#26
--Selamat pulang ke Malaysia--
"APA?????!!" terkejut aku dengan jeritannya yang sebegitu. Aku mengurut dada. Sara yang di dapur terus meluru ke arahku yang sedang berehat di ruang tamu.
"Kau serious ke ni? Janganlah main2," soal Sara. Aku memandang dia. "Seriouslah. Kau nampak muka aku macam main2 ke?" soalku kembali. "Weh! Serious lah? Biar betul? Cakap la betul2," Sara masih tak percaya dengan apa yang aku cakap awal tadi. "Betul la hek elamak kau ni. Ha, jap." aku menyelongkar beg baju mencari surat tawaran kerja tersebut. "Nah," surat tersebut aku hulurkan ke Sara. Sara membaca dengan teliti dan banyak kali. Matanya tak berkelip memandang surat tersebut.
Mulutnya terkumat kamit. Adakalanya dia termenung kejap. Cuba mentafsir ayat yang terkandung dalam surat tu kot. Ah lantak kau la Sara oi nak caye ke tak. Aku menutup mata cuba nak rehat semula.
PAP!
Pahaku kena tamparan dia. "Weh!" Sara panggil aku macam aku jauh sebatu. "Apa?!" soalku nada agak marah sebab satu, kena tampar, dua, aku try untuk rehat tapi dia kacau. Sara terdiam sejenak. Memandang aku tepat. Dan tiba2 terus memeluk aku. "Wehhhh! Untung gila nak mati hidup kau ni weeeehhh," habis tubuh aku digoncang2kan oleh Sara. Semakin letih aku jadinya sampai tak tau nak cakap apa. Muka pun dah blank.
"Dahlah dapat kerja kat Korea lepastu kerja dekat bighit entertaiment lepastu jadi PA untuk group BTS. Your life is such a heaven and lucky tahu tak?" ujar Sara panjang lebar sampai aku sendiri menguap. "Eh kau ni ! Aku cakap dengan kau ni boleh pulak kau menguap," Sara menampar lagi paha aku. Minah ni kan....
Meanwhile...
"Macam mana manager boleh tergerak hati bagi surat tawaran kerja dekat Diana?" soal Jin cuba mendapat jawapan dari sesiapa. Mesti ada sesuatu yang terjadi sampai Diana boleh dapat surat tawaran tu.
//author note: jangan salah faham ye. Mereka ni tak reti cakap bahasa melayu pun. Mereka cakap dalam korea, saya translate kan je. ohoohohho. ok kita teruskan\
Masing2 berkumpul dekat ruang tamu. Agak tertanya tanya. "Korang semua rasa curiga?" soal aku.
"Yup," mereka mengangguk.
"Eh, jap. Hyung punya kerja ke?" soal Jungkook.
"Hehehe," aku tersengih. "Sebenarnya ni idea J-Hope. Dia suruh kitorang berdua pujuk manager. Jadi, saya dan V pun pergilah pujuk manager," ujar Jimin menerangkan situasi yang sebenarnya pada semua orang. "Ohh..." kini mereka semua dah faham.
"Yaaah...bukan nak ajak kitorang sekali!" ujar Suga yang kecewa sebab tak dapat nak join. "Sorry, hyung. Tak terfikir," ujarku pula sambil menggaru kepala dengan sengihan. "Kan lagi bagus kalau pujuk ramai2. Lagi bagi impak besar. Lagipun dengan muka saya ni, manager mesti jatuh dengan pujukan saya," ujar Jin.
"Takpelah hyung. Kitorang berdua pun dah cukup sebenarnya," ujar Jimin. Yang lain tergelak. "Kalau ada saya, mesti belum cakap lagi, manager terus bagi surat tu," Jin tak mahu mengalah. "Eh, awak fikir manager kita ni boleh baca fikiran ke terus bagi macam tu? Aish.." RapMon mencelah. "Yelah, saya gurau je," kata Jin pulak. Dia terus menuju ke dapur untuk masak makan malam untuk anak2nya yang 6 orang tu.
//skip\
Setelah selesaikan hal2 kat Malaysia, maka itu tandanya aku sudah sedia untuk berhijrah ke Korea dengan harapan aku dapat bekerja dengan lebih baik di sana. Di samping 7 bakal penyinar hidup aku apabila di sana nanti. Eceh penyinar hidup konon ahak.
"Kau betul2 nak pergi?" soal Sara sambil memegang kedua belah tangan aku. Kini aku sudah pun berada di KLIA. Sekejap lagi aku akan masuk ke balai pelepasan. "Alamak, dah mula dah." gurauku.
"Ish, kau ni main2 lah.. aku serious ni," ujar Sara dengan muncungnya. Aku tergelak kecil. "Haha sorry. Ok im serious too," ujarku.
"Hmmm...yelah. Kau dah tekad nak tinggalkan aku kan, nak buat macam mana," mulalah si drama queen Sara.
"Beb...," aku mengingatkan dia untuk tidak cakap lagi macam ni. Memang aku dah nekad. Tapi dia sengaja nak buat aku berat hati pulak.
"Ok2. Sorry.. cuma aku rasa sedih.. nanti aku tinggal sensorang. Aku akan rindu kau sangat2. Nanti kalau kau free, kau balik sini. Jumpa aku tau. Aku merayu ni. Janji dengan aku?" ujar Sara dengan air mata yang dah pun jatuh. Terus Sara aku peluk. "Ya, aku janji. Kau jangan nangislah. Takpe, soon you will find my replacement, new housemate yang lebih baik dari aku," kataku pula dengan rasa sebak. Nada pun dah bergetar.
"Takda sapa yang dapat gantikan kau, satu2nya sahabat aku yang aku sayang, yang aku dah anggap macam adik aku. Walaupun kau lebih matang dari aku," balasnya. Ayatnya makin buat hati aku rasa berat. Aku jadi speechless. Tak lama kemudian, Sara melepaskan pelukan. Dia mengesat air matanya. "Maafkan aku. Ternangis pulak," kalini Sara tersengih. Memaksa dirinya untuk senyum. Membuat hati aku jadi serba salah.
"Kau pergilah, nanti lambat pulak. Tak pasal2 tak boleh pergi. Tapi bagus jugak hohoho," ujar Sara yang masih berlagak ceria. Makin aku berat untuk tinggalkan dia. "Dahlah tu.." Sara menepuk bahu aku. "Jangan risau aku kat sini. Aku baik2 je kat sini nanti. Kau jaga diri kau tu okey? Kirim salam sayang kat Kookie aku hehehe," ujarnya lagi. Aku mengangguk perlahan. Tanpa berkata apa2, aku terus berpusing dan mengangkat kaki. "Bye!"
itulah ucapan terakhirnya sebelum aku berangkat. Namun, masih mulut aku terkunci. Bye, Sara.
*Sedang menunggu di balai pelepasan*
Tiba2 ringtone Growl by EXO berbunyi. Cepat2 aku melihat nama yang tertera di skrin. Dah agak dah.
"Hello," ucapku di talian.
"Yobeoseyo," ucapnya kembali.
"Why are you calling?" soalku lembut.
"Just want to know...you're at the...er.. what's the name I forgot oh ha! KLIA?" soalnya pula.
"Oh. Yes I'm at the KLIA. I will depart soon," jawabku. Talian menjadi senyap seketika. Dan aku dengar sesuatu. Macam ada sebut perkataan depart. Tapi dia cakap dalam bahasa Korea. Dan terdengarlah suara RapMon terangkan apa maksudnya. Sadis betul lah V ni.
"Hello?" suara itu kembali ke talian.
"Yes, I'm here," balasku. Aku dah tersengih. Nak gelak pun ada ni tapi tahan jelah yang mampu.
"Ehe. Sorry. So, take care then. Manager will pick you up at the airport. Text me when you have arrived," katanya.
"Arasseo," jawabku.
"Bye," ucapnya. Talian tamat. Tapi cerita ni belum tamat lagi ye ohok ohok.
Share this novel