BAB 2

Romance Completed 1538

Setibanya aku di pejabat, setiap rakan kerjaku berkumpul di tengah tengah pejabat dan sedang gembira ketawa seperti ada suatu berita baik. Tidak lama kemudian, mereka menyedari kehadiranku dan menjemput aku menyertai mereka dengan raut wajah yang semacam. Tiba- tiba, seorang lelaki memandang aku yang sedang memegang 6 cawan kopi di tanganku. Aku terkejut kerana ianya David.

Encik Sam: Ah sampai juga kamu ! Luna, kamu kenalkan David? Dia akan menjadi penyampai berita 8 malam lagi ya dan kamu berdua akan bekerja bersama lagi.

Oh tidak. Adakah ini satu mimpi ngeri ? David mendekati aku dan mengambil satu cawan kopi americano lalu berkata “jumpa lagi” kepada aku.

Sejarah aku dan David bermula 3 tahun lalu ketika dia seorang pembaca berita dan aku hanya lah seoranh intern di pejabat ini. Aku menyimpan perasaan dengan Hakeem buat jangka masa yang lama sehinggalah satu peristiwa berlaku. Peristiwa itu semasa kami berada di Busan untuk satu projek. Ketika dia sedang bersedia di bilik dandanan, aku telah diberi arahan untuk menyerahkan bajunya. Entah kenapa aku rasa aku perlu untuk memberi tahu tentang perasaan aku kepadanya dan aku telah lakukan itu pada waktu itu.

David kelihatan sangat geram dan tidak percaya dengan apa yang berlaku segera mendekati aku.

David: Nama kamu Luna kan ? Luna, minta maaf lah tapi aku tidak berminat dengan perempuan macam kamu. Sekarang kamu pergilah keluar dan bantu kru yang lain.

David menyampaikan ayat ayat itu dengan nada yang tegas dan marah. Aku terkejut. Air mata aku tidak berhenti menitis dan aku segera lari dari bilik itu. Aku bersembunyi di satu sudut bilik dan menangis untuk melepaskan rasa sedih aku. Lalu, datanglah seorang lelaki yang memberi aku tisu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience