BAB 2

Romance Series 5342

Aku berjalan di sebuah lorong bersama dua orang pengikut John.Sedang aku berjalan ramai mata mata yang melihatku,entah apa yang mereka buat malam malam kat sini tak reti balik agaknya,sambil aku berjalan aku melihat ramai wanita wanita yang berpakaian sexy sedang menggoda beberapa orang lelaki, mungkin pelacur kot kata ku dalam hati.Aku abaikan mereka dan terus berjalan sampai lah di sebuah kedai yang terang dengan lampu lampu yang meneranggi lorong yang gelap,terdapat beberapa wanita sexy yang cuba menggoda laki laki yang lalu lalang disitu..

"Kau tunggu sini aku pergi panggil Mummy kau"(arah salah seorang pembantu John)

Aku hanya mengangguk faham dan bersandar di dinding sambil menurunkan sedikit topi yang aku pakai supaya menutuppi wajahku agar orang yang lalu lalang tidak salah faham dan  menganggap aku pelacur di situ.

Beberapa minit aku menunggu sambil ditemani oleh sorang pengikut John.Tiba tiba terdengar suara seorang wanita memanggil nama ku..

"ARRA.."(Panggil wanita itu)

Aku memusingkan badan ke arah suara yang memanggil nama ku.Disitu berdiri seorang wanita yang berpakaian agak sexy memandangku sambil memasang wajah sedih..

"Mummy..?"(tanya ku untuk mendapat kepastian)

"ARRA!!Anak Mummy!!..."(wanita itu berlari ke arahku dan terus memeluk tubuhku)

Tiba tiba air mataku jatuh membasahi pipi dan lantas aku sambut pelukkannya..

"Hiks...hiks..Mum..Mummy!...."(panggilku sambil menangis)

*****

Aku dan Mummy berjalan masuk ke sebuah restoran dan duduk di meja paling hujung dan tidak ramai orang manakala pengikut John menunggu di luar restoran.Mummy mengangkat tangan untuk mendapatkan menu,aku hanya mendiamkan diri sehingga datang seorang wanita sambil membawa buku menu dan diberi kepada Mummy dan aku.

"Arra nak makan apa..pilih je Mummy bayar"(sambil senyum memandangku)

"Errr... I want chicken burger and orange juice"(kata aku pada pelayan wanita itu)

" I want spaghetti Carbonara and hot coffee "

Pelayan itu mengangguk dan mengambil buku menu dan berlalu pergi..

"Terima kasih Mummy.."

"Sama sama sayang.."

"Macam mana Arra baik baik saje tinggal dengan John"(tanya Mummy sambil memasang wajah risau dan menyesal)

"Mummy jangan risau semua baik baik saje"(jawab aku dengan tenang agar tidak menimbulkan kerisauan pada diri Mummy)

"Hmmm..bagus lah kalau anak Mummy baik baik saje..maaf sebab takda disisi Arra selama ni"(sambil memegang tanganku,dapatku rasa sentuhan tangannya yang lembut membuat hati kecil ku sedikit terjentik)

"Sepatutnya Arra yang perlu mintak maaf sebab biarkan Mummy hidup sengsara disini..Arra dah cuba untuk ubah hidup kita jadi lebih baik tapi tak semudah itu..Arra..(belum sempat aku menghabiskan kata kata ku)

"Takpe Mummy faham..ini bukan salah Arra ni semua salah Ayah..sebabkan dia kita jadi macamni.."(kata kata Mummy sehingga air matanya mula jatuh membasahi pipi)

Aku mengambil tisu yang terletak di atas meja dan perlahan menghapuskan air mata di pipi Mummy.Aku cuba menahan air mata dari gugur,aku tidak mahu menunjukkan diri ku yang lemah depan Mummy.Lalu aku duduk semula dan memegang tangan Mummy dengan lembut.

"Mummy..Mummy jangan risau Arra akan ubah hidup kita dan bawa Mummy pergi dari tempat kotor ni..itu janji Arra.."(kata ku supaya Mummy tidak risau dan sedih.Anak mana yang sanggup melihat Mummy dia sengsara, ada pon anak yang tak kenang budi.)

"Maksud Arra.."(tanya Mummy pelik dengan kata kata ku)

"Esok Arra akan pergi ke Malaysia kerana di arah oleh John untuk mencari ayah dan adik dan.."(kata kata ku terhenti)

"Dan apa..?"(tanya Mummy selepas aku tidak menghabiskan kata kata ku)

"Dan..merampas PERMATA.."

"PERMATA??PERMATA apa??"(Tanya Mummy dengan wajah pelik)

"Hmmm..entah lah John kata Permata tu milik dia..tapi Ayah bawak lari permata tu..sebab tu John arahkan Arra pulang ke Malaysia dan cari ayah dan adik dan rampas kembali Permata tu..kalau tak..(kata ku terhenti kembali)

"Kalau tak??kenapa Arra"(Tanya Mummy sedikit risau)

Aku menarik nafas dalam dalam dan menghembus keluar dengan perlahan untuk menenangkan diriku..

"Kalau tak..John..akan bunuh Mummy dan..jadi kan Arra sebagai pelacur.. untuk ganti tempat Mummy"(kata ku dengan perlahan)

"APA!!!"(kata Mummy dengan suara sedikit tinggi membuatkan orang yang berada di meja memerhati kami)

"Tak..takpe..Mummy..Mummy jangan risau..Arra akan cuba ikut arahhan John untuk pulang ke Malaysia dan ambik permata tu..dengan cara tu kita dapat mengubah hidup kita.."(aku cuba untuk menenangkan Mummy)

Mummy menarik nafas dalam dalam dan menundukkan kepalanya..beberap minit Mummy kembali menatap wajah ku lalu mengusap perlahan rambut ku..

"Maafkan Mummy sayang..Maaf sebab buat hidup kamu susah..Maafkan Mummy"(air matanya mula mengalir lagi)

"Takpe Mummy..ni bukan salah Mummy..Arra janji akan ubah hidup kita..lepas Arra dapat permata tu Arra akan bawak Mummy pergi dari sini.."(kata aku untuk menyakinkan Mummy)

"Tapi macam mana kamu nak cari dorang..Malaysia tu bukan kecik sayang.."(kata Mummy kerana tidak yakin aku mampu menemukan mereka,setelah 5 tahun mereka tinggalkan Mummy dan aku)

"Itu Mummy jangan risau..John ada bagi tahu Adik sekarang sekolah swasta dekat sekolah baru yang akan Arra pindah nanti"

"Maksudnya kamu akan sekolah dekat sana?"

"Ha a.."

"Hmmm..kalau macam tu hati hati bila kat sana jaga diri"(nasihat Mummy sambil memgusap perlahan rambut aku)

"Baik lah Mummy..Mummy jangan risau pandai lah Arra nak jaga diri"(cuba menyedapkan hati Mummy)

"Nak pergi sana ada duit ke..kalau takda pakai duit Mummy"(Sambil cuba mengeluarkan duit dalam begnya)

Aku memegang tangan Mummy untuk menghentikan dia dari mengambil duit dalam beg..

"Takpe Mummy...pasal duit Mummy jangan risau..semua John dah uruskan"

"Betul ni.."(tanya Mummy untuk mendapatkan kepastian)

Aku senyum dan menggangguk perlahan ..

"Hmm kalau macam tu..jaga diri ye kat sana"(sambil memegang pipiku)

"Baik Mummy"

Tiba tiba makanan yang kami pesan tadi pon sampai.. dan aku menikmati makan malam bersama sama Mummy sebelum pulang dan mengurus barang barang yang akan aku bawak esok..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience