BAB 19

Romance Series 5342

"KAU!!KAU BUAT APA KAT SINI!!"

Terkejut aku bila melihat Ayden berdiri di depan pintu bilik aku..

"Ma..macam..mana..kau boleh ma..masuk si..sini.."(Kata aku tergagap gagap..kerana asrama ini tak dibenarkan lelaki masuk..)

"Kau rasa.."(Kata Ayden dengan dingin sambil mengangkat sebelah keningnya)

Aku yang merasa tidak sedap hati cuba menutup pintu bilik aku..

Tapi tak sempat Ayden dengan pantas menahan pintu lalu masuk kedalam bilik aku..

Aku yang terkejut terus melangkahkan kaki aku perlahan ke belakang..

Aku melihat Ayden memandang aku dengan pandangan tajam sambil tangannya bergerak mengunci pintu bilik aku..

"Kau...kau..nak bu..buat..a...apa.."(Kata aku tergagap gagap sambil berjalan mundur ke belakang dengan perlahan lahan..)

"Kau rasa..apa aku nak buat?.."(Kata Ayden dengan dingin sambil berjalan perlahan ke arah aku..)

"Kau..jangan macam macam..a..aku jerit nanti.."(kata aku ketakutan)

Ayden tersenyum sinis mendengar kata kata aku..

"Jerit?..Jerit lah..lagi pon kau lupa esok cuti sekolah...semua pelajar dah balik rumah...aku dah check dah asrama ni semua pelajar dah balik...tinggal kau sorang je kat sini..kalau kau jerit takda sapa dengar.."(kata Ayden dengan berlagak sambil terus berjalan menghampiri aku)

Aku hanya terdiam tidak tahu nak buat apa apa lagi..

Aku terus berjalan mundur kebelakang bila melihat Ayden terus berjalan menghampiri aku...

Tiba tiba langkah aku terhenti bila tiada ruang lagi untuk aku berjalan bila langkah aku terhalang oleh katil yang berada di belakang aku..

Ayden berjalan menghampiri aku semakin lama semakin dekat dan akhirnya dia betul betul berdiri di depan aku..

Aku memandang wajah Ayden yang seakan akan menyimpan dendam ke arah aku..

Aku hanya diam sambil menelan air liur kerana ketakutan..

Tiba tiba Ayden mendekatkan dirinya betul betul ke arah aku sehingga merasa kan haba yang panas pada tubuhnya dan wajah aku betul betul dekat dengan dadanya yang sado..

Aku terkaku sebentar lalu mendongakkan kepala ke atas melihat wajah Ayden..

Ayden menundukkan kepalanya melihat ke arah wajah aku, kerana tinggi kami yang berbeza jauh seperti seekor kancil yang berdiri di hadapan zirafah..

Tiba tiba dengan perlahan tangan Ayden memegang pipi aku yang masih kemerahan akibat tumbukkannya tadi di kantin..

"Ma..maaf...maafkan aku..aku tak sengaja..maafkan aku Arra.."(Kata Ayden dengan nada suara yang perlahan dan lembut)

Aku melihat air mata Ayden mula menitis sehingga terkena pada wajah aku..matanya masih memerhati ke arah anak mataku dan tangannya masih mengusap lembut pipi aku..

"Ha!..di..dia nangis..??"(kata aku dalam hati)

Entah kenapa hati aku menjadi sayu bila melihat air matanya mula mengalir..

"Ayden.."(kata aku perlahan)

"Ma..maafkan aku..maafkan aku.."(kata Ayden sambil mengulang ulang ayat maaf dari mulutnya)

"Tak..takpe..a..aku tahu..kau tak sengaja.."(kata aku perlahan cuba menenangkan perasaan menyesal Ayden)

Mendengar kata kata aku Ayden dengan pantas memeluk aku sambil menangis..

Aku hanya diam dan menepuk perlahan belakang Ayden..

Beberapa minit kami dalam keadaan berpelukkan,Tangisan Ayden pon sudah tidak kedengaran lagi..

Aku tolak perlahan badan Ayden agar melepaskan perlukkannya..

Ayden pon melepaskan pelukkannya lalu menghapuskan air matanya dengan tangannya..

Aku tergelak kecil melihat kelakuannya yang seperi budak budak,Tak macam Ayden yang aku kenal di sekolah seorang yang dingin..

"Kenapa kau gelak..?"(Tanya Ayden sambil melihat ke arah aku dengan wajah dingin)

"Macam budak budak.."(kata aku sambil tergelak kecil)

Ayden hanya diam dan menjeling ke arah aku lalu duduk di atas tilam aku..

"Kau tak reti nak balik ke.."(kata aku bila melihat Ayden duduk di atas tilam aku)

Ayden menggelengkan kepalanya lalu baring di atas tilam aku..

"Taknak...aku nak tido sini.."(kata Ayden dengan selamber)

"Ha!..kau..kau jangan macam macam..dah pergi balik..nanti Kak Ina(akak kaunter asrama)tahu ada lelaki masuk kat sini habis aku.."(kata aku dengan tegas)

"T.A.K.N.A.K..Taknak..aku nak tidur sini jugak..lagi pon Kak Ina tahu aku masuk sini.."(kata Ayden sambil menjelir lidah ke arah aku seperti budak kecik yang nakal)

"HA!!Tapi macam ma..mana.."(kata aku dengan terkejut sambil belum sempat menghabis kan kata kata aku..)

"Kau lupa ke?..ni sekolah bapak aku..jadi aku boleh buat sesukahati aku kat sekolah ni..kau jangan risau Kak Ina takkan berani bagitahu sapa sapa.."(kata Ayden dengan berlagak)

"Haish!!!...takdak! takda!..kau tetap tak boleh tidur sini!..pergi balik!.."(kata aku dengan suara sedikit meninggi sambil menghalakan jari telunjuk ke arah pintu bilik)

Ayden menggelengkan kepala sambil memejamkan matanya..

"AYDEN!!.."(Marah aku)

Ayden hanya membuat tidak tahu lalu menutup kedua dua belah telinganya dengan bantal sambil menggelengkan kepalanya..

Aku yang sudah tidak tahan dengan perangai kebudak budakannya itu terus bergerak menghampirinya cuba untuk menarik tangannya agar dia bangun..

Tapi,dengan tiba tiba Ayden menarik tangan aku sehingga aku terbaring di atas badannya..

Aku terkaku kerana wajah kami berdua betul betul dekat sehingga dapat merasakan nafas yang keluar dari hidungnya.

Ayden menatap wajah aku dengan tatapan mata yang sayu..

Matanya perlahan lahan melihat ke arah anak mataku,lalu jatuh ke hidung dan seterusnya ke bibir aku..

Matanya tak habis habis menatap bibir aku..Tiba tiba dengan perlahan Ayden mendekatkan wajahnya ke arah bibirku..

Aku yang dari tadi terkaku terus tersedar dan dengan pantas aku menahan badannya dengan kedua dua belah tanganku pada dadanya..

Ayden terus memberhentikan perbuatannya..

Aku yang merasa tidak selesa berada di atas badan Ayden cuba untuk bangun..

Tapi baru saja aku nak bangun Ayden menarik kembali badan aku dan baringkan aku secara mengiring di atas lengannya lalu Ayden memeluk erat badanku sehingga wajah aku bergitu dekat dengan dadanya..

"Ay..Ayden.."(Panggil aku perlahan)

"Plsss..bagi aku peluk dan tido dengan kau harini....aku janji aku takkan buat apa apa.."(Rayu Ayden dengan nada suaranya yang perlahan dan menggoda)

Aku mengeluh perlahan dan hanya mendiamkan diri..kalau dilarang pon bukanya nak dengar..

"Terima kasih Arra.."(kata Ayden dengan perlahan)

Ayden memeluk erat tubuh aku lalu meletakkan dagunya di atas kepala aku..

Tak sampai beberapa minit kami berdua pon terlelap..

****
BERSAMBUNG..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience