Epilog

Fanfiction - KPOP Completed 15758

extra;

ending diabetes

3 tahun berlalu..

"Ahh..mana pulak si Sooyoung ni?! Sekejap lagi nak mula shooting!" tiba2 bunyi bising2 di khemah direktor.
"Direktor! Saya dah call dia. P.A dia kata dia terkena chicken pox!" kata seorang crew.

"Hah?! Chicken pox? Aaaih masa2 ni jugaklah nak chicken pox nya ayoyoo,"
V's P.O.V

"Nampaknya scene harini macam tak boleh dibuat je," ujar si stylist noona. Aku memandangnya. "Pandai2lah dia cari jalan," kataku selamba lalu membaca skrip semula.

--??? P.O.V

Aku hanya berjalan selamba di tempat itu. Betul ke apa yang aku buat ni? Aduh tak faham betul aku dengan Chung-ae unnie.

//flashback 2 tahun yang lepas\

"Saya takut nak jumpa dia. Saya takut dia nampak saya. Saya takut unnie. Takut dia..tak terima saya." kataku. Chung-ae memandangku dengan pandangan lembut. Dia memegang bahuku. "Kalau kamu takut lagi, kamu perhatikan dia dari jauh sajalah. Nah, tiket konsertnya," Chung-ae tetap menghulurkan tiket konsert itu. Aku teragak-agak untuk mengambilnya. "Tapi..unnie macam mana?" soalku masih belum mengambil tiket itu.
"Unnie boleh cakap yang unnie busy dan bagi tiket tu pada orang lain. Kamu jangan fikir lagi okay? Amik saje," Chung-ae terus mengambil tanganku dan meletakkan tiket itu di tanganku. Menyuruh aku mengenggamnya. Aku pun tak pasti patut atau tidak. Tapi kalau Chung-ae unnie dah berkeras juga...takda pilihan. "Kita tunggu sampai kamu ada kekuatan untuk face to face dengan dia. Selagi kamu tak boleh, kamu perhatikan dia dari jauh sajelah." kata Chung-ae. Aku hanya memandang tiket konsert BTS itu di tanganku. Start dari situ, aku mula memperhatikan V dari jauh. Tak kisah lah di mana pun dia berada.

Namun begitu, akhirnya aku tertangkap jugak.

"Jungkook, please. Jangan bagitahu dia," rayuku. Lelaki itu masih lagi memegang lenganku. Macam mana pulak dia boleh cam aku ketika aku sedang menghendap mereka shooting di Busan ni?

"But...why?" soalnya. Aku menggeleng kepala. "Saya tak..saya tak kuat nak jumpa dia sekarang. Please, jangan paksa saya Jungkook," kataku lagi. Dia terus melepaskan lenganku dan mengeluh. Air mataku sudah bertakung. "Mianhe. I miss you," ujarnya lalu secara mengejut memelukku. Aku terdiam dengan tindakannya yang tiba2. Beberapa saat kemudian, dia melepaskan pelukan sambil tersenyum. "We all miss you," ucapnya. "We all want you to come back, itu pun kalau awak nak jaga kitorang lagi," sambungnya lalu ketawa kecil. Aku tersenyum. Pandai budak ni buat aku selesa. Hilang terus rasa takutku.

"Tengoklah macam mana. Erm saya pergi dulu lah. Nanti tertangkap lagi dengan orang lain pulak," ujarku lalu memandang sekeliling. "Kitorang akan selalu tunggu awak," katanya sebelum aku blah dari situ. Dia melambaikan tangan. Aku hanya membalas dengan senyuman.

"You! You di sana! Hello!" tiba2 ada orang bising2 di belakang aku. Aku terus menoleh. Lelaki itu sedang menunjuk ke arah aku. "Nae?" soalku lalu berhenti. Dia terus meluru ke arah aku. Apa aku nak buat ni?
"Awak nak jadi pelakon tak? Pandai berlakon tak? Ada bakat terpendam ke apa? soalnya bertalu-talu. Terkejut aku mendengarnya. Tiba2 je?
"Nae? Sa..saya?" soalku.

"Ya awak." jawabnya. Apa ni?! Takda dalam perancangan pun. Apa patut aku buat ni..?

"Tolonglah. Kalau tak kami tak dapat teruskan. Hanya untuk beberapa babak saja. Tolonglah," rayu seorang crew. Aku memandangnya simpati.
"Baiklah, saya akan buat," kataku dengan senyuman. Crew tersebut hampir menangis gembira. Serba salah pulak buat dia nangis.

"Ok. Ni skrip. Kita akan mulakan lagi dalam 5 minit." ujar direktor. Aku mengangguk. Crew tersebut membawa aku ke jurumekap.
"Ah..tapi saya tak pakai mekap," kataku. Dia ternganga. "Pulak? Aik, macam2 lah."

aku tersengih. "Takpe, awak letakkan bedak sajelah," ujarku. Dia mengangguk. "Waa..kiranya awak ni natural beauty?" kata seorang crew. Aku menggaru kepala yang tidak gatal.
"Bukanla.."

"Betullah tu. Itupun tanya lagi," ujar jurumekap tersebut.

V's P.O.V

"So? Dia dah jumpa pengganti ke?" soalku memandang P.A ku yang menuju ke arahku.
"Nampaknya dah. Tak perlulah awak nak risau," ujar Jinyoung. Aku mengangguk.
"And...action!"

Aku berjalan dan terus berlari ke arah wanita yang sedang berjalan di taman itu. Dengan pantas aku menangkapnya dengan memeluknya.
"Yuju...mianhe. Don't go," ujarku.

Perempuan itu terus menoleh. Alangkah terbeliaknya mata aku. Aku terus terduduk.

"Saya..bukan Yuju," kataku sambil memandang V. Nampaknya dia dah terkejut beruk ni. Aku menghadiahkan senyuman lalu menghulurkan tanganku. Aku memberi isyarat yang kami masih dalam lakonan. Dia teragak-agak untuk mencapainya.

"Awak tak apa2?" soalku lalu menariknya.
"Ss..sa..saya tak apa2," katanya. Yang aku tahu sekarang ni kitorang dah lari dari skrip yang sebenar!
Dia terus bangun. "Maafkan saya. Saya ingat awak...Yuju," katanya sambil tertunduk.

"Yuju..?" soalku.
Dia hanya diam memandangku. "Kalau macam tu.. saya pergi dulu. Hati2..ya?" pesanku lalu terus berlalu.
"CUT! OK! BAGUS!" ujar tuan direktor. Aku berpatah balik ke arah tuan direktor.
"Maafkan saya.." ucapku.

"Maaf? Hahaha! Lakonan kamu berdua bagus! Even tersalah skrip, masih bagus! Kamu ni pelakon ke?" soalnya. Aku tersengih. "Bukan..saya cuma seorang yang berusaha sebaik mungkin untuk lakonan tadi," kataku. Aku mengerling ke arah V. Dia masih...tak percaya aku kat depan dia. Tiba2 lelaki itu memandangku tepat dari jauh.

"Baiklah, kita akan ke set seterusnya!" jerit tuan direktor. Masing2 mula mengemas set.

Set seterusnya bangku berdekatan tasik. Dalam 2km tapi kena gak naik kereta. Kereta dengan V plak tu. Dia hanya diam tanpa berkata apa2.
Selesai lakonan, selesai lah babak aku. "Nah, upah kamu. Terima kasih kerana membantu." tuan direktor memberi sampul duit kepadaku. Aku tersenyum. "Terima kasih," ucapku.

"Oh dan ni kad saya. Kalau awak berminat dalam bidang lakonan, awak bolehlah datang ke syarikat kami." katanya lalu menghulurkan kad kepadaku. Aku memandang kad tersebut. "Nae, saya akan fikirkan tentangnya. Kamsahamnida," ucapku lagi. "Tak perlu fikir pun takpe. Awak memang ada bakat. Ok lah. Saya pergi dulu," ucap tuan direktor. Aku pun bow. Sedang menunggu bas, tiba2 dua tangan terus menekupku membawa masuk ke dalam sebuah van. Aku terus meronta dan melepaskan diri lalu membuka pintu kereta tersebut namun sudah terkunci.

Aku menoleh memandang gerangan yang memakai hoodie. Bila diperhatikan betul2 rupanya..Kim Taehyung!

"Awak sedar tak awak buat apa ni?!" soalku dengan nada tinggi. Geram kerana mati2 aku ingat ada orang nak culik aku.
"Diana? It's you?" soalnya. Aku mencebik. Boleh tanya lagi. Terang2 lah ni aku. Nampak macam orang lain ke?

"You think?" kataku dengan nada annoying.

"I..I miss you!" tiba2 dia terus memelukku seeratnya. Aku jadi lemas. Baru nak tolak dia, suara esakan tiba2 memenuhi ruang kereta itu. Semakin kuat. Niat untuk menolaknya terbantut malah aku memeluknya kembali. Suasana hanya diam. Jujur, aku pun rindukan dia.

Tiba2 dia memegang mukaku. "Why? Why you did this to me?" soalnya dengan air mata. Aku hanya diam. "Awak la..yang tinggalkan saya.." kataku perlahan sambil memandang ke bawah. Air mata aku pun bertakung. "Mianhe.." katanya lalu mencium dahiku. Sumpah hatiku bergegar bukan getar lagi dah rasa nak meletup tebaboom!

Aku memandangnya. Bibirnya makin lama mendekati bibirku. Oh no! What is this?!! Cepat2 aku menekup mulutnya dengan kedua belah tangan. Dia memandangku. Mukanya bertukar merah pula lalu dia membuang pandang ke arah lain.

"Saya hantar awak balik," katanya. Hantar saya kat cafe Chung-ae unnie," ujarku. Seperti yang dijangka, dia terkejut mendengarnya. "How..?"
Aku tergelak.

"Saya dah lama kenal Chung-ae unnie dari awak ok?" kataku. Muka dia masih blur. Aku terus mencubit pipinya. "Jangan buat muka macam tu. Buruk!" selamba aku mengejeknya. Dia mencubit kembali pipiku.
"Saya gigit jugak awak nanti," katanya. Aku tergelak lagi.

"Yoboseyo, Jinyoung? Ha, dah. Awak boleh datang sini." V memanggil P.A nya.

"Apa kata lepas ni awak jadi P.A saya, Diana?" soal V tiba2.
"Haa?" aku terpinga-pinga. "Jadi P.A saya nak?" tanya V lagi.
"P.A awak pulak macam mana? Sukahati awak je. Lagipun harini director awak tu tawarkan saya bekerja sebagai pelakon," kataku sambil menhuyung-hayangkan kad tersebut di depan V.
"Jadi awak nak jadi pelakon lah ni?" soal V.

"Ermmmm tak pasti lah. Kena tanya pendapat Chung-ae unnie dulu," ujarku. V mengangguk faham.

"Nanti boleh awak jadi heroin. Saya jadi hero awak," ujarnya dengan senyuman menggoda. "Ee. Pape jelah!" aku membuang pandang keluar tingkap.
"Jadi selama ni awak kerja dengan Chung-ae noona?" soal V. Chung-ae tersenyum lebar. "Yaaa. Memang dia kerja dengan noona. Bila kamu datang je dia nyorok kat belakang sana tu ha," ujar Chung-ae. "Nakalnya Diana ni!" ujar V pula. Aku hanya tersengih.

"Saja nak main nyorok2 dengan awak," kataku. Setelah 2 tahun asyik memerhatikan V dari jauh, kini aku mampu untuk dekat dengannya semula.
Harini cafe Chung-ae tutup awal jadi kitorang pun berborak di cafe. "Anneyeong~~" tiba2 tersembul wajah Chanyeol. "Aik? Bila masa pulak dia ada kat sini?" soalku. "Chanyeol cari Diana tadi lah. Tapi tiba2 perutnya memulas so dia pinjam tandas." kata Chung-ae.

"Eyeek! Habislah busuk tandas kita unnie," ujarku sambil memandang Chung-ae. Akibatnya, kepalaku terus diteleng oleh Chanyeol. V mentertawakan aku je dari tadi.

"Anneyeonghaseyo," V terus bangun lalu bow. Chanyeol pun dan mengambil tempat sebelah V.
"Awak tak kerja ke Chanyeol?" soal V.

"Ada. Saya ingat nak buat lirik sama2 dengan budak ni. Tu yang datang sini. Tapi budak ni pergi berdating rupanya," jawab Chanyeol sambil memandangku dengan emoji smirk face. Aku mencebik. V tersengih.
"Oh jadi hyung selalu datang sini jugak?" soal V. "Haah..bolehlah. Tu pun sebab nak mencari inspirasi. And Diana selalu tolong," jawab Chanyeol lagi. V mengangguk.

"Haih..pernah satu hari ada fans terserempak dengan Chanyeol. Esoknya, habis penuh cafe ni dengan fans yang sedang tunggu Chanyeol muncul. Siap bawak sepanduk apa semua. Padahal cafe belum bukak pun," ujar Chung-ae. Kitorang tergelak. "Betul tu. Akibatnya, kitorang amik keputusan untuk tutup cafe ni haritu," kataku pula.

"Ahh..mianheyo. Saya dah belanja awak berdua baju yang mahal tau disebabkan kejadian tu," ujar Chanyeol pula. V hanya ketawa. Lucu sangat bagi dia.

"Ahh..Chanyeol. Boleh tolong noona sekejap?" tiba2 Chung-ae bangun. "Tolong apa?" soal Chanyeol. "Ikut saya sekejap. Ada benda nak mintak tolong," ujar Chung-ae lagi.

"Ala, nape tak suruh V je?" kata Chanyeol malas. Aku ternampak Chung-ae membulatkan matanya kat Chanyeol dan tersengih padaku bila reaksinya itu tertangkap. Dia terus menarik Chanyeol dan mereka berdua hilang di balik pintu dapur. Aku dan V memandang antara satu sama lain.
Keadaan senyap seketika. Takda siapa yang mampu bersuara. Padahal tadi asyik bercerita je.

Malu mengatasi segalanya.
"Ek ehem.. ehem. Emm..Kenapa diam?" soal V. Aku memandangnya lalu menggeleng dan tunduk memandang lantai. Unnie..Chanyeol..cepatlah muncul.

"Ahh! Aahh!!!" tiba2 V menjerit. Aku terus meluru ke arahnya dan duduk di sebelahnya.
"Waeyo?!"
"Aaahh! Sakit! Aahhh!" jeritnya lagi. Matanya tertutup rapat menahan sakit. Aku menggaru kepala.

"Sakit kat mana?" soalku lagi. Dia menekan2 perutnya. "Sini?" soalku menunjukkan perutnya. Dia mengambil jari jemariku lalu meletakkannya di dada. "Sini," ujarnya lembut. Matanya yang redup memandangku lembut.
"Saya..saya..cint-a.." belum sempat dia menghabiskan ayatnya aku terus memukul lengannya sekuat mungkin. "Tipu saya ya! Haaa, pandai betul berlakon!" ujarku dengan nada geram. Dia tersengih.
Ok sebenarnya aku malu gila bila dia hampir nak confess kat aku tadi.
Dia mendekatkan mukanya dengan aku membuat wajahku pula ke belakang sampai aku tak mampu bergerak lagi.

"I love you," bisiknya lembut. Aku terkedu.
Keras. Freeze.

"Diana?" dia menggoncangkan badanku. "Dianaaaa..awak kenapa ni????" ujar V lagi. Aku seperti orang koma je sekarang ni. Tak boleh gerak tapi boleh dengar orang cakap dengan aku.
"No choice,"

Aku pelik dengan ayat V. No choice?

Tiba2 dia terus melekapkan bibirnya dengan bibirku. Mataku terbeliak besar. Aku terus lompat dari kerusi. "Makk!!! Apa awak buat ni?!!" soalku lalu menutup mulutku. Dia tersengih nakal. AAHHHHHH!

"Saya ingat nak bagi awak pernafasan mulut ke mulut memandangkan awak macam tak hidup je tadi," katanya dengan nada nakal.
Akibat malu yang mencurah2 aku terus lari pecut masuk ke dapur. MALU!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience