SUDAH hampir lima minit berlalu tapi masing-masing hanya mendiamkan diri. Hening terus menguasai mereka. Akhirnya Darin buka mulut dahulu. Memecahkan kesunyian antara mereka berdua.
“You sihat?”
Sejujurnya Darin tak sangka mereka berdua akan bertemu lagi. Pertemuan ini memang pertemuan yang sangat Darin harapkan cuma dia tidak sangka mereka benar-benar berpeluang untuk bertemu lagi.
Dan hari ini detik-detik yang sangat dia nantikan akhirnya terjadi. Mereka bertemu kembali selepas lima tahun terpisah.
Jadi benarlah gambar lelaki yang dilihat di rumah Puan Sri Naema tempoh hari adalah gambar Zareed. Tak sangka dunia ni kecil saja rupanya. Kalaulah hari itu dia berada lebih lama di rumah wanita itu, pasti dia akan bertemu dengan Zareed waktu itu.
“I nampak macam tak sihat ke?”
Balasan yang dia terima buatkan Darin terdiam seketika. Tahulah dia yang Zareed masih menyimpan rasa marah padanya. Lelaki itu masih membencinya.
Waktu melihat Darin tadi, dunia Zareed seakan terhenti seketika. Sungguh dia tak sangka mereka akan bertemu lagi. Jadi gadis yang membantu Puan Sri Naema tempoh hari adalah Darin.
Dan apa yang paling mengejutkannya ialah Puan Sri Naema dan Datin Marlia berkawan baik.
“My life is getting better without you.” Sengaja Zareed menekankan ayat itu. Dia mahu Darin tahu yang dia benar-benar maksudkannya.
Darin tunduk. Pedih hatinya mendengar kata-kata itu.
“Good for you.” Sedaya-upaya Darin cuba menahan perasaannya. Cuba untuk menunjukkan yang dia tidak terkesan langsung dengan kata-kata Zareed.
Zareed melemparkan senyuman sinis. “It’s been a long time right?”
“Yah... It’s been a long time.” Darin mengangguk perlahan. Wajah Zareed ditatap sayu.
Lima tahun bukan satu tempoh yang singkat. Lama. Tapi sehingga ke hari ini Darin masih tak mampu melepaskan masa lalunya itu.
“Waktu mummy cerita tentang orang yang tolong bawa dia ke klinik hari tu, I excited sangat nak jumpa orang tu. Tapi kalau daripada awal I tahu orang tu adalah you, lebih baik I tak jumpa.”
Darin mengetap kuat bibirnya menahan rasa sakit yang menjalar di segenap hati. Dia tunduk menggali nafas.
“You masih bencikan I?” Soalan itu... Sudah lama dia ingin tanyakan pada Zareed.
“Kalau I jawab ya?” Zareed menatap dalam anak mata Darin.
Darin tersenyum kelat. Dia mengangguk kecil. Faham. Dia faham. Tatapan mata Zareed jelas terbias kebencian padanya.
“Zareed!”
Perbualan mereka terhenti di situ. Zareed dan Darin sama-sama menoleh ke arah pemilik suara itu.
Gadis yang memanggil nama Zareed tadi datang menghampiri. Lebar senyuman di wajahnya.
“Zareed, I miss you,” luahnya tanpa segan silu. Darin yang berada di situ dianggap seperti tidak wujud.
Darin terkedu. Siapa gadis itu? Dan apa pula hubungannya dengan Zareed? Rasa cemburu mula terbit di hati.
Zareed menghela nafas perlahan. Siapa pula yang pandai-pandai mengajak Misha datang ke sini?
“Misha, you buat apa kat sini?” soal Zareed.
“You tanya I buat apa? Ini kan majlis hari lahir bakal adik ipar I. Mestilah I kena ada.”
Zareed berdecit perlahan. Namun bila dia lihat air muka Darin berubah, hujung bibirnya ternaik sedikit. Inilah waktunya untuk dia balas dendam.
“Sorry baby. I terlupa nak ajak you. Jom.” Zareed dan Misha terus berlalu meninggalkan Darin sendirian di situ.
Tubir mata Darin terasa hangat. Sorotan matanya menghantar langkah Zareed dan gadis itu yang kian menjauh daripada pandangan matanya.
Baby? Jelas di pendengarannya Zareed memanggil gadis itu dengan panggilan istimewa. Sudah tentu hubungan mereka juga bukan hubungan biasa. Memikirkan hakikat itu buatkan seluruh tubuh Darin melemah.
Dia masih cintakan Zareed. Cintanya pada lelaki itu masih sama seperti dulu. Sedikit pun tidak berubah biarpun waktu terus berjalan. Nama Zareed masih kekal bertakhta di hatinya.
Tapi melihat Zareed sudah menemukan penggantinya sudah cukup buat Darin sedar yang mereka tidak mungkin akan bersatu lagi. Kenangan hanya tinggal kenangan. Dan tak mungkin dia mampu menggapai lagi kenangan lama itu.
TIBA di rumah, Darin terus berkurung di dalam bilik. Sepanjang perjalanan pulang tadi pun dia hanya membisu. Sepatah orang tuanya tanya, sepatah juga dia menjawabnya.
Darin terduduk lemah di birai katil. Setitis demi setitis air matanya mengalir menuruni lekuk pipi.
Segala momen-momen indah bersama dengan Zareed dahulu bermain di fikirannya. Tangannya naik mencengkam dada. Sakitnya...
Sakit sangat apabila orang yang paling dicintainya membencinya. Sampai sekarang Zareed masih tidak memberi peluang untuk dia menjelaskan hal yang sebenar.
Gara-gara fitnah, hubungan dia dan Zareed berakhir. Lelaki itu langsung membencinya dan tidak memberi dia peluang untuk mempertahankan dirinya. Sedangkan Darin tidak pernah terfikir untuk melakukan hal itu.
Dan apa yang paling membuatkan Darin kecewa, Zareed langsung tidak mempercayainya. Lelaki itu lebih mempercayai orang lain berbanding dirinya sendiri.
Andai Darin mampu, sudah lama dia membuang memori lama yang menyakitkan ini. Tapi dia tak mampu. Hakikatnya dia masih mencintai Zareed. Dia masih berharap mereka akan bersama kembali.
“KENAPA abang ajak perempuan gedik tu datang majlis adik?” soal Zareen tak puas hati. Dia meluat melihat tingkah gedik wanita itu di majlis ulang tahunnya tadi. Buat rosak majlis je!
“Bukannya abang yang ajak dia datang. Dia yang tiba-tiba datang,” balas Zareed bersahaja. Sejujurnya dia juga tidak senang dengan kehadiran tetamu tidak diundang itu.
Tapi hatinya puas bila dapat menyakitkan hati Darin tadi dengan menggunakan Misha. Ada bagusnya juga Misha datang tadi. Tepat pada waktunya.
“Abang cakap abang dah putus dengan dia.”
“Ya, memang kami dah putus pun,” akui Zareed.
“Tapi abang masih layan dia,” bidas Zareen geram.
“Takkan abang nak halau dia balik pula? Lagipun mummy memang nak sangat abang ajak dia datang malam ni.”
Zareen menjulingkan matanya ke atas. Ya lah tu! Bukannya boleh percaya sangat abangnya yang seorang ni.
“Adik tak suka abang kawan dengan dia lagi.”
Hujung bibir Zareed ternaik sedikit. Bukannya dia tak tahu yang Zareen memang tak sukakan Misha.
“Kalau dah jodoh abang dengan dia nanti, apa yang adik boleh buat?” Zareed sengaja ingin menguji.
“Eii! Tak sukalah!” bentak Zareen bengang.
“Hei, kenapa ni?” tegur Puan Sri Naema yang baru tiba ke arah dua beradik itu. Daripada kejauhan tadi dia nampak wajah anak bongsunya itu kelat semacam.
“Abang ni lah! Nak juga kahwin dengan perempuan gedik tu. Adik tak suka,” adu Zareen.
Puan Sri Naema menggeleng perlahan. Sejujurnya dia pun tak berapa berkenan sangat dengan bekas kekasihnya anaknya itu. Tapi dah kalau itu jodoh Zareed, siapalah dia untuk menghalangnya.
Zareed ketawa melihat muka cemberut Zareen. Dia memang sengaja nak mengusik adiknya itu.
“Sudahlah jangan bergaduh. Jom balik. Dah lewat dah ni,” ajak Puan Sri Naema. Majlis sudah tamat. Semua tetamu sudah pulang. Tinggal keluarga kecil mereka saja.
“Abang tolong bawa hadiah-hadiah adik tu masuk kereta.” Selamba saja Zareen mengarahkan abangnya. Usai itu dia terus berlalu mengikut langkah Puan Sri Naema.
Zareed mengeluh kasar. Ewah, suka hati dia je nak arah-arahkan orang. Banyak cantik!
ZAREED menarik perlahan laci pada meja kecil yang berada di tepi katilnya. Sebuah buku nota dikeluarkan. Buku nota berwarna hitam itu diselak perlahan.
Nafas dihela berat. Zareed tutup kembali buku nota itu. Buku nota ini bukan buku nota biasa. Istimewa baginya.
“Nah, untuk you.” Darin menghulurkan sebuah buku nota pada Zareed.
“Buku?” Zareed sambut huluran Darin. Buku nota kosong itu dibelek-belek.
“Tulislah setiap kerisauan you dalam buku nota tu. I yakin lepas tu you akan lega.”
Zareed senyum segaris. “Thank you flower.”
“Nanti bila buku nota ni dah penuh, you boleh pulangkan semula pada I. Nanti I bagi you buku nota yang baru.”
“You nak buat apa dengan buku nota yang I dah guna ni?” soal Zareed.
“I nak simpan semua kerisauan you.”
Zareed tergelak kecil. Hatinya tersentuh dengan keprihatinan kekasihnya itu.
“I tahu orang yang ada anxiety ada macam-macam dalam fikiran dia. Jadi I nak you luahkan semua yang you rasa dalam buku nota ni.”
Zareed menyimpan kembali buku nota itu di tempat asalnya. Tiada guna lagi dia mengingati kenangan bersama dengan Darin.
Jika Darin tidak mengkhianati cintanya, tentu mereka berdua sudah lama hidup bahagia sekarang ini.
Tapi Darin sudah memusnahkan semuanya!
Bila yang seorang masih cinta, yang seorang lagi masih berdendam...
Share this novel