BAB 10

Romance Completed 1538

Di Korea, keadaan David beransur pulih dari kansernya itu. Seleas beberapa bulan sahaja, dia dapat kembali ke pejabat dengan keadaan sihat untuk membaca berita lagi. Namun, aku tidak mendapat apa-apa berita pun tentang perkahwinan atau sebagainya. Hubungan David dan Zack semakin baik dan David juga dapat meluangkan masa bersama keluarganya.

Keadaan aku juga semakin baik walaupun aku sering mengalami masalah remeh pada setiap hari. Aku sudah semakin dapat membiasakan diri aku dan hamper menjadi anak kelahiran negara baru aku ini. Persaingan di tempat ini juga tidaklah sengit seperti di Korea. Semua pekerja sangat baik dan senang untuk kami bekerjasama. Selepas waktu bekerja, aku kembali ke rumah aku yang terletak tidak jauh dari pejabat aku. Aku berjalan dengan payung aku kerana malam itu sedang hujan dengan lebat.

Tanpa disangka, David berada di hadapan rumahku dan senyuman terukir di wajahnya. Aku sedar betapa aku merindui dia yang sudah lama aku tidak jumpa. David hanya memeluk aku selepas melihat aku di depan matanya. David telah membuat keputusan untuk berhenti kerja sementara untuk berehat dan mencari aku. David juga menyatakan yang aku lah sumber kekuatannya untuk melawan kansernya dahulu. Secara tiba-tiba, dia berlutut di lantai dan mengeluarkan sepasang cincin. David melamar aku pada malam itu. Dengan serta-merta, aku menerima lamarannya dan memeluk David. Malam itu merupakan saat terbaik dalam hidup kami berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience