Chapter 14

Fanfiction - KPOP Completed 15758

14# Diana

Tepat jam 2.51 petang. Aku pandang diriku di dalam cermin. Hanya menyarungkan t-shirt corak polka dot yang lengan panjangnya dilipat hingga bawah siku yang aku beli dgn harga pasar malam, seluar jeans dan topi snapback yang aku alih muncungnya tu ke belakang. Wajah hanya ditepek bedak dan bibir hanya dioles dengan lipbalm jenama eos yang kemudiannya aku simpan di dalam beg sandang. Laci ku buka, mencari passport. Nasib tahun lepas aku baru renew nak pergi Singapore nak lawat Mak Long aku. So, belum tamat tempoh lagi.

"Diana, kau dah siap ke belum? Dah nak pukul 3 ni," sapa Sara dari luar bilik. Aku dengar tombol pintu dipusingkan. Tanganku masih meraba-raba dalam laci mencari passport yang aku simpan.

"Aik, simple nya kau," komen Sara tanpa dipinta.

"Habis? Takkan aku nak pakai dress classy berjela-jela sampai sapu lantai plak? Buang tebiat?" balasku dengan senyuman senget. Akhirnya, passport dijumpai. Mission complete. Terus aku simpan dalam beg. Sweater bertelinga rabbit aku capai dan sangkut di tangan.

"Takdalah. Kau tu nak pergi bercuti dengan popular idol. Baju t-shirt biasa. Muka tak mekap. Bibir tak gincu. Ee, tah pape lah. Kalau orang lain, mesti nak lawa2. Baju mesti da' top punya. Mekap tebal2 bagi cantik. Bibir mesti nak merah padu bagi menarik," ujar Sara. "Tu orang lain. Bukan aku. Aku ni confident orangnya. Simple is the best," kataku sambil tersengih lalu menarik beg rodaku ke ruang tamu. Sara tergelak kecil. "Oh, so nak kata kau ni memang dah natural cantik la ni," Sara tersengih. "Well. At least aku tak macam kau. Jumpa idol dengan kusut masai. Dengan tak mandinya," aku tergelak kecil. Mengingatkan peristiwa pagi tadi. Lucu benar wajah si Sara dengan rambutnya yang serupa terkena renjatan elektrik. Sara menampar lenganku yang masih dengan sisa tawa. Dia mencebik. "Tu sebab kau lah, bukan nak bagitahu awal2!" ujar Sara.

"Eh, aku pulak? Kau yang tak percaya. Nak salahkan aku plak," balasku. Sara terdiam.

"Hah, yelah. Kau menang," kata Sara lalu terus menuju ke dapur. Merajuk letew. Aku melabuhkan punggung di sofa. Menanti mereka menjemput aku. iphone ku keluar kan. Nak mintak tolong Ain uruskan borang permohonan cuti aku. Aplikasi 'whatsapp' aku tekan. Nasib si Ain tengah online.

-whatsapp-

Diana: Weh ain. Aku nk mntak tlg kau ni.
typing...
Ae!nn: Apa dia?

Diana: petang ni aku nk bertolak ke Korea. Kau tlg uruskan permohonan cuti aku boleh? Plss... aku mntk tlg sgt2.

typing...

Lama plak minah ni dok typing.

Ae!nn: ha? Srsly??? Wah asal tiba2 je? erm ok lah nanti aku tlg ko. Tpi ada stu syarat
Main syarat2 plak dia...

Diana: ?
Ae!nn: jgn lupa belikan aku ole2. pastu hadiahkan mamat Korea tau!
Aku tersengih. Merepek betul minah ni.
Diana: hahaa ole2 tu boleh je. Tapi tang mamat Korea tu aku tak janji eh
typing...
Ae!nn: Ha, yelah. Nanti aku tuntut. Jaga diri leklok ye kt sana
Diana: ok thankyou so much syg ko gila ❤ byebye
Ae!nn: ok byee

Aku berlalu ke dapur. Mendapatkan Sara. Dia seperti sedang membungkus sesuatu. Kemudian, bungkusan plastik tersebut dihulurkan kepada aku.
"Apa ni?" soalku.

"Dalam tu ada roti, maggi, jajan, gula2 dengan kerepek aku beli semalam. Kau bawak lah ke sana," jawab Sara. Wah, jarang sekali minah ni nak kongsi makanan dengan aku kecuali kalau mood dia baik gila. Kadang2 bila aku terliur mesti aku kena mintak dengan muka simpati macam tak pernah makan. Alih2 dia pulak yang bungkuskan untuk aku. Terharu plak. Aku tersenyum. Bungkusan plastik aku capai.
TING DONG!

Kami serentak memandang ke depan. "Dah sampai!" ujar Sara dengan muka excited. Dia terus meluru ke depan. Sebelum tu dia memastikan rambutnya terurus dan mengikat dengan kemas. Sejarah tak mungkin berulang!

Aku menyimpan bungkusan ke dalam beg sandangku. Gemuruh ku rasa. Nervous weh...

Sara dah laju je keluar dari rumah. Aku menyandang beg sandangku yang berwarna pink bercorak polka dot dan menarik beg rodaku. Sneakers aku sarungkan. Aku lihat Sara sedang bercakap-cakap dengan manager. Sara menoleh ke arahku. Matanya bersinar-sinar gila bak bintang berkelipan di angkasa raya. Ah, melebih plak aku.

"Diana!!!!" dia terus menarikku ke luar dari pagar rumah. Aku hampir hilang keseimbangan. Nasib tak jatuh tersungkur. Kalau tak buat malu je.

"DIANAAAA. TENGOK KAT DALAM TUUUUUUU!" ujar Sara. Aku memandang ke arah tingkap kereta yang agak gelap tintednya. Tapi masih boleh nampak bayangnya. Okay... Baru aku faham kenapa Sara jadi uncontrolled. Mereka melambai ke arah kami. Sapa lagi kalau bukan kumpulan BTS. Aku dan Sara melambai mereka semula. "So you're ready?" soal manager. Aku mengangguk sambil senyum selebar yang boleh. Manager terus mengambil beg rodaku lalu meletakkan di bonet kereta. Aku memeluk Sara. Terasa sebak nak tinggalkan Sara yang menjadi penyinar hari2 aku.

"Kau jangan lupa aku kat sini tau," ujar Sara dengan wajah sedihnya. Macam aku nak pergi selama-lamanya je. Aku tersenyum. Ya, Sara dah aku anggap kakak aku. Walaupun mata aku ni jenis paling degil nak keluar air mata tapi dalam hati sapa yang tahu? Acewah. "Kau ni.. aku pergi sekejap je. Dah, kau jaga diri ok? Jaga rumah ni. Jangan buat muka camtulah. Buruk tahu tak," ujarku melihat setitis air mata Sara mengalir ke pipi. Minah ni memang. Kuat drama. Aku tergelak. "Ei, kau ni! Aku punyalah sedih kau gelakkan aku. Heartless!" ujarnya. Heartless? Woo. Ok nasib kau ni kawan baik aku tau. Kalau tak dah lama aku belasah. Kalau orang lain, dah lama aku sentap. Aku tak boleh sebati dengan perkataan 'heartless' seumur hidup aku tau. Ingat tu.

"Dah. Bye bye." aku tepuk perlahan kepala Sara. "Ok. Jaga diri. Jangan lupa whatsapp aku," katanya sambil mengelap pipinya yang basah. Aku tersenyum. Lalu kami menuju masuk ke dalam pintu yang dah terbuka. Tersembul wajah Jungkook sambil tersenyum manis. "Anneyeong!" ujar mereka. V senyum kat aku. Aku membalas senyumannya. Dia duduk di bahagian belakang. Member lain pun senyum excited. Memang group ni boleh buat aku cair sepanjang masa betul lah. Aku pandang Sara sebelum masuk ke dalam.

"Saranghaeyoooo, oppaaaa!" jerit Sara sambil terloncat macam beruk. Sara ni pun tak perlu kot nak jerit macam tu buat pekak telinga orang je. Dorang bukannya jauh sekilometer pun. Group BTS tergelak melihat Sara yang sebegitu. Dorang bercakap sesama sendiri dalam bahasa Korea. J-Hope buat big love menggunakan kedua tangan. "Saranghae too," ujar Jungkook kepada Sara. "AAAHHHH!!" jerit Sara sambil menutup mulut. Tidur lena la kau Sara oi malam ni. Aku hanya menggeleng. Aku melabuhkan tempat duduk di sebelah Jungkook. Pintu ditutup. Kami semua melambai Sara. Van tersebut mula bergerak. Bye, Sara. Doakan aku.

Kami tiba di KLIA. Aku lihat semua member BTS memakai mask tutup hidung dan mulut dan juga shades. Nak menyamar ke apa? Alah, nanti mesti ada jugak fans yang perasan. Aku hanya mengekori mereka dari belakang. Belakon kononnya aku salah seorang krew lah. Tapi aku dari Malaysia? Agak2 dorang perasan ke tak eh. Tak sampai sesaat kami diserbu oleh fans BTS. Nama fandomnya tak silap aku A.R.M.Y.

Gituu. Rare enn. Dorang memang A.R.M.Y betul lah sampai nak rempuh kitorang pergh sesak nafas aku. Nasib ada bodyguard. Tiba2 di dalam kesesakan tu aku dapat rasa tangan aku disentuh. Ditarik. Terkejut gila. Ada orang tersalah pegang ke? Aku cuba memandang tangan tersebut. Gerangannya ialah V rupanya. Nasib berhimpit-himpit macam ni. Takda la orang nampak. Aku just pandang ke bawah je. Sweater rabbit dah pun aku sarung. Wah ramai gila orang. Flash sana sini ah sakit mata aku. Macam ni rupanya keadaan idol international bila kat airport. Perghh.

Akhirnya kitorang bebas dari kelompok tersebut. Mula2 kitorang pergi ke tempat check in dan letak bagasi kitorang. Dan dalam beberapa minit tunggu kitorang pun melepasi beberapa pemeriksaan .Selepas melepasi beberapa pemeriksaan, kami pun duduk di ruang berlepas. Ada wifi free. Wihihi. Memang khusyuklah aku main wifi free ni.

Tingting!

Oh, Sara dah whatsapp aku awal2.
Sara: kau kat ne?
Diana: airport lagi lah.

Sara: hv a safe flight. ada ucapan terakhir ke? Mana la tau kalo2 flight ko prob ke apa ke?

Diana: beb . ko jgn nk menakut nakutkan aku. aku balik nanti siap muka ko aku tonyoh kt jalan tar kang.

Geram plak ngan si Sara ni. Memang mintak kaki agaknya. Aku pandang kumpulan BTS kat dalam kedai tengah beli makanan. Lama bebenor.
Sara: HAHAAHHAAHHA. lek laaa gurau je pun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience