BAB 1

Romance Completed 1538

Namaku Luna, berumur 27 tahun dan seorang penyampai ramalan cuaca. Sudah 5 tahun lamanya aku bekerja dalam bidang ini dan sekiranya ada orang bertanya kalau aku gembira dengan karier aku, akan ku jawab tidak. Kenapa ? Sebabnya impian sebenar aku untuk menjadi pembaca berita utama pada setiap 8 malam. Aku menjadi perhatian satu negara pada masa yang sama dan menyampaikan berita dengan penuh elegan. Tetapi, entah bila lah semua itu akan berlaku...

Encik Sam : “Luna ! Boleh kamu pergi ke Starbucks di bawah dan belikan kami kopi ? Thank you ya!”

Ugh.. Inilah hidupku. Sering dibuli dan di pandang rendah. Adakah ini semua kerana posisi aku di pejabat ini ? Tetapi apa juga yang aku boleh buat, hanya aku boleh anggukkan kepala dan lupakan kesalahan mereka supaya aku masih boleh bekerja. Agar aku masih boleh menyara hidup yang sedih seperti drama ini...

Ketika aku berjalan ke kedai kopi itu, aku ternampak seseorang. Individu yang sudah lama tidak aku nampak tapi yang ingin aku jumpa. Si David. Ahh.. kalau aku ingat 3 tahun lalu semasa kami berada di Melaka, aku rasa aku masih akan rasa malu bila berjumpa dengan dia. Rasanya aku perlu mengelak dari dia.

*terlanggar David*

David: Aduh !

Aku yang terkejut kerana telah terlanggar si dia dengan cepat cepat ke seberang jalan. Namun, apa bila aku pusing untuk melihatnya lagi, mata kami bertemu dan segala memori aku tentang dia kembali ke mindaku. Tetapi, matanya penuh dengan rasa geram apabila aku menatap matanya dengan penuh rasa rindu. Aku sampai di starbucks dan segera kembali ke pejabat setelah membeli air yang disuruh oleh Encik Sam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience