#35
"Los Angeles here we come~!" ujar Jin yang sedang berselfie di dalam kapal terbang. Member lain turut teruja. Begitu juga dengan aku. Sape je yang tak teruja weh pergi luar negara? Bagitahu aku? Mestilah semua teruja rasa macam nak buat lompat tinggi tapi tak lepas kan?
Kapal terbang pun dah berlepas. Jimin yang kat sebelah aku jadi mangsa genggaman tangan aku kalini hahah. Takpe kan, dia sado kan haha. Jimin sengih2 pandang aku. Eh suka sangat kenapa.
Lepas kapal terbang dah stabil, budak2 ni mula la kecoh dengan nyanyian mereka yang di sambung sorang demi seorang.
"We are going to LA~~"
"For the second time LA again~~~~"
"Oohh LA~~"
"Everywhere LA~~"
"Somebody in LA~~~~"
"Nice to meet you LA~~"
"Wait for us LA~~!
"Anneyeong LA~~~!"
"Hello girls hello boys~~~ Here we come"
"Talk to us"
"And go,"
"And UFO coming~~~~"
Semua terdiam dengan sambungan V.
"mwoya?" Jin berkerut. Masing2 dah pelik tengok V. Apa ko merepek dik?
"Aaaa..salah eh?"
"Everyday in LA~~~~!" tiba2 Jungkook pulak sambung nyanyi. Wah still feeling lagi tu.
Aku dan manager serta crew lain buat donno jelah. Diorang memang biasa macam ni. Idol kanak2 riang hahah.
Tiba2 rasa ada orang cuit aku. Aku toleh sebelah.
"Um?"
"Nak tanya..."
"Mwo?" soalku.
"Awak memang rapat dengan Chanyeol ke?" soalnya. Oh, nampaknya semua dah tahu kekeke.
"Ya, kenapa?" soalku. Jimin masih tersengih.
"Rapat yang cam tu ke?" Jimin menunjukkan dua jari yang dirapatkan. Faham sangat. Aku terdiam sejenak. Rapat macam tu ke aku dengan Chanyeol?
"Eo...rapat sebagai kawan je," balasku dengan senyuman. Ya, tulah yang sebenarnya.
"Ooo..awak suka dia?" soalan maut Jimin dah keluar dari mulut dia. Eyy, soalan cepumas betul. Aku terdiam sejenak.
"Ani.." jawabku lalu menyumbat earphone dalam telinga.
"Seriously? Jinjja?" Jimin masih tak mengalah. Dia mengeluarkan earphone sebelah telinga aku.
"Tak salah kan kalau minat je?" balasku dengan.. soalan?
"Oooo..faham," Jimin mengangguk perlahan. Aku sendiri tak tahu sama ada aku ada perasaan yang mendalam kat Chanyeol. Tapi dia idol kan, gila lah kalau aku rapat dengan dia tapi takda perasaan? Ekk, pelik je. Ok so aku simpulkan aku minat dia. Macam fans yang lain. Ok the end.
Aku terus memainkan lagu Monster by BigBang. Ni Chanyeol yang recommend lagu ni. Boleh tahan juga.
Selepas beberapa jam perjalanan...
//author tak tahu berapa sebenar jam perjalanan dari South Korea ke LA hikhok\
Member BTS semua tidur dorm dan aku, manager dan crew lain check in hotel untuk berehat. Lagipun hari dah malam.
So aku decide untuk tidur sebab dah penat sangat. Yang lain semua turun pergi makan kat memana tah. Aku malas nak ikut. Ngantuk gila kot.
Esok pagi, kitorang pergi sarapan. V siap bawak papan luncur dia. Apa2 lah V. Sayang betul dengan papan luncur dia tu. Lebih dari aku pulak tu hahah.
Okay, harini lepas breakfast terus shooting dengan dorang ni. Kat bangunan bersejarah macam tu la. Selesai shooting ke satu tempat, kami shooting di tempat lain pulak. Sampai lah menuju ke pantai.
"Waaaaaaaa!!!"
Masing2 dah excited gila tengok laut terbentang luas depan mata.
"Let's swim!!!" V terus berlari ke tepi pantai. Aku tergelak. Mereka semua berlari ke arah pantai. Eh, mana lagi sorang?
"Kaja,"
Aku toleh sebelah. Lah, sebelah aku lagi rupanya. Dia dah menghulurkan tangan.
"Eo, gwenchana....
Share this novel