Chapter 31

Fanfiction - KPOP Completed 15758

#31

HOPE

//sambungan chapter sebelum ni\

"Morning....," ucap selamba seseorang yang berada di belakangku. Aku menoleh. Mukanya nampak mamai dan sangat selebet.
"Eo, em morning," ucapku kembali. Masa ni aku tengah duduk kat meja makan menunggu semua orang. Dia berjalan dan terus duduk berhadapan dgn aku dan merenung aku. Aku terus teringat kejadian semalam. Ah malunya!

"Kenapa muka jadi merah?" soalnya sambil menongkat dagu. Tersengih melihat aku. Aku memandang ke bawah. Dia boleh tanya pulak. Bengong betul. Memang la. aku malu kena peluk semalam ngek.
"Apa? Mana ada," jawabku.

"Kenapa tunduk bawah?" soalnya lagi. Kalini dengan senyum senget pulak. Ni nak mintak kena hempuk dengan pinggan ke apa ni?
"Pergi wash up sana lah! Macam apa je saya tengok awak ni," aku menghalau. Dia still tersengih.

"Anneyeong~" akhirnya J-Hope dan Suga yang baru bangun jugak. Terus duduk kat meja makan.

"Eo, korang cakap pasal apa ni?" soal J-Hope. Aku hanya menggeleng kepala. J-Hope mengangkat kening.

"Kenapa muka awak merah plak ni?" soal J-Hope. Ahhhh, nampaknya dorang perasan lah.

"Oh aaa.." tak semena-mena tangan J-Hope berada di dahiku. Buat terkejut aku je.

"Tak panas pun," ujar J-Hope. Aku tersengih. Aku pandang V. Dia tengah pandang slack kat J-Hope? Mamat ni plak dah kenapa.

"Wae? Kenapa pandang hyung awak macam tu?" soal J-Hope bila perasan V pandang dia. V menggeleng dan hanya sengih.

"Alien," ujar J-Hope selamba. Aneh betul semua orang harini.
Harini aktiviti kitorang ialah...shopping! Kitorang diarahkan untuk ke pusat membeli belah harini. Memang seronok gila rasanya tapi ni bukan shopping saje2 je tau. Ni shopping ada matlamat tersendiri iaitu, ...
.....
beli hadiah birthday untuk si J-Hope.

Semua orang tahu matlamat yang sebenar benarnya kecuali J-Hope.
"Ok semua turun," ujar manager. Kalini aku jadi camerawoman untuk Jungkook dan V. Kami cepat2 keluar dan masuk ke dalam shopping mall 3 tingkat.

"Waaa, rasa sangat relief sebab dapat keluar daripada terperap kat bangunan bighit *laugh*," ujar Jungkook.

"Betul. Dan harini kitorang kena beli hadiah untuk J-Hope hyung sempena befday dia esok," ujar V menerangkan matlamatnya pada hari ini.
"Tapi mungkin kita akan beli barang untuk diri kita sendiri agaknya *laugh*," sambung V lagi. Jungkook mengangguk mengiyakan.
"So let's start~" Jungkook pun menunjukkan ibu jarinya untuk masuk ke dalam mall. Ahli yang lain dah pun masuk ke dalam.

Kitorang memasuki ke dalam sebuah kedai kasut. "Waaa," V terlopong. "Banyaknya kasut," katanya. Aku menepuk dahi.

"Dah nama pun kedai kasut," ujar Jungkook pula, V tersengih. Ye tak ye jugak.

"Hyung suka kasut ke?" soal V.
"Entahlah tapi dia banyak jugak koleksi kasut," balas Jungkook.
"Dan snapback!" V memetik jarinya.

"Patut ke saya beli kasut jugak?" V tanya kat diri dia sendiri.
"Hyung, sini," panggil Jungkook.

"Wae wae?" V mendekati Jungkook. Dan aku ni, hanya ikut dorang jelah ohok almaklumlah camerawoman kan.
"Kasut ni lawa kan?" Jungkook menunjukkan sejenis kasut bertali warna merah kepada V.

"Boleh tahan lawa. Pandai awak cari," ujar V sambil mengangguk.
"Hyung, nak beli apa?" soal Jungkook. V memandang rak sebelah.
"Mungkin ini kot..." dia menunjukkan sejenis kasut.

"Yah! Ni kasut untuk wanita lah!" ujar Jungkook lalu geleng kepala.
"Eo yeke? Saya tengok ok je," ujar V lagi.

"Jangan nak mengarut. Marah hyung J-Hope nanti," kata Jungkook lalu memanggil salah seorang pekerja untuk mendapatkan saiz kasut tadi.
"Hyung kan suka menari lagu gegirl kan, apa salahnya ada kasut gegirl satu *ketawa*" ujar V. Jungkook pun ketawa. Memang tak pasal kena sepak jugak dengan J-Hope kalau dia dengar. Maybe lepas dia tengok cut ni lah. Uu tak shabarnyeee nak tunggu saat tu.

Selesai buat pembayaran kami bergerak pula ke tempat lain.
Kumpulan Jin dengan RapMon pulak..
"Warna pink lah lawaa," ujar Jin menunjukkan baju warna pink.
"Hitam lah hitam," RapMon tetap tak mengalah.
"Pink lah..pink lembut. Ayu, menarik dan cun," kata Jin lagi. RapMon menggeleng geleng.

"Awak ni. J-Hope tu lelaki. Kenalah nampak manly," bidas RapMon.
"Oh jadi awak nak kata saya tak manly lah ni? Dah tu, kenapa pulak mintak pendapat saya. Hish!" Jin terus 'blah' meninggalkan RapMon.
"Aigoooo.. merajuk pula," RapMon menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Geng Suga dan Jimin..

"Ok tak kalau beli ni?" ujar Suga menunjukkan chain warna emas.
"Boleh juga tapi, ni untuk J-Hope atau untuk hyung?" soal Jimin.
"Of coz lah untuk hyung. J-Hope buat apa chain ni. Dia suka topi," balas Suga.

"Yah...macam tu pula ceritanya," ujar Jimin.
"Oii! Korang!" panggil J-Hope. Mereka berdua menoleh. Alamak, J-Hope datang.

"Hai, hyung!" ucap Jimin. Suga pulak hanya membelek chain.
"Korang apasal tiba2 menghilang? Penat saya cari," ujar J-Hope. Mana taknya, tengah2 belek barang sekali si Jimin dan Suga lesap dari pandangannya. Terkejut dia.

Jimin menggaru kepalanya yang tidak gatal. Memang rancang mereka berdua nak larikan diri dari J-Hope tapi akhirnya terserempak balik pula.
"Maaflah, tak sedar pula. Kami excited sangat sampai tertinggal awak," ujar Suga. "Wah, lawa lah chain ni," ujar J-Hope melihat chain di depannya.
"Eo,"

Jimin dan Suga saling berpandangan. Adakah mereka patut beli chain?
"Jom pergi kedai sana," ajak J-Hope.
"Ah, jom." ujar Suga. Mereka menuju ke kedai pakaian dan memasukinya.
"Wah..banyaknya baju. Semuanya nampak smart," ujar J-Hope lagi.
"Yelah hyung. Saya pun rasa macam tu," Jimin mengiyakan. Dia dan Suga dah merancang nak larikan diri sekali lagi. Awkward sangat sebab shopping dengan orang yang kita nak hadiahkan hadiah kat dia. Mereka perlahan lahan keluar dari kedai pakaian tersebut dan bergerak ke kedai sebelah.

"Korang, baju ni cantik..Eh? Mana dorang pergi?" J-Hope terkejut bila Suga dengan Jimin dah hilang.
"Hilang lagi. Pelik betul dorang. Tinggalkan aku sensorang pulak tu." J-Hope bermonolog dengan diri sendiri. Haih, am I such a most lonely man today? Wae..?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience