Chapter 28

Fanfiction - KPOP Completed 15758

#28

Mak tiri?

'Cause we're young and we're reckless
We'll take this way too far
It'll leave you breathless
Or with a nasty scar'

"Yeoboseyo?" sapaku kepada pemanggil yang menelefonku. Ok jangan pelik ya semua aku memang suka tukar2 ringtone. ohorat.

"Anneyeong dak Korea!" balas pemanggil tersebut. Terhambur ketawa aku jadinya.

"Apalah. Aku bukan budak Korea ye. Bangla ada la herher," kataku.
"Ehhh, sedar diri rupanya. Hahaha," ujar Sara. Aku mengetap bibir. Kurang hasam punya Sara. Eee, kalau dapat dia ni agaknya aku dah smash down habis habisan ni kasi ajar sikit. Haha, rindu siot.

"Kau telefon aku ni kenapa?" soalku.

"Saja, nak tanya khabar. Yelah, kau mana nak telefon aku dah sekarang kan. Sapa je aku ni nak dibandingkan dengan BTS," ujar Sara. Ayat dia buat aku sentap. Mungkin aku takdalah kisah sangat dia nak cakap macam ni dan aku anggap dia nak gurau je tapi yang ni betul2 buat aku terasa. Aku terdiam.

"Hello? Diana oii. Kau ada tak ni?" soalnya bila dah lama aku berdiam diri.
"Hm, ya. Aku dengar ni," balasku.

"Eh? Kau kenapa ni? Kau terasa dengan apa yang aku cakap tadi ke??" soalnya dengan nada yang agak gelisah.
"Tak..tak aku ok je..." balasku acuh tak acuh.

"Alah weh, terasa ke? Aku gurau jelah kau ni. Ampun ye," pujuk Sara.
"Yelah. Kau sihat?" soalku menukar topik perbualan.

"Sihat je kat sini. Kau? Kookie aku sihat?"

"Haha kat sini semua sihat belaka. Jangan risau sangat dengan Kookie kau tu," balasku.

"Hehehe. Mesti la kena risau. Ahhhh, aku harap sangat dapat melawat kau kat sana. Kau tunggu jelah nanti, bila aku dah cukup duit aku datang sana tau?" ujar Sara. Aku tergelak.

"Ya, ya. Aku tunggu kau. Datang cepat sikit. Rindu," ujarku pula. Sara pula yang tergelak kalini.

"Alolo rindu konon. Erm btw, aku call kau ni sebab ada cerita sebenarnya," nada Sara terus berubah menjadi serious.

"Cerita apa?" soalku. Lain macam je bunyinya. Cara Sara cakap dengan aku pun macam ada sesuatu yang penting.

"Pasal..mak kau," kata katanya membuat aku jadi terdiam seketika. Memikirkan apa yang dah berlaku.
"Kenapa?" soalku dengan nada bergetar.

"Dia call aku semalam. Tanya kenapa kau tak jawab call dia," jawab Sara.
Aku dah agak dia akan tanya. Btw, dia sebenarnya mak tiri. Bukan mak kandung.

"Lepastu?"

"Pastu aku cakap kau takda kat rumah dan kau dah pindah ke Seoul. Dan dia agak terkejut. Dan dia agak kecewa dengan kau," ujar Sara.
"Kan aku dah suruh kau untuk bagitahu dia kan? Kau berdegil kan?" sambungnya lagi. Aku mengetap bibir.

"Aku bukan tak nak bagitahu...cuma tak sempat je," ok aku memang suka beralasan.

"Kau ni memang lah... hm, takpelah at least dia dah tahu kau kat mana. Dia pesan dengan aku suruh kau jaga diri kat sana," ujar Sara.

"Ayah aku ada cakap pape tak?" soalku dengan penuh harapan.
"Tak," tapi jawapannya menghampakan aku.
"Tak apalah. Thanks, Sara. Bye, take care," ucapku lalu terus menamatkan talian. Hati...tabahlah. Terus dadaku urut dengan tangan. Pedihnya, tak terkata.
"Diana, kita nak bertolak dah ni," ujar crew bernama Hyo Rin. Aku mengangguk. "Maaf lambat," ucapku lalu terus masuk ke dalam van.
"Anneyeong," ucapku kepada penghuni yang sudah berada di dalam van tersebut.
"Anneyeong~~" ucap mereka dengan nada ceria. Kalini diorang akan buat live performance dekat Korean Idol Awards di mana kebanyakan kpop idol terkenal akan membuat persembahan. OMG I'M LIVING MY LIFE. Selepas beberapa minit, van yang kami naiki pun bertolak.

"Waeyo?" soal V setelah perasan yang aku tak seceria sebelum ni.
"Ah? Aha..haha nothing," jawabku dengan menggaru kepala yang tidak gatal.

"Tapi awak nampak tak semangat. Sesuatu berlaku ke?" soalnya lagi. Aku menggeleng.

"Ada orang telefon awak tadi kan?" V menyoal lagi. Membuat aku jadi tak selesa sebab kebanyakan penghuni di dalam kereta memerhatikan aku.
"Ah..ya. Sara yang call. Takda apalah. Saya cuma rasa penat sikit je," balasku dengan senyuman yang aku buat2. Aku tak nak mereka risau. "Oh..kalau macam tu rehatlah. Sini," V terus menarik kepala aku, diletakkan di bahunya. Membuat aku jadi terkedu tak terkata. Terus jantung berdegup laju. "Err...V,"

"Shushh..rehat la puas2," ujar V lagi. Aku pun diam dan hanya memejamkan mata. Berharap segala kesedihan ni akan hilang serta merta.
Aku pandang mereka sedang bersiap siap. "Diana," terus aku toleh. Oh, Jimin rupanya.

"Wae?" soalku lalu mendekatinya. Nampaknya dia dah siap dulu berbanding yang lain. "Nah," camera di hulurkan kepada aku.
"Oh." ini bermakna kerja rakaman aku akan bermula dari sekarang.
"Awak nak rakam apa ni?" soalku. Jimin membetulkan rambut di lens kamera. "Rakam ke mana je saya pergi," balasnya. Dia memandang aku dan senyum.

"Ok then. Hana...dul..set. Action!" dan mulalah aku mengikut ke mana saja dia pergi. Mula2 dia cari Jungkook. Pastu jumpa RapMon, Suga dan Jin. At last, Jungkook baru keluar dari tandas.
"Yeah, Jungkook. Bagitahu kamera apa yang awak rasa sekarang?" mulalah sesi menemu ramah.

"Nervous dan.....excited," jawab Jungkook.
"Jangan risau saya ada kat sini bersama awak selamanya," ujar Jimin sambil mengenyitkan matanya. Jungkook tergelak. Macam geli dengan ayat Jimin pun ya jugak.

"Oh, kamsahamnida." balas Jungkook seperti biasa.
"Ok, ucapan terakhir?"

"Fighting!" ujar Jungkook dengan mengangkat buku limanya✊ dan senyumannya yang comel seperti biasa.

"Awww, hati saya makin terpikat. Ahaha, ok sampai sini je. BTS fighting!" maka berakhirlah sesi temu ramah oleh penemu ramah Jimin dan camerawoman Diana.

"Macam mana? Ok tak?" soal Jimin setelah habis cut.
"Kind of...emmmm," aku membuat muka berkerut rasa macam ada yang tak kena.

"Seriouslah? Wae wae?" Jimin terus mengambil camera dari aku lepas melihat reaksi aku yang tidak memuaskan.
"Hahaha, I'm just teasing you," kataku sambil ketawa.

"Yah...awak ni kan, saje je buat saya risau," Jimin terus menarik hidung aku. Membuat aku mengaduh sakit.
"Jiminnie! Sakitlah," ujarku sambil mengusap hidung yang ditarik oleh Jimin tadi.

"Hahaha comel lah hidung merah. Macam badut," dia mengusik aku pula. Serta merta aku menampar lengan dia. Ada dia kata aku comel macam badut? Badut comel ke?

"Yah yah, apa yang berlaku kat sini?" soal Jin melihat kami berdua.
"Nothing hehe," balas Jimin sambil menggaru belakang kepalanya.
"Eo, saya nak gi tandas jap," aku meminta diri. Tetiba rasa tak tahan pulak dah. Aigoo, jangan terkucil je sudah.

Akhirnya selesai sudah melabur. Sedang berjalan, aku ternampak Taeyang dari Big Bang oh em geeee can't help myselffff.
BUP!

Adoiii...sakit ngok. Aku mengurut dahiku.

"Oh! Miss, are you ok?" soal gerangan tersebut. Aku mendongak.
"Gwenchana," jawabku dengan senyuman. Eh....kejap...

Park Chanyeol EXO??? FOR REAL????

"Oh, awak boleh cakap korean rupanya. Tapi muka awak macam foreighner lah," ujarnya terkejut melihat aku boleh cakap korean.
Yang aku ni, mata masih terbeliak.

"Uh? Hello??" Chanyeol melambai tangannya di depan muka aku. Aku berdehem. Malu sudah. Tenung orang tak berkelip pulak tu. Haishhhh memalukan diri je keje aku ni. Macam dah jadi kerja tetap pulak haih.
"Uh..haha saya memang foreighner tapi kerja sebagai Personal Assistance BTS," balasku dengan ramah. Sebenarnya nak je aku terloncat kat sini tau sebab asyik jumpa kpop idol yang femes je haih tak boleh jadi ni. Aku kena biasakan diri. Cool down fuhh...

IM GOING CRAZZEEYHHH.

"Oh Bangtan boys?"

"Yup," aku mengiyakan. Wah bila tenung lama2 boleh mencair macam apa je kat sini.

"I see. Awak berasal dari mana? Muka awak macam korean sikit tapi lebih macam omputeh pun ada," soalnya. Aku jadi segan sebab mamat ni memang meniliti muka aku.

"Ahahaa.. Saya dari Malaysia. Tapi saya ada darah omputih. Tu belah mak saya. Dan belah bapak saya ada cina2 sikit," terangku. Dah macam kena soal siasat pun ada. Tapi entah kenapa dengan dia ni aku jadi ramah tamah pulak. Ahak.

"Oh...eh lupa pulak. Nama?" soalnya.

"Diana," jawabku tenang. Padahal dalam hati ni macam nak meronta ronta je tahu.

"Oh, saya Chanyeol dari EXO. Nice to meet you," lelaki ini menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan. Aku pun sambutlah sebagai tanda hormat.

I WILL NEVER WASH MY HAND AFTER THIS. Hahaha ok im crazy.

"Nice to meet you too," ujarku.

"Yah Chanyeol!" panggil Suho, leader EXO.

"Mwo?" soal Chanyeol. Wah leader dia pun handsome oyemgee i kenod.
"Turn awak lepas ni. Eh mwo? Awak mengurat perempuan ke?" soal Suho bila nampak aku.

"Aniyaaaa. Just berkenalan jap," Chanyeol memandang aku.
"Yah, cepat sikit," Suho leader dah bising.

"Okay2. See ya later." ucap Chanyeol dan dia...WINK kat aku lah mak ai. I kenod i nak pengsan kat sini jugak weih.

"Diana!" panggilan tu buat aku terhenti dari lamunan aku yang tahape hape.

"Oh, ya saya?" aku memandang Soo Ri, salah seorang crew BTS.
"Ah, jinjja...awak kat sini rupanya. Merata saya cari awak tahu tak? Dahlah kat sini ramai orang," ujar Soo Ri. Aku rasa bersalah.

"Mianheyo. Saya tak tahu awak cari saya," aku memohon maaf. Nak buat camne, dahlah terlanggar orang, kpop idol plak tu. Malu tapi ada gak manfaatnya wohohhooho.

"Nevermind. Kaja! Mereka suruh berkumpul," Soo Ri terus menarik tangan aku. Haih, rasa macam idol pula padahal PA je pun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience