BAB 6

Romance Completed 1538

Tanpa disangka, satu berita yang mengejutkan telah menular di sosial media. Berita itu tentang Zack, seorang usahawan terkenal yang akan melangsungkan perkahwinan Bersama salah seorang pembaca berita iaitu Alisa. Alisa mula dikerumuni dan disayangi semua kerana pengaruh Zack yang sangat kuat di syarikat ini. Dia telah dipilih oleh ibunya yang merupakan salah satu pemegang saham utama syarikat ini. Aku mula memadam perasaan aku terhadap Zack akan tetapi, Zack pula mengaku yang dia sebenarnya menyukai aku sejak dahulu lagi. Aku mula risau dengan hal ini tetapi Zack pula sentiasa memberitahu aku agar tidak risau tentang hal ini.

David pula mula menunjukkan tingkah laku yang pelik. Dia sering melihat aku dan cuba untuk mendekati aku. Bagi aku, David hanyalah seorang lelaki yang aku benci disebabkan perbuatannya kepada aku dahulu. Hari berganti hari, David pula semakin rapat dan selalu meluangkan masa dengan aku. Aku terpaksa melayannya kerana aku perasan tidak ramai orang yang mahu meluangkan masa dengannya. Aku beranggapan semua ini kerana David kelihatan seperti seorang yang bengis. Zack pula semakin romantic kepada aku. Setiap kali aku berjumpa dengan Zack, aku risau aku akan dicemuh kerana dianggap mahu merampas dia dari Alisa.

Perkara ini pula semakin jelas apabila ibu Zack memanggil aku untuk berjumpa. Puan Nara memberitahu aku agar meninggalkan anaknya dengan segera dan memberikan aku duit. Sudah tentu dia beranggapan aku mahu Bersama Zack kerana hartanya. Tapi, tiada yang tahu aku menyukainya sejak dia memberikan aku tisu di Busan. Setiap hari, aku menjadi semkain rapat dengan David dan Zack. Mereka berdua pula rakan baik yang bertambah renggang kerana aku. Aku semkain risau kerana peranan aku diantara mereka berdua seperti pemisah persahabatan mereka berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience