BAB 9

Romance Series 5342

"Ha!!..Syira!.."(Jerit aku sedikit terkejut)

Terkejut aku bila melihat Syira(kalau tak kenal boleh tengok dekat BAB 6)yang derada di depan aku..

"Hai kak!.."(sambil melambai tangan ke arah aku dengan wajahnya yang ceria)

"Err..Syi..Syira buat apa kat sini.."(tanya aku dengan wajah pelik)

Aku pusing ke belakang,aku lihat budak perempuan tadi sudah hilang..

"Aduh...mana dia pergi"(kata aku dalam hati)

"Saje je nak jumpa akak"(Jawab Syira sambil tangannya memegang tangan aku dengan gembira)

Aku terus pusing ke depan melihat ke arah Syira..

"Owh..yeke..Syira dah makan"(Tanya aku sambil tersenyum ke arahnya)

"Hmmm...belum lagi..takda sapa nak teman"(Jawab Syira sambil memuncungkan mulutnya)

Aku hanya tergelak kecil bila melihat kelakuan Syira yang seperti budak kecik..

"Kalau macam tu..jom akak teman adik pergi makan..nak tak..?

"Ha!!...betul ni!...akak nak teman adik makan!..."(Syira yang mendengar ajakkan aku untuk teman dia makan terus membesarkan matanya seakan akan terkejut)

"Ye..betul..kalau taknak takpe"

"EH!...Mesti lah nak!...YEY!!!..Akak teman saya makan!.."(Jeritnya kerana terlalu gembira)

Aku yang melihat hanya tersenyum dan menggelengkan kepala..

"Dah lah..jom..nanti habis pulak waktu rehat.."

"OK!.."(Kata Syira sambil menarik tangan aku)

Baru sahaja Aku dan Syira ingin melangkah pergi tiba tiba ada seseorang lagi menahan tangan aku dari belakang.

"Eh!"

Aku yang terkejut terus memusingkan badan ke belakang.

"KAU LAGI!!"

Terkejut aku bila melihat Ayden yang tadi menarik tangan aku dari belakang ada di depan aku..

"AKU CAKAP DENGAN KAU TADI KAT KANTIN KAU BUAT BODOH JE KAN..PASTUH BLA MACAM TU JE!"(Marah Ayden pada aku,pasal  tadi kat kantin aku mengabaikan nya)

Syira yang melihat Ayden sedang memarahi aku terus berdiri di depan aku..

"APA ABANG AYDEN NI!!SUKA HATI JE NAK MARAH KAK ARRA!!"(Jerit Syira dekat Ayden)

"Eh Syi..Syira buat apa ni"(Tanya aku dengan wajah terkejut)

"Takpe akak..Akak jangan risau kalau dia kacau Akak tahu lah Syira nak ajar Abang Ayden yang berlagak bagus ni"(Sambil memasang wajah marah ke arah Ayden)

"Kau ni...bukan ke budak yang aku siram air hari tu..siap bagi surat nak jadi adek angkat aku"(kata Ayden sambil tergelak kecil)

"HA A..SAYA LAH!...TAPI MASA TU SAYA BUTA SEBAB NAK JADI ADEK ANGKAT ABANG..TAPI TAK SANGKA ABANG NI BUKAN MANUSIA TAPI BINATANG!"(Marah Syira pada Ayden sambil tergelak jahat)

Aku hanya mendengar kata kata Syira dan sedikit terkejut..

"Uish..baru Form 3 dah garang.."(kata aku dalam hati)

"BIADAP PUNYA BUDAK!..SINI AKU AJAR KAU CUKUP CUKUP"(Marah Ayden sambil berjalan ke arah Syira yang berada di depan aku

Aku yang lihat Ayden sudah naik angin sedang berjalan menghampiri Syira,terus aku menarik Syira ke belakang aku dan menahan Ayden dari terus menghampiri Syira..

"Kau nak buat apa!.."(tanya aku dengan suara sedikit meninggi)

"KAU TAK NAMPAK KE!..BUDAK NI KURANG AJAR DENGAN AKU!...BUKANNYA NAK HORMAT AKU"(Marah Ayden sambil menundingkan jarinya ke arah Syira yang berada di belakang aku)

"Kau yang kurang ajar dengan dia dulu..memang patutlah dia tak hormat kau..lagi satu..kau dah tingkatan 5 pon nak gaduh ngan budak tingkatan 3..tak malu ke!..(Marah aku dengan sikap tak matang Ayden)

Syira keluarkan kepalanya dari belakang aku dan melihat ke arah Ayden sambil menjelir lidah ke arah Ayden..

"Hahaha..padan muka.."(Syira ketawa sambil menjelir lidah ke arah Ayden)

"KAU TENGOK BUDAK NI!"(Marah Ayden)

Aku terus memegang kepala Syira dan menolak perlahan kepalanya kebelakang badan aku semula..

"Haish..dah lah..kau nak cakap apa.."(Tanya aku dengan malas)

"Nasib kau selamat harini budak... kalau tak..tahu lah aku keje kan kau.."(jawab Ayden sambil menunding jari ke arah Syira lalu memandang semula ke arah aku)

"Aku nak kau datang jumpa aku kat bilik haritu.."(Jawab Ayden)

"Ha!..nak buat apa.."(tanya aku dengan pelik)

"Adalah..aku nak cakap sesuatu dengan kau.."

"Taknak aku"(Aku menolak kerana takut dia buat apa apa kat aku macam haritu)

"Ke...kau takut aku CI....."

Belum sempat Ayden menghabiskan kata katanya aku dengan pantas menutup mulutnya dengan telapak tanganku..

"Kau dah gila ke tak nampak ada Syira kat sini!..kalau dia dengar macam mana!..(kata aku dengan perlahan sambil memasang wajah bengang ke arah Ayden)

Ayden tersenyum nakal lalu memegang tangan aku dan menurunkan tangan aku dari mulutnya..

"Hahaha..ok..ok.."(gelak Ayden melihat aku yang gelabar)

Aku pusing kebelakang melihat ke arah Syira yang sedang menatap aku dengan pelik..

"Errr...Syira pergi kantin dulu..nanti akak sampai..ada benda akak nak cakap dengan mamat sewel ni jap.."(kata aku pada Syira)

"Hahaha..Ok Kak!..Syira tunggu kat Kantin"(kata Syira lalu beredar pergi ke kantin)

Aku pusing balik ke arah Ayden yang masih berdiri di hadapan aku sambil tersenyum nakal..

"Kau nak apa ha!Tak habis habis kacau aku!"

"Aku cuma nak kau datang jumpa aku je..kat tempat haritu.."(kata Ayden)

"Buat apa!"

"Ada lah..sebab tu aku nak kau datang"

"Haish!....Yelah!...Yelah!.."(Jawab aku dengan marah)

"Ha!..macam ni lah..bagi kerja sama yang baik..kalau macam tu jumpa balik sekolah nanti..datang kat tempat hari tu.."

Aku terus berlalu pergi meninggalkan Ayden dan menuju ke kantin..

*****

"Sorry lambat.."(kata aku pada Syira yang sedang makan,lalu menarik kerusi di hadapannya dan duduk)

"Eh takpe..akak ok ke.."(tanya Syira)

"Akak ok je..kenapa?"

"Kenapa Abang Ayden nak jumpa kakak?.."(Tanya Syira dengan wajah pelik)

"Takde pape..cuma ada hal sikit je"(jawab aku)

"Hmmm...mesti sebab akak tolong Syira haritu kan"(Jawab Syira sambil memasang wajah sedih)

"Eh!..bukan lah..ni pasal lain.."(Jawab aku untuk menyedapkan hatinya)

"Betul ni.."(tanya Syira untuk mendapat kepastian)

Aku hanya tersenyum lalu menganggukkan kepala..

"Err..Syira..akak nak tanya sikit boleh.."

"Tanya apa kak..?"

"Syira tingkatan 3 kan?"(tanya aku)

"Ha a..kenapa kak?"

"Syira kenal tak budak nama Ella di tingkatan 3"(tanya aku,manatahu dia kenal ke adik aku)

"Ella??..setahu saya orang yang nama Ella kat sekolah ni ramai..Ella mana kak??(Tanya Syira dengan pelik)

"Hmm..nama panjang dia ELLA DEE ARIESYA.."(Jawab aku dengan nama penuh mana tahu dia kenal)

"OWH!...ELLA tu..Saya kenal..budak kelas saya tu.."(Kata Syira dengan suara yang sedikit kuat)

"Eh..Syira perlahan sikit suara tu.."(tegur aku bila melihat orang disekeliling melihat ke arah kami)

"Hehehe..sorry.."(sambil menggaru kepalanya)

"Owh..jadi Ella tu budak kelas kamu lah.."(tanya aku untuk mendapatkan kepastian)

"Ha a..kenapa akak tanya"

"Sebenarnya....

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience