BAB 9

Romance Completed 1538

Sebelum aku keluar dari bilik itu, tangan aku dipegang oleh David yang mengetahui keberadaan aku di dalam wad itu. Aku hanya mampu melepaskan tangannya dan berlalu pergi. Keesokkan harinya, aku berjumpa dengan Zack. Zack pula cuba merayu dengan aku untuk tidak pergi dari tempat ini. Namun, aku hanya menegaskan dengan Zack yang dia tidak sepatutnya bersama aku kerana akan bersama dengan Alisa, wanita pilihan keluarganya itu. Aku juga mengeluarkan kata yang aku tidak pernah menyukainya selama ini kepada Zack. Zack terkejut dengan kata-kata aku dan segera pergi.

Aku hanya mendiamkan diri aku memikirkan nasib aku yang malang ini. Aku berjumpa dengan Encik Sam dan memberitahunya yang aku membuat keputusan untuk setuju dengan tawaran itu. Dalam satu minggu, aku telah bersedia untuk berangkat. Rakan-rakan sepejabat aku sedih sehingga menghantar aku ke lapangan terbang pada hari penerbangan aku. Aku pergi meninggalkan negara ini dengan penuh sesalan dan rasa sedih yang berbaur dalam hati aku. Aku hanya akur dengan nasib aku ini.

Karier aku di luar negara pada mulanya agak seronok kerana terdapat pelbagai benda baru yang dapat aku belajar dan dapat berkenalan dengan ramai kawan baru. Dalam masa 5 bulan sahaja, aku menjadi pembaca berita Bahasa Inggeris utama di negara baru ini. Sudah lamanya aku sudah mula dapat melupakan semua perkara yang telah berlaku dahulu. Aku juga mendapat tahu yang Zack telah berkahwin dengan Alisa. David pula tidak pernah aku dapat berita tentangnya. Aku selalu rasa risau namun tiada apa yang aku dapat buat selain mendiamkan diri aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience