BAB 10

Romance Series 5342

"Sebenarnya...ermm.."(Kata ku sedikit bingung tengah memikirkan alasan supaya Syira tidak berfikir bukan bukan)

"Sebenarnya..apa kak..???"(Tanya Syira sedikit pelik)

"Err......Ha!..sebenarnya tadi akak ada tengok dia duduk kat meja depan akak masa tu akak tengah makan..nampak lah dia duduk sorang sorang..macam takda kawan je..."(Jawab aku selepas mendapat idea untuk menipu)

"Owh...dia tu memang macam tu kak..tak bergaul dengan orang...nak dengar suara dia pon susah..kitaorang memang tak berani nak tegur dia"(Jawab Syira panjang lebar)

"Er..kenapa ye..dia jadi macam tu"(Tanya aku sedikit pelik,kerana adik aku Ella yang aku kenal dulu seorang yang ceria dan banyak cakap,tapi bila mendengar kata kata Syira tadi membuatkan aku pelik akan sikapnya sekarang)

"Untuk pengetahuan Akak,Ella masa Form 1 dia seorang ceria,baik,banyak cakap dan suka bergaul dengan orang,Tapi..."(Kata Syira terhenti seketika,seperti mengingatkan sesuatu)

"Tapi?..Tapi apa Syira..????"(Tanya aku sedikit pelik bila melihat Syira tidak menghabiskan kata katanya)

Syira menarik nafas dan hembus keluar nafasnya dengan perlahan..

"Tapi..sejak Ayah Ella khawin lain dia terus berubah..jadi orang yang pendiam tak banyak cakap.."(Jawab Syira dengan wajah yang sedih)

"Ha!!..Ayah dia khawin lain!.."(Tanya aku sedikit terkejut bila aku dengar Ayah aku sudah khawin dengan orang lain)

"Ha a.."(Jawab Syira)

"Mummy kandung Ella mana??"(Tanya aku dengan sengaja kerana aku tahu Mummy ada dekat England)

"Ella ada bagi tahu yang Ayah dia cakap Mummy dia dah meninggal....,owh ya..lagi satu Ella ni ada akak kandung tapi Ayah dia cakap Akak dia larikan diri ke England..taktahu betul ke tak.."(Cerita Syira panjang lebar)

"WHAT!!..Meninggal!??..larikan diri ke England!!???..apa semua ni!??.."(Jerit aku dalam hati sambil cuba menahan kesabaran)

Aku cuba menenangkan diri dan sambung balik tanya Syira untuk tahu lebih mendalam tentang apa yang terjadi dekat Ella..

"Jadi kenapa Ella berubah lepas Ayah dia khawin lain"(Tanya aku lagi)

"Sebab..Wanita yang Ayah Ella khawin tu Janda anak satu..anak perempuan wanita tu tua setahun dengan Ella maksudnya sekarang Ella ada Kakak tiri.."(Terang Syira)

"Jadi???.."(tanya aku dengan pelik)

"Tapi Kakak dan Mak tiri Ella tu jahat..tak suka dengan Ella..dorang layan Ella macam orang gaji..padahal dorang khawin dengan Ayah Ella sebab Ayah Ella kaya..biasalah pangkat Datok.."(Terang Syira sambil ayatnya sedikit perli)

"Owh...boleh akak tahu sapa Kakak tiri Ella"(Tanya aku bila aku dengar Ella mempunyai Kakak tiri sebaya aku)

"Nama dia Ivya..tingkatan 4Cekal..kalau akak nak tahu Kak Ivya tu gedik,berlagak,sombong dan acah Hot.."(Jawab Syira sambil memasang wajahnya yang meluat)

"Haha..kenapa pulak.."(tanya aku sambil tergelak kecil)

"Ye lah..dia buat sekolah ni macam sekolah mak dia...saya tahu lah Ayah tiri dia A.K.A bapak kandung Ella tu kawan rapat dengan Ayah Ayden iaitu pemilik sekolah ni..sesuka hati dia nak taknak datang sekolah..kalau akak nak tahu dia dah seminggu tak masuk sekolah sebab pergi bercuti dengan 3orang kawan dia yang gedik tu..mereka berempat tu gedik nak mampus!.."(marah Syira)

Aku hanya mendengar cerita Syira dengan wajah yang sedikit terkejut..Yelah gila kau tak terkejut..baru Form 3 tapi mulut uish pedas siot!...

"Lagi satu!..Ella jadi macam ni sebab Ivya lah!..Ivya selalu buli Ella kadang kadang suruh belikan dia makanan,bawak beg dan macam macam lagi lah!..dah lah tak sedar diri menumpang atas kekayaan Ayah si Ella tu pastuh buat Ella macam binatang!..tak sedar diri!...dia ngan mak dia sama je berlagak DIVA!...(Kata Syira dengan suara sedikit meninggi)

Entah kenapa hati aku menjadi sakit dan sedih bila mendengar adik kandung aku sendiri dilayan macam sampah..

"Takkan Ayah Ella tak marah dorang buat macam tu dekat Ella.."(Tanya aku,kerana pelik..takkan Ayah tak buat apa apa bila Ella dilayan macamtu)

"Ayah Ella pon dah banyak berubah..lebih percaya cakap isteri baru dia tu..kalau depan Ayah Ella dorang layan baik je..tapi belakang ayah Ella dorang layan macam pembantu...lagi satu Syira tengok Ayah Ella lebih manja dan lebih bagi perhatian dekat Ivya berbanding Ella..nampak Ella macam di abaikan..nampak Ella seperti anak tiri dan Ivya seperti anak kandung kepada Datok Zaidi..A.K.A bapak kandung Ella..dorang berdua macam tertukar..sebab tu lah Ella tak banyak cakap suka bersendirian.."(kata Syira lagi,nampak air mukanya berubah sedih)

Aku yang mendengar cerita Syira terus terasa ingin menangis..tapi aku cuba menahan tangisanku..aku mengeluh sambil menundukkan kepala aku..

"Ella...maafkan akak Ella...maaf sebab tak dapat jaga dan memberi kebahagiaan pada Ella..Sampai hati Ayah abaikan Ella..akak ingat Ella bahagia dekat sini..rupa rupanya kita sama..cuma Ayah je yang bahagia dengan keluarga baru yang bertopengkan manusia..Ella sabar..akak janji akan balas dendam pada mereka yang menghancurkan keluarga kita..Ayah..Arra benci Ayah..Arra takkan maafkan Ayah lepas apa yang ayah dah buat pada kami!..(marah aku dalam hati sambil cuba menahan air mata dari gugur,takut takut Syira pelik akan kelakuanku)

"Akak ok..??"(Tegur Syira bila melihat aku menundukkan kepala)

"Eh..A..Akak..ok.."(Terus aku mengangkat kepala aku bila di tegur Syira)

Kring!!!!Kring!!!

"Eh!..Loceng pon dah bunyi..jom lah kita masuk kelas.."(Ajak aku bila waktu rehat sudah habis)

"Ok jom.."(Jawab Syira sambil tersenyum)

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience