BAB 3

Family Completed 4914

“Cantik isteri abang hari ni.”

Puji Zaim. Bahu isterinya dipegang lembut. Isterinya sedang menyisir rambutnya yang panjang mengurai itu.

Si isteri tersenyum. Kelat. Diletakkan sikat di tangan ke atas meja solek. Faham benar dengan perangai suaminya ini. Ada sajalah gayanya macam nak membodek.

“Ada-ada ajelah abang ni. Hari ni je lah saya cantik? Habis sebelum-sebelum ni saya tak cantiklah?”

Balas isteri tercinta Muhammad Zaim Zulfirash itu.

Mencerlung matanya memandang suaminya. Bibirnya dimuncungkan, sedikit senget. Macam mulut itik! Tapi masih tetap kelihatan manis.

Pandangan mereka bertaut di sisi cermin meja solek. Zaim tersenyum manis. Dipusingkan badan isterinya perlahan-lahan supaya si isteri memandang terus wajahnya. Ada madah istimewa hendak disampaikan kepada insan tercinta.

Mata bertentang mata. Pandangan mereka bertaut. Tepat ke dalam anak mata masing-masing. Tikaman pandangan yang meningkatkan frekuensi getaran melodi cinta itu.

Zaim membalas bicara isterinya yang bersisa sedikit nada merajuk itu. Kononnya. Olok-olok sahaja sebenarnya itu.

“Awak sentiasa cantik di mata saya, Isya. Saya kagum dengan ciptaan Allah SWT yang terlalu indah pada pandangan mata saya ini. Setiap hari saya rasa macam bermimpi, Isya. Awak kini sah menjadi isteri saya, memang saya rasa macam tak percaya. Orang yang saya cintai dalam diam kini sudah menjadi isteri saya.

Memeriahkan hari-hari saya dengan kerenah awak yang mencuit hati saya. Membuatkan saya tak pernah lekang dengan senyuman bila teringatkan awak kat tempat kerja. Sampaikan orang ingat saya tak betul bila tersenyum sorang-sorang tiap kali teringatkan si jelita pengarang jantung hati saya ni.

Awak begitu istimewa di mata saya dan di dalam hati saya, Isya.

Kesudian awak menerima saya yang yatim piatu, yang selalu dipandang rendah oleh orang lain ini membuatkan saya berasa amat bersyukur mempunyai awak sebagai isteri.

Awak anugerah terindah dari ALLAH untuk saya. Saya tak tahu nanti kalau ditakdirkan awak tidak ada menemani hari-hari saya. Mesti suram dan gelap hari saya tanpa awak. Don’t ever leave me alone, like my grandparents did.”

Kelihatan ada air mata yang ingin menitis dari tubir matanya. Hatinya tiba-tiba sebak. Betapa dia bersyukur mempunyai insan sebaik Isya. Sanggup menyandang gelaran sebagai isteri seorang yatim piatu sepertinya.

Menumpang kasih dalam keluarga Isya juga satu anugerah terindah. Berteduh di bawah payung kasih kedua orang mertua. Berkongsi bagaimana bahagianya perasaan mempunyai adik-beradik bersama-sama ipar-duainya. Yang tidak dapat dirasakan saat dia masih kecil. Bila kedua orangnya pergi menghadap Ilahi, tika ingin pulang ke kampung menyambut Aidilfitri.

Selama ini dia hanya memendam perasaan mengenangkan dia tidak layak untuk mendampingi sesiapa pun. Dirinya dianggap sebagai pembawa si** atau malang kepada insan-insan yang disayangi.

Itulah tanggapannya pada diri sendiri di saat dirinya dihantar ke rumah anak yatim sebelum dimasukkan ke sekolah berasrama penuh oleh datuk dan nenek kandungnya dulu. Sejurus selepas kedua orang tua dan abang kandungnya selamat bersemadi. Zaim memikul beban rasa bersalah hanya kerana dia seorang sahaja yang terselamat dalam tragedi hampir 15 tahun lalu itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience