Bab 9

Romance Series 108336

MASUK ke dalam kereta, Darin terus menghamburkan tangisannya. Teresak-esak dia menangis.

“Kalau bukan I, ada ke lelaki lain yang sudi terima you jadi isteri dia orang?”

Kata-kata Zareed tadi bagaikan radio rosak yang terus menerus memutarkan lagu yang sama.

Puas dia menahan dirinya supaya tidak menangis di hadapan Zareed tadi. Dia tidak mahu nampak lemah di hadapan lelaki itu. Biarlah Zareed fikir yang dia tidak terkesan langsung dengan kata-kata lelaki itu walaupun hakikatnya kata-kata Zareed membuatkan hatinya bagai dirobek-robek.

Darin menarik nafas dalam-dalam. Setelah melepaskan tangisannya tadi dia nampak lebih tenang ketika ini. Mata dipejam sesaat.

Sampai bila Zareed mahu terus melayaninya begini? Bagaimana jika suatu hari nanti kebenaran akan terbongkar? Waktu itu... Adakah layanan Zareed padanya masih sama?

Ah, tak mungkin. Sampai sekarang Zareed langsung tidak mahu mendengar penjelasannya. Walaupun berkali-kali Darin menafikan yang dia tidak pernah melakukan hal keji itu, Zareed tetap saja tidak percaya.

Darin tak sangka Zareed bersetuju untuk berkahwin dengannya sedangkan lelaki itu sangat membencinya. Dia tak tahu nak rasa gembira atau sebaliknya sekarang ini.

Gembira memanglah gembira kerana dapat berkahwin dengan lelaki yang dia cinta selama ini tapi apalah ertinya jika Zareed sudah membencinya. Dia tidak mahu terus hidup dalam kebencian lelaki itu.

Lima tahun lalu...

Zareed terduduk di tengah-tengah lautan manusia. Dadanya dicengkam kuat. Nafasnya tersekat-sekat. Jantung berdegup laju. Berkerut-kerut dahinya yang dibasahi peluk itu.

“Are you okay?”

Zareed nampak dua batang kaki sedang berdiri tegak di hadapannya. Perlahan-lahan dia mendongak untuk melihat si pemilik suara itu.

“Zareed? You Zareed kan?” soal gadis itu. Tanpa menunggu lama, Darin terus membantu Zareed bangun. Dia membawa Zareed keluar daripada lautan manusia yang membanjiri karnival itu.

Zareed hanya menurut tanpa membantah sedikit pun.

“You okey tak?” Raut wajah Darin nampak risau. Dia selongkar beg galasnya. Sebotol air mineral yang sudah siap dibuka penutupnya dihulurkan pada Zareed.

“Minum dulu,” ujarnya sambil menyua botol mineral itu.

Zareed menyambut huluran Darin. Air mineral itu diteguk rakus. Lega rasanya apabila air itu lalu di kerongkong.

“Tarik nafas... Lepas slow-slow...” ujar Darin.

Zareed menarik nafas dalam-dalam sebelum dihembus perlahan. Diulang dua tiga kali. Nafasnya yang tersekat-sekat tadi perlahan-lahan berubah menjadi lebih teratur. Jantungnya pun sudah berdetak normal seperti biasa.

“Thanks,” ucap Zareed. Peluh yang membasahi dahinya dikesat dengan sapu tangan.

“You ada panic attack?” soal Darin. Melihat apa yang berlaku pada Zareed tadi tanda-tandanya seperti lelaki itu terkena serangan panik.

Lambat-lambat Zareed mengangguk. Sebab itulah dia tak suka ke tempat yang ramai orang. Tapi tadi entah mengapa gatal sangat kakinya mahu melangkah ke karnival yang dianjurkan oleh pihak universiti. Saja nak melawat kawasan. Tapi bila orang ramai mula membanjiri karnival itu, dia diserang panik.

“Macam mana you kenal I?” soal Zareed. Dia pandang wajah gadis yang sudah membantunya itu. Cantik... Terserlah wajah kemelayuannya. Dan yang paling buat Zareed tertarik ialah sepasang mata hazel milik gadis itu.

Darin senyum. Mungkin Zareed tak ingat dia tapi dia ingat lelaki itu walaupun mereka baru berjumpa sekali sahaja. Ketika itu senior di universitinya mengajak pelajar-pelajar daripada Malaysia berkumpul. Dan waktu itu Darin jumpa Zareed.

“Kita pernah jumpa waktu Abang Is dengan Kak El buat perjumpaan untuk semua pelajar daripada Malaysia,” jelas Darin.

“Oh... I see.” Zareed memang tak perasan langsung Darin waktu itu. Menyesal pun ada. Kenapalah dia tak perasan Darin waktu kali pertama mereka berjumpa dahulu.

“Siapa nama you?” soal Zareed.

“Darin Arleena. Panggil Darin je.”

Zareed mengangguk. “Sedap nama tu. Sesuai dengan you. Baru pertama kali I jumpa dengan orang yang namanya Darin.”

Darin ketawa kecil. Bukan kali pertama dia dengar orang cakap macam tu. Namanya unik sedikit. Bukan nama common yang biasa kita dengar.

“Darin tu maksudnya bunga,” beritahu Darin walaupun Zareed tak tanya.

Zareed mengangguk lagi. “Maaflah I tak perasan you sebelum ni.”

“Janganlah minta maaf. I bukannya artis sampai you kena kenal I,” seloroh Darin disambut dengan tawa Zareed.

“You study course apa?” soal Zareed lagi. Dia berminat nak tahu semua tentang gadis di hadapannya itu.

“Architecture. You?” soal Darin kembali.

“I study business.”

Darin mengangguk perlahan. Jam di pergelangan tangannya dikerling.

“Sorry, I kena pergi. Jumpa lagi nanti. Bye!” Tergesa-gesa Darin beredar daripada situ.

Zareed hanya menghantar langkah gadis itu dengan pandangan mata. Hujung bibirnya ternaik sedikit.

“Darin Arleena...” gumamnya perlahan.

Mujurlah Darin membantunya tadi. Kalau gadis itu tiada entah apa agaknya yang berlaku padanya.

Sebenarnya Zareed menghidap penyakit anxiety gara-gara trauma dengan apa yang dia lalui ketika di bangku sekolah dahulu.

Sewaktu dia di bangku sekolah, Zareed pindah ke kampung buat sementara kerana mahu menemani neneknya. Jadi dia bersekolah di kampung. Tapi di kampung, hidupnya tidak seindah yang dibayangkan. Dia selalu dibuli oleh pelajar-pelajar di sekolah itu. Dan semenjak itu dia menghidap anxiety.

Dulu keadaan Zareed agak teruk juga tetapi selepas ibu bapanya membawa dia berjumpa dengan doktor dan membawa dia tinggal di KL semula, keadaannya semakin baik. Cuma kadangkala dia terkena serangan panik. Lagi-lagi bila berada di tempat yang terlalu ramai orang.

Darin menghela nafas berat. Memori waktu kali pertama mereka bertegur sapa kembali bermain di layar minda. Indahnya waktu itu... Sekarang, Zareed yang dia pernah kenal lima tahun lalu sudah jauh berubah. Terlalu jauh untuk Darin gapai kembali kenangan lalu.

KATA orang terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk akibatnya. Tu lah, siapa suruh memandai-mandai setuju untuk berkahwin dengan Zareed. Sekarang bila lelaki itu juga sudah setuju untuk berkahwin dengannya, Darin dah tak boleh nak mengelak lagi.

Awalnya Darin memang yakin Zareed akan menentang habis-habisan perkahwinan ini. Sebab itulah dia berani buat keputusan waktu itu. Rupa-rupanya dia silap. Lelaki itu malah setuju untuk berkahwin dengannya.

Darin tak dapat nak bayangkan bagaimana kehidupannya dengan Zareed selepas ini. Jelas-jelas lelaki itu membencinya.

Hari ini mereka berdua akan ke butik untuk mencari busana perkahwinan mereka. Mereka hanya ada masa enam bulan sahaja untuk membuat segala persiapan.

“Cantiknya anak mama ni,” tegur Datin Marlia.

Darin yang sedang duduk di sofa sambil menanti Zareed menjemputnya itu hanya tersenyum hambar.

“Darin, tak ada yang mama nak selain tengok Darin bahagia.”

Darin mengangguk perlahan. “Mama doakan Darin ya?”

“Always sayang. Doa mama sentiasa mengiringi setiap langkah Darin.”

Bunyi deruman enjin kereta di luar rumah menghentikan perbualan mereka.

“Haa tu bakal suami Darin dah sampai.”

Lambat-lambat Darin bangun daripada sofa. Bakal suami? Sampai sekarang dia masih tak percaya yang dia bakal mendirikan rumah tangga bersama dengan lelaki itu.

Andai saja hubungannya dengan Zareed masih kekal seperti dulu mungkin dialah orang yang paling bahagia saat ini...

Keluar daripada rumah, Darin nampak batang tubuh Zareed sudah berdiri tegak di hadapan pagar rumahnya.

“Aunty,” sapa Zareed sambil tersenyum pada Datin Marlia.

“Nanti balik daripada butik, pergilah jalan-jalan,” ujar Datin Marlia.

Zareed hanya tersenyum sambil mengangguk.

“Jom?” Dia pandang Darin yang masih berdiri di sebelah Datin Marlia. Pintu tempat duduk sebelah pemandu dibuka untuk Darin.

Teragak-agak Darin mahu masuk ke dalam kereta lelaki itu.

“Kami pergi dulu aunty,” ujar Zareed sebelum berlalu masuk ke dalam perut kereta.

Datin Marlia mengangguk perlahan. Sebaik kereta yang dipandu Zareed hilang daripada pandangan mata, dia berlalu masuk ke dalam rumah.

Hatinya senang melihat anaknya itu bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Akhirnya pintu hati Darin terbuka untuk berkahwin.

SEDARI tadi masing-masing hanya mendiamkan diri. Suasana hening terus menguasai mereka.

Darin membuang pandang ke luar tingkap. Rasa macam nak cepat-cepat sampai butik je sekarang ni. Tak betah nak duduk lama-lama dalam kereta dengan Zareed.

“Senyap je?” Akhirnya Zareed bersuara memecahkan kesunyian antara mereka.

“Tak ada apa-apa nak cakap,” balas Darin ringkas. Dia menjeling sekilas ke wajah kacak Zareed yang sedang memandu itu.

“Jangan ingat bila I dah setuju nak kahwin dengan you, I dah maafkan dan lupa apa yang you pernah buat Darin,” ujar Zareed tiba-tiba.

Darin terkedu. Layu terus wajahnya mendengar ujaran lelaki itu. Tubir mata serta merta terasa hangat. Bibirnya terbuka seperti ingin mengatakan sesuatu tetapi suaranya seperti tersekat di celah kerongkong. Sudahnya dia hanya diam sambil menahan rasa perih di hati.

Melihat Darin diam, Zareed juga diam. Tak ada kata-kata yang keluar daripada bibirnya lagi selepas itu.

Sesekali Zareed menjeling sekilas ke arah Darin. Rasa menyesal bila melihat Darin nampak terluka dengan kata-katanya tapi bila diingat kembali apa yang pernah Darin lakukan, rasa bersalahnya terus hilang. Darin memang layak terima semua ini!

Kerja Zareed ni nak menyakitkan hati Darin je.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience