BAB 9

Family Completed 4914

“Zaim???”

Tegur Zareen dan Syaqif. Pasangan suami isteri itu terkejut melihatkan Zaim yang tersandar di dinding di luar wad khas yang menempatkan Izzreena Darwisya, sahabat baik Zareen Imtiyaz Imani itu.

“Eh, Zareen, Syaqif, buat apa kat sini? Nak melawat Izz ke? Dia ada kat dalam tu. Masuklah.”

Sapa Zaim. Sedikit terkejut. Menerima kunjungan sahabatnya. Dia cuba untuk tersenyum manis. Tapi hambar.

“Assalamu’alaikum, Zaim. Selamat Hari Raya, Im. Kami datang nak jenguk isteri kau. Boleh ya?”

Syaqif bersalaman dengan Zaim. Zaim hanya mengangguk. Membenarkan.

“Wa’alaikumsalam. Selamat Hari Raya, Syaqif. Zareen. Jemputlah masuk. Izz masih kat dalam tu.”

Balas Zaim. Lemah suaranya. Walaupun dia cuba beriak tenang, keruh wajahnya yang sedih itu masih jelas terpamer.

Zareen dan Syaqif dapat membaca kesayuan yang memukim di relung hati Zaim itu.

“Zareen masuk dulu ya, bang. Zaim, aku tengok bini kau dulu ya. Dah rindu sangat kat dia raya-raya ni.”

Pamit Zareen. Zaim hanya mengangguk dan memberi laluan kepada Zareen.

“Abang Hafiz…”

Bisik Zareen, perlahan. Dia melirik ke arah suaminya, Syaqif Hafizuddin. Mereka bertukar isyarat melalui pandangan mata. Syaqif memahami maksud pandangan isterinya itu. Syaqif mengangguk perlahan. Kemudian, dia hanya membiarkan isterinya berlalu pergi masuk ke dalam wad Izzreena.

“Im, kau dah makan belum?”

Tanya Syaqif kepada Zaim. Dipaut tangan kanannya ke bahu Zaim.

Zaim kini merupakan sahabat baiknya juga sejurus Izzreena mengahwini Zaim. Alhamdulillah, ikatan ukhwah yang terbina telah membina jambatan silaturrahim yang indah bila dilalui bersama-sama. Saling menyokong dan menghiburkan bila salah satu pihak dilanda masalah. Itulah resepi yang terbaik dalam menguatkan ukhwah persahabatan.

“Aku dah makan tadi kat rumah. Kau tu dah makan belum?”

Balas Zaim.

“Aku dah makan, tapi aku dah lapar baliklah, Im. Jom temankan aku makan kat kafe jap. Sambil sambil. Perut aku ni lapar tak sudah je. Maklumlah, hari raya. Baru lepas sebulan berpuasa kan. Hehehe. Jom, aku belanja kau.”

Selamba sahaja Syaqif menuturkan bicara. Sambil menepuk-nepuk lembut perutnya. Menandakan yang dia sedang lapar yang amat. Syaqif tersenyum senang melihatkan reaksi Zaim yang sudah mulai tersenyum itu.

Zaim hanya menggeleng-gelengkan kepala sambil tersenyum senang melihatkan perangai Syaqif ini. Selamba betul! Tak padan dengan status dirinya sebagai suami dan bapa kepada dua pasangan kembar! Juga sebagai seorang CEO dalam syarikat Megat Holdings. Syaqif, Syaqif. Memang sepadanlah dengan Zareen. Kedua-duanya terlebih selamba!

“Jom! Aku okay je kalau ada orang nak belanja. Hehehe.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience