BAB 3

Romance Completed 1538

“Kamu ... okay ?”

Dengan perlahan, aku mendongakkan kepala aku dan dibalik sinaran matahari, aku ternampak senyuman seseorang.

“Sudahlah menangis... ini tisu untuk kamu lap air mata kamu yaa..”

Siapakah lelaki ini. Kenapa dia baik betul dengan aku. Selepas memberikan aku tisu, dia berdiri dan kembali ke dalam dewan. Telefon bimbit aku berbunyi dan dipanggil kembali ke dalam dewan dengan segera. Di dalam dewan, aku sambung bekerja dan tidak lagi nampak jejaka itu. Malangnya hidup aku, aku tidak kenal orang itu apakan lagi namanya.

Tidak lama kemudian, semasa aku berada di pejabat di Seoul, lelaki itu datang ke pejabat aku. Namun, dia tidak nampak aku yang sedang berada di sudut pejabat dan dia pula berjalan terus ke bilik seseorang. Bilik itu ? Bilik itu kepunyaan lelaki yang aku sudah benci sejak hari itu, David. Tapi aku ingin tahu, apakah kaitan mereka berdua sehingga dia boleh datang sesuka hati. Tidak lama kemudian, mereka berdua meninggalkan pejabat dengan gembira. Mereka berkelakuan seperti rakan baik yang berumur 8 tahun dan pekerja yang lain pula hanya tidak ambil peduli tentang mereka berdua.

Adakah mereka berdua ada kaitan keluarga atau pun rakan baik? Aku sangat ingin tahu kerana aku ingin mengenali lelaki tisu itu. Tetapi kini semua itu seperti satu mimpi sahaja. Keesokkan harinya, lelaki itu datang lagi tetapi kami berjumpa di dalam lif. Hanya kami berdua ada pada waktu itu dan aku sangat bingung sama ada aku perlu menegurnya atau tidak. Tiba tiba, dia melihat aku dan memperkenalkan dirinya, Encik Zack.

“Saya Zack, kamu kan yang perempuan menangis semasa di Busan hari tu ?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience