BAB 1

Romance Series 5342

Nama aku Arra dilahirkan di Malaysia tapi dibesarkan di England ketika aku berusia 9tahun sehingga sekarang usiaku 16 tahun..

Aku di besarkan oleh John ketua gangster besar di England atas sebab satu peristiwa yang telah terjadi ketika aku berusia 12tahun.Ayah melarikan diri bersama sama adik perempuanku iaitu Ella muda setahun dariku jadi aku tinggal bersama sama ibu,tapi tidak lama kerana John datang kerumah dan menculik aku dan Mummy lalu menjadikan Mummy sebagai seorang pelacur di England.Tapi John hanya membiarkan aku dan memasukkan aku ke sebuah sekolah di England tapi bukan berarti aku bebas,Setiap gerak geri aku di awasi oleh anak buah John.

Sedang aku menikmati secawan hot coklat di sebuah caffe selepas pulang sekolah datang dua orang lelaki ke arah aku.Tidak pulak aku takut kerana aku kenal mereka kalau bukan anak buah John siapa lagi.

"Ikut kami boss nak jumpa kau"(kata salah seorang lelaki yang badannya agak besar dan menakutkan)

Tanpa berkata apa apa aku bangun dari kerusi dan bergerak mengikuti mereka.Entah kenapa John ingin berjumpa dengan aku.

****

Sesampai di rumah John aku turun dari kereta dan di bawak masuk oleh anak buahnya tadi berjumpa dengan John.Sesampai di depan bilik John aku melangkah masuk kedalam.

"Boss..kami dah bawak dia kesini"(kata anak buahnya)

"Baiklah korang berdua boleh keluar"(kata John)

John merupakan ketua gangster besar di England,walaupun usia nya telah mencecah 50an tapi tenaganya masih kuat.Pengikut pengikutnya jangan cita banyak gila!!sapa je tak kenal kumpulan ni paling ditakutti oleh orang orang di England.Kadang di sekolah ramai menjauhi diri dari aku kerana takut sebab mereka tahu aku anak buah John sehingga takda sapa berani kawan dengan aku..lagi satu aku sentiasa diawasi oleh anak buah John.

"Berdiri apa lagi kat situ!duduk!"(kata John dengan suaranya sedikit meninggi,Ingat aku pekak ke apa)

Aku hanya diam dan berjalan meuju ke kerusi depan mejanya..

"Kau tahu sebab apa aku panggil kau"(kata John sambil menyandarkan badan nya ke kerusi dan menatap aku dengan wajah bengisnya)

"Mana aku tahu..kalau kau tak bagi tahu"(kataku sedikit kasar)

Walaupun dia tua dari aku takda langsung aku nak hormat dia lepas dia dah jual Mummy aku dan dijadikan pelacur,sampai sekarang aku tak pernah jumpa dia..

"Aku nak kau balik ke Malaysia"(katanya sehingga aku sedikit terkejut)

"Ha!buat apa?"(kata ku sedikit pelik)

"Aku nak kau balik ke Malaysia,cari bapak dan adik kau lepastu rampas PERMATA yang BAPAK KAU DAH BAWAK LARI PERMATA AKU!!!!''(KATA JOHN SEDIKIT MARAH)

"HA!! Ingat senang aku nak cari dia lepas bertahun tahun dia lari tinggalkan aku dengan Mummy kat sini!"(balas aku dengan sedikit bengang)

"ITU AKU TAK PERDULI!!!!!Yang aku tahu kau cari mereka sampai jumpa dan rampas permata tu!!"

"Kalau aku taknak"(kata aku dengan wajah yang bengang)

John hanya tersenyum sinis mendengar kata kata ku..

"Baik!!kalau kau taknak aku BUNUH MUMMY KAU!!!DAN JADIKAN KAU PELACUR GANTI TEMPAT MUMMY KAU!!!KAU NAK!!

Terkejut dengan kata katanya,aku cuba mencari alasan..

"Tapi macam mana dengan sekolah aku..lagi satu mana aku nak cari dorang ingat Malaysia tu kecik ke!..dan aku pon dah lupa dengan wajah mereka....(kata ku sambil menahan amarah yang ditahan)

"Pasal sekolah kau jangan risau aku akan masukkan kau di sebuah sekolah swasta di Malaysia dan akan membayar yuran sekolah kau dan duit untuk kau hidup kat sana aku cuma bagi RM5000 kalau habis itu kau punya pasal tapi yuran sekolah aku akan terus bayar"

"Tapi macam mana aku nak cari ayah aku kat sana Malaysia bukannya kecik"

"Aku baru dapat maklumat dari anak buah aku yang adik kau sekolah dekat sekolah swasta yang akan aku masukkan kau kat sana..nampaknya ayah dan adik kau dah hidup senang kat sana sedangkan kau..(John tersenyum sinis selepas dapat mengetahui ayah dan adik aku hidup senang sedangkan aku sengsara di sini)

"Kalau kau dah tahu kau sendiri lah yang rampas permata tu!kenapa aku!!"(suaraku sedikit tinggi kerana tidak dapat menahan amarah yang terpendam dalam hati)

"Kenapa aku perlu bersusah payah sedangkan aku boleh mempergunakan anak dia untuk rampas permata aku kembali"(sambil mengangkat kedua belah keningnya)

aku menghelakan nafas nak taknak terpaksa aku ikut arahannya untuk pulang ke Malaysia dan rampas permatatu kalau tak mereka akan bunuh Mummy dan jadikan aku sebagai pelacur sedangkan ayah dan adik hidup senang di Malaysia dengan caratu aku boleh mengubah hidup aku..tapi pelik apa penting sangat permata tu...haish...

"Baik lah aku ikut cakap kau..tapi takkan kau takda gambar adik atau ayah aku"(kataku agar memudahkan kerja untuk mengenal ayah dan adikku nanti di sana)

"Itu bukan masalah aku..aku cuma bagitahu tentang adik kau ada kat sekolah tu dah cukup baik yang lain kau cari sendiri aku tahu permata tu jatuh ke tangan aku..FAHAM!!

"Yelah.."(malas nak dengar dia bebel panjang buat sakit hati je)

"Kau pergi kemas barang barang kau..esok kau dah kena gerak ke airport"

Aku bangun dari kerusi dan bergerak untuk keluar,Tapi langkahku terhenti dan aku menoleh ke arah John..

"Err...boleh aku pergi jumpa Mummy aku sebelum aku pergi ke Malaysia.."

"Nanti aku suruh budak budak aku bawak kau ke
sana malam ni"

"ha..tq.."(kata ku lalu bergerak keluar dari bilik)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience