BAB 17

Romance Series 5342

(6:30 pagi)

Aku bangun dari tidur dan berjalan masuk ke tandas untuk mandi..

Siap saje aku memakai pakaian sukan sekolah kerana harini ada pj...aku terus berjalan keluar dari bilik dan turun bawah menggunakan lif..

Aku berdiri di depan asrama perempuan kerana telah berjanji dengan Rayyan untuk pergi ke sekolah bersama sama..

Jam ditangan telah menunjukkan pukul 7:13 minit..Rayyan masih belum muncul..aku menunggunya dengan sabar sambil kaki ku sibuk menyepak batu batu kecil..

Tiba tiba aku merasakan seseorang menyentuh bahu aku..

"Ni mesti Rayyan.."(kata aku dalam hati)

Aku menoleh kebelakang tapi tiada orang..

"Eh..tadi bukan tadi ada orang sentuh bahu aku ke???"(kata aku dengan pelik)

Aku terus memusing ke depan semula dan alangkah terkejutnya aku melihat Rayyan berada dekat di hadapanku..

"EH!!..."(Kata aku dengan terkejut)

" Good morning..."(kata Rayyan sambil tersenyum ke arahku)

"Rayyan ni..buat terkejut saya je.."(kata aku dengan wajah bengang)

"Haha..sorry..jom kita gerak ke sekolah.."(kata Rayyan)

*****
Kami berjalan bersebelahan menuju ke sekolah..

Baru sahaja kami melangkah masuk ke dalam sekolah semua pelajar melihat ke arah Rayyan yang berada di sebelah aku, seakan akan terpegun akan wajahnya yang handsome..lebih lebih lagi Rayyan ni muka mat salleh lagi lah membuatkan dorang terpersona melihatnya...

"Dah kenapa dorang semua ni...tak pernah tengok orang asing ke..."(kata aku dalam hati)

Kerana Rayyan yang terlalu tinggi aku terpaksa mendongakkan kepala ke atas untuk melihat wajah Rayyan..

Aku lihat reaksi wajahnya bertukar menjadi seorang yang dingin dan agak lebih macho dari tadi..lagi satu nampak gayanya seperti seorang gangster yang tampan..

Pelik aku melihat Rayyan yang berubah seakan akan dia mempunyai dua watak....

"Eh..tadi masa kat depan asrama elok je senyum..ni dah masuk sekolah terus berubah gaya nampak lebih ganas.."(kata aku dalam hati sambil melihat kembali ke depan)

Aku hanya buat tidak tahu dan terus berjalan bersama Rayyan..

Sesampai di tangga aku memberhentikan langkah ku dan memandang ke arah Rayyan..

"Rayyan awak pergilah kelas awak dulu.."(kata aku pada Rayyan)

"Awak nak pergi mana.."(Tanya Rayyan)

"Saya nak pergi tandas jap.."(Jawab aku)

"Kalau macamtu takpe lah saya teman.."(kata Rayyan)

"Eh...tak payah lah saya bukan budak kecik lagi...lagi pon saya dah tingkatan 4 lah..awak pergi jelah masuk kelas awak dulu.."(kata aku sambil menggaru kepala)

"Haha...memang awak bukan budak kecik sebab awak dah tingkatan 4..tapi badan awak tu yang macam budak kecik..PENDEK!..haha"(Gelak Rayyan sambil mengusap kepalaku seperti anak kucing..)

"Ish!...dah lah..awak masuk lah kelas awak!.."(kata aku dengan marah lalu berjalan meninggalkan Rayyan)

"JUMPA MASA REHAT BUDAK KECIK!!!"(Jerit Rayyan sambil tersenyum nakal padaku)

Aku hanya menjeling ke arah Rayyan dan bergerak pergi ke tandas..

****
Selepas membersihkan tangan di singki tandas, aku pon berjalan untuk keluar dari tandas..

Tapi langkahku terhenti bila aku mendengar ada dua orang pelajar perempuan tengah bercakap di depan tandas..

"Aku dengar Ivya dan kawan kawannya dah start sekolah balik..lepas pergi bercuti dekat Paris.."

"Ha a..tadi aku ada nampak dia jalan berdua dengan Ayden.."

"Sweet kan aku tengok Ayden dengan Ivya..untung lah Ivya dapat Ayden.."

"Betul tu..lagi pon sesuai lah Ivya dengan Ayden tu..Ivya cantik Ayden Handsome.."

"Betul tu..tapi yang aku tak suka dekat si Ivya ni.. Sebab perangai dia tu gedik and sombong..nasib lah bapak tiri dia tu kawan dengan bapak Ayden..kalau tak takdanya budak sekolah ni takut dengan dia.."

"Betul tu..lagi lagi kalau dia dengan geng geng dia...acah acah budak Hot.."

"Tulah..menyampah betul.."

"Dah lah jom lah..kita masuk kelas"

Dua orang pelajar perempuan tu pon beredar ke kelas..

Aku pon berjalan keluar dari tandas bila dua orang perempuan tu sudah pergi..

"Ivya???kenapa macam aku pernah dengar nama tu.."(kata aku dalam hati sambil cuba mengingatkan sesuatu)

Tiba tiba aku teringat akan perbualan aku bersama Syira tempoh hari di kantin..

(FLASHBACK BAB 10)

"Tapi..Kakak dan Mak tiri Ella jahat..tak suka dengan Ella..dorang layan Ella macam orang gaji..padahal dorang khawin dengan Ayah Ella sebab Ayah Ella kaya..biasalah pangkat Datok.."(Terang Syira sambil ayatnya sedikit perli)

"Owh...boleh akak tahu sapa Kakak tiri Ella"(Tanya aku bila aku dengar Ella mempunyai Kakak tiri sebaya aku tapi Jahat)

"Nama dia Ivya..tingkatan 4Cekal..kalau akak nak tahu Kak Ivya tu gedik,berlagak,sombong dan acah Hot.."(Jawab Syira sambil memasang wajahnya yang meluat)

"Haha..kenapa pulak.."(tanya aku sambil tergelak kecil)

"Ye lah..dia buat sekolah ni macam sekolah mak dia...saya tahu lah Ayah tiri dia A.K.A bapak kandung Ella tu kawan rapat dengan Ayah Ayden iaitu pemilik sekolah ni..sesuka hati dia nak taknak datang sekolah..kalau akak nak tahu dia dah seminggu tak masuk sekolah sebab pergi bercuti dengan 3orang kawan dia yang gedik tu..mereka berempat tu gedik nak mampus!.."(marah Syira)

Aku hanya mendengar cerita Syira dengan wajah yang sedikit terkejut..Yelah gila kau tak terkejut..baru Form 3 tapi mulut uish pedas siot!...

"Lagi satu!..Ella jadi macam ni sebab Ivya lah!..Ivya selalu buli Ella kadang kadang suruh belikan dia makanan,bawak beg dan macam macam lagi lah!..dah lah tak sedar diri menumpang atas kekayaan Ayah si Ella tu pastuh buat Ella macam binatang!..tak sedar diri!...dia ngan mak dia sama je berlagak DIVA!...(Kata Syira dengan suara sedikit meninggi)

Entah kenapa hati aku menjadi sakit dan sedih bila mendengar adik kandung aku sendiri dilayan macam sampah..

(END OF FLASHBACK BAB 10)

"Ya aku ingat!! Ivya!..kakak tiri Ella!.."(Jerit aku dalam hati)

"Tak sangka pulak Ivya tu makwe Ayden..Jadi budak Ivya tu dah start sekolah..boleh lah aku tengok sapa Ivya.."(Kata aku dalam hati)

********

Kring!..Kring!..

Lepas habis pelajaran pertama aku bangun dan bergerak untuk pergi ke kantin..Harini Jue takda dia ada pertandingan bola baling dekat sekolah lain...

Sesampai di kantin aku duduk dekat meja paling hujung sambil membawak pinggan yang berisi nasi goreng dan segelas cawan air orange juice..

Sedang aku menikmati makanan dengan suasana kantin yang bising oleh pelajar..

Tiba tiba suasana yang tadinya bising menjadi sunyi sepi..

Aku yang sedar akan perubahan suasana yang tiba tiba sunyi terus melihat ke arah pintu masuk kantin kerana semua pelajar melihat ke arah sana..

Aku melihat Ayden sedang berjalan masuk ke kantin dengan seorang perempuan yang sepertinya aku kenal..

"Jap..bukan ke.. ni perempuan gedik yang aku langgar haritu.."(kata aku dalam hati sambil melihat mereka berdua duduk di meja tidak jauh dariku)

Ayden yang perasan aku melihat dia terus memandang ke arah aku dengan wajah dingin lalu tersenyum sinis ke arah aku..

Aku terus mengalihkan pandangan aku ke arah lain..

"Jangan cakap pompuan yang kat sebelah tu nama dia Ivya.."(kata aku dalam hati)

Sedang aku sibuk memikirkan sesuatu tanpa aku sedar Ayden sedang beridiri di hadapanku..

Aku tersedar dari lamunan bila Ayden menyepak perlahan meja aku..membuatkan aku sedikit terkejut dan memandang ke depan..

Ayden sedang berdiri di hadapan aku dengan wajah dingin..

"Kenapa??.."(tanya aku pada Ayden dengan reaksi pelik)

Tapi Ayden hanya diam..

Aku terus melihat ke meja belakang Ayden aku lihat perempuan tu sedang duduk sambil memerhati kan aku dengan senyuman sinis..

Aku hanya membuat tidak tahu terus memandang kembali ke arah Ayden yang berdiri di hadapan aku..

"Kenapa?..jealous..?(Kata Ayden sambil tersenyum sinis)

"Ha?..untuk apa aku nak jealous????.."(Kata aku dengan wajah pelik)

"Aku tahu kau Jealous aku dengan Ivya.."(kata Ayden dengan berlagak)

"Owh..jadi dia tu lah Ivya.."(kata aku dalam hati)

"Asal diam.. betul kan..kau Jealous.
"(Kata Ayden )

Aku yang mendengar kata kata Ayden hanya tergelak kecil sambil menggelengkan kepala..

"Kau gila ke??..buat apa aku nak jealous sedangkan aku takda pape perasaan dengan kau.."(kata aku sambil tersenyum jahat ke arahnya)

"Kau takyah nak tipu lah..semua perempuan tergila gilakan aku..jadi tak mustahil kau pon tergila gila kat aku"(Kata Ayden dengan berlagak)

"Itu dorang.. bukan aku...Kalau kau tak nak percaya itu masalah kau..bukan masalah aku.."(kata aku)

"Kau!.."

Belum sempat Ayden menghabiskan kata katanya tiba tiba suasana yang tadinya senyap tiba tiba menjadi bising..

Aku dan Ayden terus melihat ke arah pintu masuk kantin..

Aku melihat Rayyan sedang berjalan dengan reaksi wajah biasa..

Pelajar perempuan yang melihat ke arah Rayyan semua menjerit seperti orang gila kerana cair akan ketampanan Rayyan...

Bagi aku antara Ayden dan Rayyan kedua duanya mempuanyai ketampanan yang sama..cuma Rayyan wajahnya agak sedikit lebih macho kerana reaksi wajahnya yang ganas..biasalah anak buah John..

"Hey Arra..sorry im late...tadi kelas habis lambat.."(Kata Rayyan sambil menarik kerusi dan duduk di sebelah aku)

"Takpe.."(Kata aku dengan singkat)

Rayyan yang sedar akan Ayden yang sedang berdiri di depan kami terus melihat ke arah Ayden..

"Kau sapa?.."(tanya Ayden dengan pelik)

"Aku Rayyan.."(kata Rayyan singkat sambil memandang wajah Ayden dengan wajah dingin)

"Apa hubungun kau dengan Arra.."(Tanya Ayden pada Rayyan)

Aku yang melihat mereka sedang bercakap hanya buat tidak tahu saja..

"Bukan urusan kau.."(Kata Rayyan sambil tersenyum sinis)

Ayden yang mendengar kata kata Rayyan tadi mula merasa tidak puas hati..

"Apa??bukan urusan aku???untuk pengetahuan kau!..sekolah ni bapak aku punya!.."(kata Ayden dengan suara yang sedikit meninggi sambil memasang wajah berlagak)

"So ... you think I care"(kata Rayyan sambil tergelak kecil)

Ayden yang tidak puas hati terus menarik kolar baju Rayyan sehingga Rayyan berdiri dari tempat duduk..

"KAU JANGAN KURANG AJAR DENGAN AKU!!!"(Jerit Ayden)

BERSAMBUNG..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience