BAB 4

Romance Completed 1538

Lidahku terkelu, dan hanya mampu untuk menganggukan kepala aku. Telefon aku berbunyi dan Encik Sam berteriak kepada aku agar aku segera datang ke bilik berita. Aku hanya tersenyum pada waktu itu dan segera berlari ke bilik berita.

Rupa- rupanya salah seorang pembaca ramalan cuaca tidak hadir dan hanya aku yang boleh jadi penggantinya. Walau bagaimanapun, aku hanya berbaju kasual dan tidak sempat untuk berdandan. Aku hanya sempat untuk menukar kasut ku ke kasut tinggi lalu segera lari ke set berita. Malangnya, ketika aku sudah menyampaikan ramalan cuaca, salah satu kasut tinggiku rupanya patah seperti ada yang sengaja membuat aku berada di situasi sebegini. Tanpa berfikir lagi, aku membuka kasut tinggiku semasa menyampaikan ramalan cuaca. Selepas itu, video aku menyampaikan ramalan cuaca itu menjadi viral kerana perbuatan pelik aku pada waktu itu.

Aku sekarang terkenal. Sebenarnya, kalau ada yang bertanya kalau aku gembira atau tidak dengan fakta yang aku kini terkenal kerana video viral itu kerana setelah apa yang berlaku, aku di marahi oleh Encik Sam dan beberapa pengurus yang lain. Setiap kata-kata yang dilontarkan kepada aku tidak masuk ke kepalaku kerana mataku terpaku dengan mata Zack yang sedang berada di luar jendela bilik Encik Sam. Apabila aku keluar dari bilik itu, Zack segera memanggil aku ke luar pejabat untuk bercakap tentang sesuatu.

“Luna? Boleh kita berbual sekejap?” Aku terpaku dan tanganku dipegang Zack yang membawa aku ke taman berdekatan pejabatku. “Jangan risau tentang viral tu… Aku tahu mesti kamu akan menjadi terkenal sejak aku jumpa kamu di Busan haritu.” Pujuk Zack kepada aku. Aku sedar yang kini keadaan aku tidak lah betul. Aku menjadi terkenal kerana perbuatan bodoh dan bukan kerana bakat aku. Aku ingin dikenali kerana bakat aku sebagai pembaca berita utama pada setiap malam. Bukan seperti ini. Aku sedar yang secara tidak langsung, aku kata-kata Zack adalah seperti penghinaan bagiku dan aku dengan segera pergi meninggalkan dia di taman itu.
?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience