BAB 8

Romance Completed 1538

Selepas kejadian itu, kami semua telah kembali ke bandar setelah liputan ramalan cuaca telah di buat. Kini, David telah menyedarkan diri dan mengaku tentang penyakit yang dihidapinya. Aku dan Zack merasa sangat kecewa dan sedih tentang hal ini. Tanpa disangka, ibu David mendapat berita tentang penyakit anaknya dan segera ke hospital. Selepas melawat David Bersama kami, dia memberitahu aku yang dia mahu aku berbual di kafe hadapan hospital pada masa itu juga. Setibanya aku di kafe itu, aku disambuti dengan percikan air dari gelas ibu Zack.

“Apa yang telah kamu lakukan dengan David sampai dia selalu tidak peduli dengan rawatan kansernya? Siapa kamu sampai David tidak mahu meninggalkan tempat ini? Dan… Siapa kamu sehingga dia tidak mahu berkahwin dengan wanita pilihan aku?” ibu David kelihatan sangat marah ketika dia melontarkan semua soalan ini dengan aku. Aku hanya mampu mendiamkan diri dan menundukkan kepala aku. Aku tidak mampu melawan kata-katanya kerana aku tahu aku juga punca persahabatan Zack dan David menjadi renggang.

Selepas perjumpaan tegang itu, aku kembali ke pejabat dengan air muka yang sedih. Aku dipenuhi dengan rasa bersalah buat masa ini. Encik Sam memanggil aku ke pejabatnya sebelum aku dapat duduk di meja aku. Encik Sam dengan nada yang sedih memberitahu aku yang aku akan dihantar ke luar negara untuk menjadi pembaca berita antarabangsa. Sebenarnya, aku tidak tahu sama ada aku ingin gembira atau sedih dengan tawaran ini. Sudah jelas yang ibu David pasti menjadi sebab tawaran ini dibagi dengan aku.

Encik Sam hanya memberitahu aku untuk berfikir dahulu tentang hal ini dan memberitahunya dalam masa 3 hari. Aku hanya mendiamkan diri dan termenung memikirkan nasib aku. Malam itu, aku pergi ke wad David di hospital untuk melawatnya. David sedang tidur di katil wadnya dengan tenang Bersama Zack yang ada disofa. Aku hanya mengalirkan air mata dengan senyap kerana takut mereka sedar dengan keadaan aku.
?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience