah aku..

"Jap..macam kenal..lelaki tu."(kata aku pelik dalam hati)

Tiba tiba aku teringat siapa lelaki tersebut..

"HA!TU BUKAN KE ANAK BUAH JOHN!"(jerit aku dalam hati sambil mata aku membesar)

"Apa dia buat kat sini.."(sambil memandang ke depan semula )

"Haish...ni mesti John hantar anak buah dia untuk tengok tengok kan aku.."

"Biar lah.."(aku hanya mengabaikan perkara tersebut)

Tiba tiba pesanan yang aku pesan pon sampai..

"Nah nasi goreng dan air kosong"(sambil meletakkan pesanan yang di pesan atas meja)

"Terima kasih bang.."

"sama sama..selamat menjamu selera"

*****
Selesai makan aku memanggil abang tu dan menghulurkan duit untuk bayar,lalu bergerak untuk pulang ke asrama.Ketika aku ingin gerak aku lihat anak buah John masih ada di tempat tadi.Aku hanya melihat dan mengabaikannya,lalu bergerak pulang ke asrama.

******
(6:00 pagi)

Aku bangun dari tidur dan bergerak ke tandas untuk mandi.Selesai saja mandi aku siap siap mengenakan pakaian sekolah dan bergerak keluar.Macam biasa kalau bukan Jue yang berada di depan bilik aku sambil tersenyum.

"Hai!Selamat pagi!"(tegur Jue dengan wajahnya yang ceria)

"Selamat pagi"(balas aku)

*****

Kami berjalan masuk ke kelas dan duduk di tempat masing masing.Macam biasa aku keluarkan buku nota dan pen setelah melihat cikgu Amy masuk.

Sedang aku sibuk mendengar Cikgu Amy mengajar di depan aku melihat ke arah tingkap di tepi pintu masuk kelas,aku melihat ada seorang lelaki berada di luar kelas sambil menatap aku dengan marah di luar kelas..aku cuba mengecam wajah laki tu dan baru aku kenal..

"Ayden.."(bisik aku dalam hati)

Aku hanya tersenyum sinis ke arahnya lalu memandang kembali ke arah cikgu Amy yang sedang mengajar.

"Tak puas hati lah tu"(kata aku perlahan sambil tersenyum sinis)

"Apa kau cakap"(Tegur Jue yang terdengar kata kata aku tadi tapi tidak jelas)

"Ha!Tak..Takda apa apa"(kata aku pada Jue bila Jue terdengar kata kata aku sebentar tadi)

Jue hanya menggelengkan kepala dan terus memberi tumpuan ke arah cikgu.
***
"Siap lah kau pompuan..tahu lah aku nak kerja kan kau"(bisik Ayden dalam hati lalu berjalan pergi)

*****

Kring!!Kring!!Kring!!!

"Ok semua pelajar boleh pergi rehat dulu,kita sambung selepas rehat"(kata cikgu Amy sebelum keluar)

"Wey Arra kau nak gi rehat tak"(tanya Jue)

"Taknak lah aku macam biasa duduk dalam kelas je..kau gi lah rehat"(sambil memakai earphoned di telinga dan pasang lagu kegemaran aku)

"Ok lah..aku gi rehat dulu..bye.."(sambil berjalan keluar kelas)

Selepas beberapa minit aku bukak earphoned dan bangun,tujuannya untuk pergi ke tandas.Tiba tiba ada seseorang menutup mulut aku dengan kain yang menyebabkan kepala aku menjadi pening dan perlahan lahan penglihatan aku kabur dan aku tak sedarkan diri..

BERSAMBUNG..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience