BAB 4

Romance Series 5342

Aku membukak mata dengan perlahan bila terdengar satu ketukkan dari luar pintu bilik aku,aku bangun dari tempat tido dengan masih separuh sedar dan berjalan ke arah pintu untuk melihat gerangan yang mengetuk pintu

Aku memegang tombol pintu dan pulas dengan perlahan,lepas aku membukak pintu aku lihat ada seorang perempuan berdiri di depan aku.

"Errr...boleh saya tahu sapa awak.."(tanya aku kepada perempuan tu)

"Saya Jueliana boleh panggil saya jue,umur 16 tahun,tinggal dekat bilik sebelah bilik awak je.."(terang Jue sambil tersenyum dan menghulurkan tangan)

"Owh..jue..hai Jue..saya Arra,umur 16 tahun jugak,saya pelajar baru,baru je pindah semalam"(aku kenalkan diri pada Jue sambil menyambut tangan yang di hulur tadi)

"Saya tahu tadi Kak Ina(Akak Kaunter Asrama) bagi tahu..ada pelajar baru masuk kat sebelah bilik saya,tu yang saya datang bilik awak..lagi pon saya takda semalam maklum lah cuti sekolah.."(terang Jue pada aku)

"Owh.."

"Boleh saya tahu awak kelas apa nanti"(tanya Jue padaku bila dia tahu aku sama umur dengan dia)

"4Beta"(terang aku pada Jue)

"Ye ke!...maksudnya kita sama kelas lah!YAY!!.."(Terang Jue dengan gembira bila dapat tahu aku sama kelas dengan dia)

Aku hanya tersenyum melihat aksi dia yang gembira.Daripada pandangan aku dia agak cantik,periang,baik hati dan lebih tinggi dari aku mungkin tinggi dia 159 sedangkan aku 156.

"Kalau macamtu kita gerak sekolah sama sama ye esok.."(Terang Jue dengan gembira sambil menggenggam kedua dua belah tanganku)

"Baik lah.."(aku tersenyum sambil menganggukkan kepala tanda setuju)

"YAY!!mulai sekarang kita kawan ye.."(Jue terus memeluk tubuh aku)

"Haha..Ok..Ok"(sambil menyambut pelukkannya)

Ini kali pertama ada orang yang nak kawan dengan aku,selalunya kalau dekat England semua tanak kawan dengan aku semua menjauhkan diri sebab mereka tahu aku anak buah John.Tapi kalau kat Malaysia bukannya mereka tahu sapa John,kalau mereka tahu lah aku anak buah kepada gangster besar dekat England memang tak lah dorang nak kawan dengan aku.Walau pon Jue sudah menjadi kawan aku,aku masih menyimpan rahsia tengtang sapa aku sebenarnya dan apa tujuan aku bersekolah disini,aku taknak kalau aku bagi tahu sapa sebenarnya aku mungkin dia taknak kawan dengan aku,jadi aku hanya merahsiakan sapa aku dari semua orang.

******
(7:00 pagi)

Aku bangun dari tilam dan mencapai tuala yang disangkutkan pada dinding lalu berjalan masuk ke tandas untuk mandi.

Selesai saja mandi aku pergi ke almari baju dan mengambil pakaian sekolah yang disangkut,lalu memakai pakaian sekolah dan siap siap untuk pergi ke sekolah.

Jam menunjukkan pukul 7:45,lantas aku berjalan ke rak kasut dan meyarung kasut lalu membukak pintu bilik untuk keluar.

Alangkah terkejutnya aku bila aku melihat Jue sudah berdiri di depan bilik aku.Bagai nak gugur jantung aku.

"Haish...awak ni Jue buat terkejut saya je"(kataku pada Jue)

"Hehe..sorry lah saya baru je nak ketuk pintu bilik awak,tiba tiba awak dah bukak.."(kata Jue sambil tersengih melihat wajah ku yang pucat sebab terkejut)

"Dah lah jom kita gerak..nanti lambat pulak"(sambil menarik tangan aku)

Aku dan Jue berjalan ke arah lift dan menekan butang untuk turun.Bukak sahaja lift aku melihat ada tiga orang pelajar perempuan.Aku dan Jue senyum ke arah mereka lalu masuk ke dalam lift.

"Budak baru ke..sebab tak pernah nampak pon"(kata salah seorang perempuan dalam lift sambil tersenyum ke arah aku)

"Ha a saya Arra pelajar baru"

"Tingkatan berapa 1,2,3"(tanya salah seorang lagi kawannya)

Tingkatan 1,2,3,?????Kenapa nampak macam budak budak ke aku(kata aku dalam hati)

"Tingkatan 4..4Beta"(terang aku pada mereka)

"Tingkatan 4!..akak ingat kamu tingkatan 2...hehe sorry.."(kata perempuan tu agak terkejut)

Jue yang mendengar kata kata perempuan tu terus tergelak sehingga wajahnya menjadi merah.

"Hehe..takpe"(sambil menyiku tangan Jue yang masih belum berhenti gelak)

"Kami pulak tingkatan 5,panggil je akak Akak Areen"

"Akak pulak Rita"

"Akak pulak Elyn"

Mereka memperkenal kan diri mereka pada aku.Aku hanya tersenyum dan mengangguk perlahan kepala.

****
Aku dan Jue melangkah kan kaki masuk ke kelas.Ketika aku masuk ke kelas semua pelajar yang berada di dalam kelas semua terdiam dan semua memerhatikan aku.

Tak pernah nampak budak baru ke.(kata ku dalam hati)

Aku hanya mengabaikan pandangan mereka dan berjalan mengikutti belakang Jue.

"Ha.. ni tempat kau"(sambil meletak kan tangannya di meja bersebelahan meja dia)

Kami duduk di meja paling belakang dan di tepi tingkap.Aku meletakkan beg di atas kerusi dan duduk dekat dengan tepi tingkap.

Semua pelajar masih menatap aku dengan bingung kerana mereka tidak mengenali aku.Sedang mereka menatap aku tiba tiba pintu kelas terbuka,aku melihat Cikgu Wanita berjalan masuk dengan wajah yang ceria.

"Selamat pagi semua sekali"

Kami bangun selepas melihat Cikgu masuk.

"Selamat pagi Cikgu Amy "(kata semua pelajar)

"Ok semua boleh duduk..saya nak amik kehadiran"

Mata cikgu sibuk memerhati setiap anak muridnya sampai lah matanya terhenti pada aku.

"Kamu pelajar baru ke...tak pernah nampak pon?"(kata Cikgu Amy pada aku)

Aku bangun dari kerusi.

"Ha a saya pelajar baru..baru je daftar dua hari lepas"(terang aku pada cikgu)

"Ye ke...kalau macamtu..awak datang kedepan dan memperkenalkan diri..lagi satu bawak borang pendaftaran awak saya nak tengok"(kata cikgu Amy dengan lemah lembut sambil tersenyum ke arah aku)

Aku mengeluarkan borang dari beg dan berjalan kehadapan.Sesampai je depan aku menghulurkan borang pada cikgu dan memusingkan badan ke arah semua pelajar untuk memperkenalkan diri.

"Hai..Nama saya Arra Dee Ariesya..boleh panggil Arra"(kata ku dengan singkat)

Cikgu Amy melihat borang aku..tiba tiba wajahnya sedikit terkejut.

"Wow!!awak dari England ke!??"(Tanya cikgu Amy pada aku dengan reaksinya sedikit terkejut)

"Ha a...saya lahir di Malaysia tapi di besarkan di England"(kata aku pada Cikgu Amy)

Semua pelajar terkejut termasuk lah Jue yang taktahu apa apa pasal aku bila mengetahui aku di besarkan di England.

"Wow..awak jugak pelajar cermelang rupanya..setiap tahun mendapat tempat pertama dalam kelas dan pertama di sekolah!!"(Cikgu Amy agak terkejut lagi bila mengetahui aku bukan lah pelajar yang biasa biasa malah merupakan pelajar terpandai di sekolah ketika di England)

Bila mendengar kata cikgu semua pelajar mula bersuara.

"Srs lah!...pandai gila!..."(kata salah seorang pelajar perempuan)

"Wow dah lah comel..pandai pulak tu"(kata seorang lagi pelajar lelaki)

Aku yang berdiri di hadapan mereka hanya diam dan membuat tidak tahu je.Aku melihat ke arah Jue yang masih terkejut dengan mulutnya yang terbukak sedikit.

"Haish..mesti dia akan tanya banyak soalan "(bisik aku dalam hati bila melihat Jue memandang aku dengan wajah terkejut)

"Err..cikgu boleh saya balik ke tempat saya semula"(tanya aku pada cikgu Amy yang terpaku melihat borang aku)

Mendengar kata kata aku Cikgu Amy terus tersedar dari lamunan.

"Owh..owh ya..kamu boleh balik ke tempat kamu"(kata Cikgu Amy membenarkan aku balik ke tempat aku)

Baru sahaja aku ingin melangkah pergi,tiba tiba cikgu menghentikan aku..

"Jap!..tapi kenapa awak masuk kelas 4Bestari kenapa tak masuk kelas 4Alfa"(kata cikgu kerana bingung aku masuk kelas nombor 2 bukan nombor 1)

Untuk pengetahuan korang sekolah ni mempunyai 7 kelas setiap tingkatan,aku masuk kelas ke 2.

"Owh..sebab..kelas 4Alfa dah penuh..jadi saya di masukkan di kelas 4Beta"(Terang aku pada cikgu)

"Owh yeke..bagus lah boleh bantu kawan kawan kamu"(Terang cikgu sambil terseyum)

Aku hanya mengangguk kan kepala dan berjalan menuju ke arah meja.

"Kau ok.."(tanya aku pada Jue yang masih tergamam)

"Ke..kenapa kau tak bagi tahu aku pasal kau dari England,pasal kau pelajar terpandai..kau tahu kan kita dah jadi kawan...asal kau tak bagi tahu.."(bebel Jue panjang lebar macam kereta api sambil menatap aku)

"Kau tak tanya"(jawab aku singkat sambil mengeluarkan buku tulis)

"Kau ni.."(sambil memukul perlahan tangan aku)

Aku hanya diam dan tersenyum sambil memandang ke hadapan melihat cikgu yang sudah memulakan pelajaran..

******

Kring..!!!!Kring...!!!.Loceng pon sudah bunyi menandakan pelajaran sudah habis dan sudah masuk waktu rehat.

"Baik semua..tamat sudah pembelajaran kita..balik ni jangan lupa siapkan keje yang saya bagi..esok bagi kepada ketua kelas.."(Pesan cikgu Amy sebelum keluar)

"Baik Cikgu!"(kata semua pelajar)

***

"Wey kau nak makan apa jom lah pergi kantin"(Ajak Jue sambil memasukkan buku ke dalam laci meja)

"Takpe lah kau pergi lah..aku tunggu dalam kelas..aku dah kenyang"(kata aku pada Jue)

"Betul ni.."(kata Jue lagi)

"Ye"

"Ok lah aku gerak dulu..bye.."(Jue bangun dari kerusi dan berjalan keluar dari kelas)

Bukannya aku taknak makan,sebab makanan dekat sekolah mahal..yelah sekolah orang kaya..dah lh kalau duit aku habis John takkan bagi aku duit lagi..kang habis mana nak cari duit..jadi aku kena lah berjimat cermat..beli makanan kat luar sekolah je lah yang murah..

Hanya aku sendiri je dalam kelas yang lain semua keluar pergi rehat.Aku meletakkan kepala atas meja dan perlahan lahan aku memejamkan mata.

*****

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience