BAB 3

Romance Series 5342

*****
(10:00pagi)

Sesampai aku di Malaysia selepas berjam jam aku dalam pesawat aku berjalan mencari kedai makan yang dekat sebab dari dalam pesawat aku tidak makan.

*****
Selepas makan aku berjalan ke basstop untuk menahan teksi.Selepas beberapa minit aku menunggu teksi akhirnya muncul jugak sebuah teksi lantas aku bangun dan menahan teksi tersebut,teksi itu pon berhenti lalu aku masuk kedalam teksi.

"Ye adik..adik nak pergi mana"(kata seorang pemandu yang agak berusia 40an rasanya)

"Errr...bawak saya ke sini"(sambil menunjuk henfon pada pemandu itu yang tertera alamat yang ingin aku pergi)

"Owh..baik lah"(kata pemandu itu)

Teksi itu mula bergerak menuju ke tempat yang ingin aku pergi.

******

"Adik dah sampai"(kata pemandu itu)

"Owh ya...berapa bang..?"

"Rm20.00 ringgit dik"

Aku mengeluarkan duit dalam dompet dan menghulur kan duit pada pemandu tersebut.

"Terima kasih bang"(sambil mengangkat beg di sebelah aku)

"Sama sama dik"

Aku bukak pintu dan turun dari kereta.Di depan aku terletak sebuah sekolah yang agak besar seperti istana.Biasalah sekolah orang orang kaya.Bukan nak cakap aku kaya,aku sekolah sini pon sebab John yang masukkan aku ke sekolah ni lagi satu sebab adik aku pon sekolah sini senang aku nak cari sapa adik aku.

"Kaya jugak ayah dan adik aku,sampai ayah masukkan dia kat sekolah ni"(kata aku dalam hati sambil tersenyum sinis)

Aku berjalan menuju ke security guard.

"Ye adik..ada urusan apa adik datang sini?"(kata pengawal itu sambil melemparkan senyumman)

Baik jugak pengawal ni(kata aku dalam hati)

"Sebenarnya saya pelajar baru..baru je daftar sini..err..boleh saya masuk"

"Owh..yeke kalau macam tu boleh tunjukkan borang permohonan untuk mendapat kepastian"(kata pengawal tu takut aku menipu)

Hek eleh ingat muka aku ni muka penipu ke.(dalam hati)

"Jap ye"(sambil mengeluarkan borang dari beg dan memberi pada pengawal tersebut)

Pengawal itu menganggukkan kepalanya selepas melihat borang aku.

"Owh..jadi kamu pon daftar untuk kemasukkan asrama ye?"(tanya pengawal tu pada aku selepas dia membaca borang aku ada mendaftar kan kemasukkan ke asrama)

Untuk pengetahuan korang sekolah ini mempunyai asrama.Asrama ini bukan lah seperti asrama asrama di sekolah lain yang peraturannya agak ketat.Peraturan di Asrama ini sedikit longgar dan boleh membawa henfon.Biasa lah sekolah orang kaya sedikit bebas cuma masih mempunyai pakaian sekolah yang di tetapkan bukannya memakai pakaian bebas.Pakaian mereka pulak seperti pakaian sekolah di Jepang kalau taktahu korang bukak lah cerita anime ke atau pon google.Warna pakaian mereka pulak bertemakan biru gelap.Asrama ini untuk pelajar yang ingin hidup berdikari atau pon sebab rumah mereka yang jauh.Tapi tak ramai tinggal di asrama biasanya mereka akan dijemput oleh pemandu peribadi mereka.Asrama pulak tidak mempunyai warden seperti asrama lain..boleh dikira seperti buat rumah sendiri lah..

"Kalau macamtu adik jalan terus dan belok kanan kat situ ada kaunter pertanyaan untuk asrama..adik bagi je borang ni kat orang tu nanti dia akan bagi kunci bilik.."(terang pengawal tu panjang lebar)

"Baik lah.. terima kasih ye"(aku menarik beg dan menuju ke tempat yang pengawal tu tunjuk tadi)

Sepanjang perjalanan aku melihat sekeliling tidak ada orang,sebab sekarang musim cuti sekolah mungkin mereka yang tinggal di asrama dah pulang kerumah mereka,dua hari lagi start lah sekolah.

Sedang aku berjalan aku ternampak kaunter pertanyaan untuk asrama.Aku berjalan ke arah kaunter tu..nampak kelibat seorang wanita sedang menyiram pokok bunga bersebelahan kaunter.

"Errr..cik.."(tegur aku dengan perlahan pada wanita itu,kang aku cakap kuat kuat melatah pulak kang disiramnya air tu kat aku)

Wanita itu memusingkan badannya ke arah aku..

"Ye..dik ada apa..boleh akak bantu"(tanya wanita itu dengan lemah lembut)

Wajahnya tak lah terlalu tua dalam lingkungan 30an macamtu lah.

"Emmm..saya pelajar baru..saya ada daftar asrama kat sini"(sambil menghulur borang permohonan kepada wanita itu)

"Owh...pelajar baru..ikut saya"(wanita itu berjalan menuju ke kaunter)

Aku hanya mengikutti dia dari belakang.

"Tunggu jap ye.."(kata wanita itu supaya aku tunggu sembentar)

dalam beberapa minit wanita itu muncul..

"Nah ini kunci bilik adik..kat situ dah tulis nombor bilik adik tinggal naik lift tingkat 5..kalau ada apa apa pertanyaan boleh jumpa akak kat bawah..(terang akak itu sambil melemparkan senyuman)

"Baik lah kak..terima kasih"

Aku berjalan ke arah lift dan masuk ke dalam dan menekan butang tingkat 5.

Sesampai di tingkat 5 aku melangkah keluar dari lift dan mencari nombor bilik 507.Aku berjalan dan terus berjalan mencari bilik akhir nya jumpa jugak.Bilik aku berada paling hujung sekali agak jauh dari lift.Tapi takpe janji ada tempat tinggal.
Aku membukak pintu bilik,di dalam bilik sangat kemas dan bersih,katilnya jugak sederhana besar biliknya jugak tak besar dan jugak tak kecil sedang sedanglah.

Untuk pengetahuan korang asrama ini memberi sorang satu bilik tanpa berkongsi dengan sapa sapa dikira buat macam bilik kita sendiri.

Aku berjalan masuk kedalam sambil menarik beg dan menutup pintu.

Aku membukak kasut dan letak di tepi pintu lalu berjalan kearah katil dan merebahkan badan ku ke atas tilam yang empuk.Penat setelah berjam jam duduk dalam pesawat.Tanpa sedar mata ku mula menjadi kabur pelan pelan aku menutup mata dan akhirnya aku terlelap kerana kepenatan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience