BAB 5

Family Completed 4914

Alhamdulillah, tahun itu mereka beraya bertiga. Kesian Isya kena ganti puasa sebulan. Kerana Ayish lahir pada awal bulan Ramadhan. Tersengih sendiri Zaim teringatkan peristiwa itu.

Tahun ini, Risya pula yang lahir sebulan sebelum bulan puasa. Tapi sayang…

“Ayah, adik baby tidur lagi eh?”

Sapa Ayish, separuh berbisik. Dia sudah duduk di sebelah ayahnya. Takut benar jika adiknya itu terjaga. Entah bila Ayish masuk ke dalam bilik, tidak pula Zaim perasan. Kerana dia sudah terlalu tenggelam dalam kenangan silam.

“Adik tengah tidur lagi. Abang Ayish jangan kacau adik tidur. Nanti adik nangis. Ayish dah salam atok?”

Tegur Zaim, lembut. Gayanya juga seperti Ayish, separuh berbisik.

“Dah.”

Jawab Ayish, ringkas. Tersenyum lebar dia. Gilirannya pula mencium pipi tembam Sufi Zairisya. Sayang sungguh dia kepada adik kecilnya ini.

“Okay, sekarang ayah pulak nak salam atok dengan nenek. Ayish gi ikut Acik Ida tak pun Acik Su dulu ya.”

Suruh Zaim, masih dipenuhi kelembutan.

“Isya… Awak langgar janji awak kepada abang.”

Lafaz itu hanya terluah di dalam hati Zaim.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience