Chapter 38

Fanfiction - KPOP Completed 15758

#38

The truth revealed

Ting dong!

Aku menggenggam tanganku yang serba sejuk tiba2. Jantung tiba2 berdegup kencang. Akhirnya pintu pagar terbuka secara automatik. Aku jadi terpaku.
"Diana?"

Aku memandang Sara. Sara, aku.....takut. Nervous nak jumpa dorang. Takut dorang tak terima aku..
"Hm, jomlah," aku terus berlalu meninggalkan Sara. Pasrah jelah.
"Diana?" ya, mak tiri aku muncul di sebalik pintu.
Aku hanya tersenyum. Kelat. Tidak dijangka wanita itu terus memelukku. Erat. Aku terkesima.

"Wahh. Ni Sara kan? Apa khabar kamu berdua?" soal mak tiriku lalu melepaskan pelukannya. "Khabar..baik," jawabku.
"Khabar baik je, aunty," jawab Sara pula dengan senyuman. Aku pula masih terkejut dengan tindakan mak tiriku tadi.

"Mama?" tiba2 anaknya muncul. Anak dia dan papa aku. Perempuan, umur dalam 8tahun, dan seingat aku nama dia Aisyah. Masa mak tiri aku beranakkan dia ni, aku dekat asrama. Form 3. Lepas form 3 aku pindah jauh dari sekolah lama dan rumah ni. Dari Johor ke Pulau Pinang.
"Lamanya kamu tak balik ke sini jenguk kami kan?" soal mak tiriku. Aku tak terkata apa2. Speechless jadinya. Serba salah..pun ada. Tapi....aku sebenarnya..takut nak jejakkan kaki ke sini.

"Dah marilah masuk." mak tiri atau orang panggil dia Puan Hana menjemput aku untuk masuk ke dalam. Rumah mereka ni rumah banglo dua tingkat. Mewah juga. Sara dah terlopong tengok hiasan dalaman rumah ni. Aku pulak rasa lain sebab dah lama tak balik ke rumah ni.

"Duduklah dulu. Aunty nak buat air kejap. Ca, layan akak2 ni eh," ujar Puan Hana lalu terus berlalu ke dapur. Mata Sara meliar ke pelosok rumah. Aku terus menariknya untuk duduk di sofa.
"Akak ni... Diana kan?" soal Aisyah tiba2.

"Ah...ha'ah. Macam mana Ca tahu?" soalku. Pelik juga sebab dia kenal aku. Walhal, aku jumpa dia time dia masih baby.
"Mama selalu cerita kat Ca. Tak sangka Ca ada kakak," katanya.
"Kenapa Ca tak pernah nampak kakak?" soal Aisyah lagi. Aku terdiam seketika.

"Ca ni adik tiri kau ke?" bisik Sara.
"Ye." jawabku. Sara mengangguk perlahan. Boleh pulak ditanya. Dahlah aku jauh beza dengan dia. Aku ni mix chinese western. Ca ni melayu campur chinese.

"Kak Diana, answer me," Aisyah masih tak putus asa. Aku tersenyum.
"Maafkan kakak. Kakak busy dengan study and now kakak dah kerja," jawabku.
"Oooo...kakak kerja mana?" soalnya.
"South Korea," jawabku.

"Kat mana tu? Tak pernah dengar pun," katanya lagi.
"Tempat tu jaaaauhh. Luar Malaysia," jawabku. Dia mengangguk perlahan dan terus berlalu menghilangkan diri.

"Abang Ca mana?" soalku. Ya, adik tiri beza setahun dengan aku.
"Abang Aizat belajar oversea kat Australia," jawab Ca.
"Waaahhh..tak sangka kau ada rumah besar dan adik yang comel, adik lelaki study oversea dan mak tiri yang baik," ujar Sara. Aku menjungkit bahu. "Bapak aku..." aku mengeluh. Masih tak nampak bayang orang tua tu. "Diana...kenapa tiba2 je balik sini?" soal Puan Hana sebaik sahaja menghidangkan air fresh oren di hadapan kami.
"Oh ah...entah, tiba2 rasa macam nak balik. Dapat cuti 2 minggu," balasku sambil tersengih.

"Laa..baguslah. Bolehlah stay sini 2 minggu. Rumah ni pun sunyi sikit bila Aizat dah takda," wanita itu tersenyum manis. Ternyata, first time aku jumpa dia, tak pernah berubah. Selalu ambik berat pasal aku...tapi yang aku harapkan bapak aku.

"Ah...tengoklah macam mana. Mungkin ayah tak nak pun tengok Diana," kataku. Dalam hati ni tuhan saja yang tahu.
"Kenapa pula Diana cakap macam tu? Diana pasti ke dia tak nak pun jumpa Diana?" soal Puan Hana. Aku menjungkit bahu dan tertunduk.
"Sebenarnya...dia tu sayang sangat kat Diana," Puan Hana memegang bahuku dan memandang tepat ke mataku. Aku jadi tak terkata. Betul ke apa wanita ni cakap?
"Ah..jemputlah minum. Sara, ha jangan malu2. Buat je macam rumah sendiri. Rasalah kuih aunty buat," wanita itu terus menjemput kami berdua untuk minum.

"Wahhh. Mesti sedapkan aunty buat. Wihii," Sara yang excited terus mencapai kuih dihulur wanita itu. Aku pula hanya meneguk air. Rasa kering kontang tekak aku sebab nervous masa mula2 tadi.
"Ayah keluar main golf. Lambat pula dia balik harini," ujar Puan Hana. Aku mengangguk perlahan. Golf...ayah tak pernah ajak aku main golf lagi selepas ibu hilang. Hmm...apa salah aku pada dia sebenarnya?
"Yoboseyo. Apa khabar?"

"Khabar baik. Hyung?" soalku kepada pemanggil tersebut.
"Ya, sihat2 saja, Lee," jawab pemanggil tersebut.
"Anak2 awak? Chan?"
"Ah...dia pun sihat saja. Tengah busy sekarang ni. Biasalah dia tu," ujar pemanggil tersebut. Aku hanya mengangguk.
"Oh, so jadi tak nanti?" soalku.
"Nanti saya pastikan dulu dengan Chan," ujar lelaki itu.
"Kurae..harap kita akan berjumpa lagi dalam masa terdekat ni. Dengan family awak," ujarku.

"Oh. Nae, jumpa dalam masa terdekat ni

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience