Chapter 43

Fanfiction - KPOP Completed 15758

#43

V's POV.

"Hyung! Hyung! Taetae! Jungkook!"
Kami memandang Jimin yang terkocoh kocoh mendapatkan kami yang sedang berlatih di dalam studio.
"Wae?" soal RapMon. Suga yang tengah tido pun terjaga jadinya dek highnote Jimin trololol.

"Saya...huh..terdengar..haa..tadi..hah," Jimin termengah mengah.
"Lek2 chill. Bagitau kitorang slow2," ujar Jin. Jimin menarik nafasnya.
"Uh..tadi saya terdengar sesuatu pasal Diana," ujar Jimin.
"Wae? Ada pape yang terjadi ke?" aku plak yang bersuara. Jantung dah berdegup kencang melihat reaksi Jimin yang sebegitu. Padahal semalam baru je on phone dengan gadis itu.

"Saya dengar manager cakap dengan crew kita yang Diana dah berhenti kerja," ujar Jimin.
"What?!"

"Jinjja?!" soalku.
Jimin hanya mengangguk.

"Kenapa...dia tak bagitahu kita? Apa sebab dia berhenti?" soal Jhope.
"Saya tak tahu, hyung. Saya pun terkejut bila terdengar manager cakap macam tu," ujar Jimin lagi. Jantung aku plak rasa nak berhenti. Macam mana...?

"Awak ni biar betul? Ke awak salah dengar?" soal Jhope lagi.
"Eee, hyung! Saya tak pekak lagi laa,"
Aku terus mencapai telefon bimbit dan mendail nombor gadis tersebut.
Shoot! Tak dapat! Operator pula yang jawab.
Aku mendail lagi dan lagi. Ahli BTS pun dah mengerumuni aku.
"Dapat tak?" soal Suga.

Aku menggeleng perlahan. Kecewa. Sangat kecewa.
"Kenapa dia buat kita macam ni? Wae?!" aku hampir separuh menjerit. Jimin memegang bahuku.

"Relax Taehyung. Kita akan tanya manager sendiri," ujar Rapmon.
"Kurae, hyung. Sabarlah," ujar Jungkook pula. Suga menepuk bahuku.
Aku memandang ayah. Dia seperti lumpuh. Hatiku sebak melihatkan keadaannya namun aku harus kuat demi dia juga. Chanyeol pulak dah balik ke Korea. Aku harap dia dapat sampaikan apa yang aku suruh. I count on you, Chanyeol.
V's POV

"Manager, betul ke apa yang kami dengar pasal Diana?" ujar Rapmon. Manager memandang kami terkelip kelip.
"Pasal..apa?" soal manager kembali.

"Manager tak perlu berpura2 tak tahu. Kami dengar semuanya. Betul ke semua tu?" soal Rapmon lagi cuba mendesak manager. Kami hanya menyaksikan mereka berdua. Manager mengeluh lalu mengusap belakang tengkuknya.

"Saya ingat nak rahsiakan perkara ni terlebih dahulu daripada korang tapi nampaknya korang amat bijak sampai dah tahu dulu. Well...betul lah tu. Dia dah berhenti kerja dan dia takkan balik sini lagi. Dia jugak dah tukar nombor," akhirnya manager memberitahu kami perkara sebenar.
"Mwo? Kenapa perlu sampai tukar nombor?" soalku pula dengan nada agak tidak puas hati. Manager menjungkit bahu. "Saya tak tahu dan dia tak beritahu saya sebabnya dan saya pun tak ada nombor baru dia. So saya betul2 lost contact dengan dia," jawab manager. Aku tertunduk.
Kenapa Diana? Kenapa....awak buat saya terseksa macam ni? Kenapa tinggalkan saya?

Hatiku saat ni..terlampau sakit dan berat kerana merindui gadis tersebut. Senyumannya...

"Nah, saya pergi dulu," Chanyeol menyarungkan semula kaca mata hitamnya dan berlalu pergi macam tu je. Aku pula......otak dah mula blank.
"Wait! Awak..dan Diana..ada pape ke?" soalku. Chanyeol berpusing lalu menoleh. "Yup. Memang ada. Tapi tak seperti yang awak sangkakan," balas Chanyeol dengan jawapan yang tidak dapat aku fahami. Lelaki itu tersenyum. Aku mengangkat kening. "Apa...maksud awak?" soalku. Namun Chanyeol hanya tersengih dan berlalu begitu sahaja sambil bersiul. Dilayan betul la aku ni. Krikkrik.

"Oi, jomlah masuk!" Jimin menampar pipiku lalu lari masuk ke dalam sambil ketawa. Kurang asam betul dia ni bagilah aku loading dulu. Aku masuk semula ke dalam bilik menunggu. Memikirkan apa yang berada di dalam tangan aku sekarang ni.
Aku memandang pula Jimin.
"Jimin-ah," panggilku.
"Yes Taetae. Tuan Taetae nak apa?" soal Jimin acah jadi maid.
"Bagitahu saya kebenaran pasal Diana dan Chanyeol. Lelaki tu kata diorang memang ada pape tapi tak seperti yang saya fikirkan. I just don't get it," kataku terus terang. Jimin mengeluh.
"Lembab! Diana tu kan fav girl awak tapi fact dia pun awak tak tahu. Masalah la," Jimin menggeleng kepalanya. Aku memandangnya dengan blank. Masalahnya takda sapa nak bagitahu!
"Ok ok, actually diorang dua tu sepupu. Sepupu terpisah like that la. Jangan terkejut," ujar Jimin. Aku ternganga.
"Jangan terkejut kan saya kata!" Jimin menampar pipiku. Aku menerkam Jimin lalu menamparnya semula.

"Sukahati sentuh muka saya. Get off your hands on me!" ujarku. "Ah..jinjja...? Is that so..?" Jimin tetiba bertukar jadi evil face sambil menunjukkan tapak tangannya. Aku mula ke belakang perlahan lahan. "Come to me....~~" ujar Jimin.
"Omma!!!!"
Dan suasana dalam bilik menunggu jadi bising semula -_-"
----------------------------------------
Letter for Kim Taehyung;
Maaf kalau saya pergi tanpa memberitahu korang dahulu. Saya tahu, saya salah terhadap korang semua. Saya harap lepas ni awak dapat jaga diri. Begitu juga dengan yang lain. Awak semua terlalu baik pada saya. Jalani lah hidup awak dengan sebaik mungkin. I'm sorry....
Truly,
Diana.

------------------------------------------
Beberapa bulan kemudian, ayah semakin lama semakin sihat walaupun masih mempunyai penyakit strok. Walaupun dapat bergerak, lelaki itu perlu dijaga dengan rapi agar tidak tersilap langkah.
Aku membantu ayah untuk duduk di bangku di depan taman mini Puan Hana. Petang macam ni memang satu rutin bagi ayah untuk beriadah sambil menenangkan fikiran.

"Diana..kamu tak nak balik ke Korea?" soal ayah. Aku memandangnya lama. Tiba2 je tanya.
"Tak, ayah. Kan Diana dah cakap Diana tak nak dah jauh dari ayah. Lagipun Diana boleh kerja kat sini." kataku.

"Kamu tak rindu kawan2 kamu kat sana? Kekasih ke?" soal ayah lagi.
Aku tersenyum paksa. "Ish, ayah ni. Merepek pula. Mana ada kekasih. Kawan ada la. Tapi...diorang faham," balasku. hm...harap diorang betul2 faham jelah.
Ayah tersenyum. "Takkan takda yang sangkut kot," dia masih lagi ingin bergurau.

"Haha, tak ada la. Diana ni sapa je. Takda sapa yang nak pun," kataku.
"Kalau kawan ayah nak bermenantukan Diana, Diana setuju tak?" soal ayah mengejut. Aku memandang ayah. Betul ke aku dengar tadi ni? Ke silap?
"Kawan ayah...?"
"Haah. Ayah ada sorang kawan ni. Dia macam berminat je bila tengok kamu. Pernah kita terserempak sebelum kamu balik ke Korea haritu. Dia ada tanya kalau anak ayah ni dah ada yang punya ke belum." terang ayah. Aku sengih sebelah.

"Oh...."
"Jadi, nampaknya boleh la dia bawa anak dia berkenalan dengan Diana.."
"Ah...tapi ayah.." belum sempat aku habiskan kata2 ayah sudah pun memotong.

"Ayah nak tengok anak ayah kahwin...ayah takut ayah tak lama,"
Aku memandang lelaki itu dalam2. Apa yang lelaki ini fikirkan?
//skip\
Selesai majlis pertunangan, aku hanya duduk di bangku belakang rumah. Memandangkan family ni mahu aku untuk tinggal sini sehari bersama mereka. Aku mengeluh panjang. Aku tak tahu betul ke apa yang aku lakukan ni?

Danial Ikhmal, anak Dato' Hamid yang berkacukan melayu perancis membuat aku jadi tak keruan. Dia agak psiko tapi entah kenapa demi permintaan ayah aku, aku hanya menurut sahaja tanpa membantah. Baru saja nak masuk ke dalam lelaki itu sudah menunggu di depan pintu slide dengan pandangannya yang tajam. Aku memberanikan diri untuk lalu tetapi lenganku dicengkam kuat.

"Lepas," ujarku tenang. Dia mendekatkan mukanya.
"Apa? Tak dengar~~~~~" ujar tunanganku yang annoying dia memang tak terkata lah.
"Kau nak apa?" soalku.
"Kau suka aku?" soalnya.

"Tak pernah sekelumit pun," jawabku selamba. Ya, aku sangat tak gemar dengan perangainya. Mulut lancang, perangai macam apa je, suka mabuk sana sini, girlfriend keliling pinggang. Perasan handsome even dia mmg hensem tapi ei wtvr. Tu sumber aku dapat tau dari orang gaji rumah ni. Sakit kepala aku. Nak bagitahu ayah, tapi ada je yang orang tua tu memintas sebelum aku sempat nak bagitahu.

"Hahaha! Kau ingat aku bodoh? Kalau kau tak suka aku, kenapa kau setuju nak bertunang dengan aku?" soalnya lagi. Heh. Kau memang bodoh pun.
"Aku setuju sebab ayah aku je. Bukan sebab kau." balasku sinis. Dia memandangku tajam.

"Kau fikir aku hadap sangat dengan kau la? Hoi, you're not my taste at all. I prefer sexiness and hot macam girls aku kat luar sana. Kau ni? Jauh sebatu nak dibandingkan dengan diorang. Macam angkasa dengan bumi!" lelaki itu mula menghina aku. Aku tak tahu apa yang dia benci sangat dengan aku sejak first kami berjumpa. Aku memandangnya tajam. Ya, mungkin masa first dulu aku tak berani. Tapi sekarang aku takkan bertimbang rasa dah.

"Do I care? Get off," kataku dengan senyuman sinis. Kau ingat kau je yang boleh speaking? Mamat psiko ni mula panas lalu mencengkam lagi lenganku.

"Kau jangan ingat nak kurang ajar dengan aku. Kalau tak, tahulah apa yang akan menanti kau." bisiknya di telingaku. Sumpah, dia memang psiko habis! Pegangan tanganku dilepaskannya. Aku mengusap lenganku. Walaupun sakit, aku tetap tahan. Aku terus berlalu naik ke atas lalu menutup pintu. Life sekarang ni..memang menyakitkan dan memeritkan. Kim Taehyung... I hope you're not the same situation as me now.. I..Need you. Aku mengeluh. kenapa aku asyik mengharapkan dia ada di sini untuk menyelamatkan aku. Kenapa?
Tet..tett...
Aku memandang telefonku yang bergetar akibat mode vibrate.
"hello, ha Sara. Kenapa?" ucapku kepada pemanggil itu.
"Sorry tak dapat datang majlis pertunangan kau. Saje nak tanya khabar. Sekarang kau kat mana?" soal Sara. Aku tersenyum kecil. Ingat juga dia kat aku walaupun busy kursus.

"Ah..aku kat rumah dorang...Dorang suruh stay sehari." ujarku.
"Oh...macam tu ke. Emm. Nak alamat," pinta Sara. Aku mengangkat kening. "Buat apa?" soalku. "Ah..nak datang la malam ni, apalagi." katanya.
"eh...bukan kau kursus ke??? Lagipun dah malam," kataku.
"Ah..aku baru je sampai rumah. Aku nak culik ko malam ni. Lari dari laki psiko tu," ujarnya lagi. Aku tergelak. Ada sajelah gurauan si Sara ni.
"Merepek je keje kau," balasku.

"Alah, bagi jelah. Subang dengan Shah Alam bukannya jauh pun." katanya tetap nak alamat rumah ni. Barangkali dia dah hilangkan kad jemputan lagi la tu.
"Yelah, nanti aku whatsapp kau," ujarku lalu mematikan panggilan.
Sara : Thanks for the address! Nanti aku amik kau :p
Diana : kau ni biar betul Sara?

Sara : hahahaha. tunggu jelah.
Aku pelik betul dengan Sara ni. Macam takda kerja je. Maybe rindu aku letew kot.
Diana : haha, kerja gila do kau ni. papepun aku join kerja gila kau ni.
Sara : lol.

Sehari sebelum...
"Awak betul nak pergi?" soal Rapmon.
Aku mengangguk. Aku takkan berlatih balik. Aku perlu teruskan jugak. "Kalau macam tu takpelah. Saya harap awak selamat pergi dan balik," ujar Rapmon. Aku mengangguk lalu menyarung shades dan facemask ku. Pemergian ini harus dirahsiakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience