BAB 7

Romance Completed 1538

Setiap hari, ada sahaja yang dilakukan oleh mereka berdua untuk memenangi hati aku. Kadang, mereka seperti kanak-kanak yang berebut mainan. Aku rasa seperti dalam drama apabila aku Bersama mereka berdua. Tapi, aku cuba untuk bersikap neutral kerana aku sebenarnya belum teringin Bersama sesiapa pun. Kerana aku rasa aku suka Bersama Zack tetapi David sudah mula cuba untuk mencuri hati aku lagi. Sebelum tibanya hari kemerdekaan, aku ditugaskan ke luar bandar oleh Encik Sam untuk membaca ramalan cuaca secara langsung dari sana. Sudah tentu aku rasa teruja dengan peluang ini dan bersedia untuk pergi.

Zack dan David pula cuba untuk mengambil peluang untuk mengikuti aku ke sana. Setibanya kami di Kampung Wawasan itu, aku dan pasukanku membuat keputusan untuk melawat rumah orang tua-tua. Kami meluangkan hari pertama kami di kampung itu Bersama warga emas yang ada di rumah itu. Tanpa disangka, David menjadi tarikan utama di rumah itu dan di sayangi ramai. Sama juga berlaku dengan Zack, mereka berdua menghiburkan orang-orang tua dengan baik pada masa itu. Tiba-tiba, David jatuh pengsan semasa berada di pentas. Semua terkejut pada masa itu termasuklah aku. Kami segera membawa David ke hospital tapi mukanya sudah pucat dan masih tidak menyedarkan diri.

Setibanya kami di hospital, David dibawa ke unit kecemasan. Aku menunggu Bersama Zack dan rakan kami yang lain. Tidak lama kemudian, seorang doktor tiba dan mahu bercakap dengan kami. Aku dan Zack segera berjumpa dengan doktor unit kecemasan itu. “Saya harap kamu tahu yang rakan kamu mengalami kanser tahap tiga… itulah sebab dia mudah penat hingga menjadi sebegini…” Aku menjadi bingung dan begitu juga Zack dengan kata-kata doktor itu. Selepas kami meninggalkan bilik doktor itu, air mata mula mengalir dari mata aku kerana rasa bersalah dan sedih terhadap David.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience