BAB 7

Family Completed 4914

Setelah beberapa langkah meninggalkan kubur ahli keluarganya, terasa bagai ada tiupan angin lembut yang menghenyak tubuh Zaim.

“Jangan salahkan diri kau, dik. Tiap yang berlaku itu adalah takdir. Abang harap kau sentiasa kuat. Lebih-lebih lagi lepas apa yang jadi kat isteri kau. Abang tau kau kuat. Terima kasih sudi lawat abang, papa dan mama. Mereka kirim salam. Comel anak kau. Bijak. Macam kau jugak. Didiklah dia seperti mana aku didik kau dulu. Penuhi dadanya dengan ilmu agama. Diseimbangi dengan ilmu dunia. Barulah tenang dirinya kelak. Kau tunggu sikit masa lagi, dik. Insya-Allah, akan ada kebahagiaan yang akan menemui kau. Sekarang ini hanyalah secebis ujian kiriman dari-NYA. Tanda sayang, untuk DIA melihat sekuat mana iman hamba yang amat disayangi-NYA ini. Selamat Hari Raya, dik.”

Suara Zaif hinggap di gegendang telinganya. Lembut. Seperti selalu bila dia berbicara dengan Zaim.

Zaim hanya tersenyum. Tenang.Dia bersyukur. Dia tahu abangnya dan kedua orang tua mereka tenang di sana.

Alhamdulillah.

“Selamat Hari Raya, bang. Im balik dulu ya bang. Terima kasih untuk segalanya. Assalamu’alaikum.”

“Wa’alaikumsalam. Jangan salahkan diri kau, dik.”

Di sebelah Zaim, berdiri Zaif merenung adiknya. Penuh keredupan pandangannya. Dia tersenyum. Senang. Wajahnya cukup bersinar.

Sayang, susuk tubuh Zaif dan wajahnya yang berseri-seri itu tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Kerana alam dan dimensinya yang sudah berbeza. Matanya menyorot melihatkan adiknya dan anak saudaranya itu berlalu pergi.

Hanya si kecil Ayish yang dapat melihat indahnya cahaya yang bersinar di wajah Zaif sedari tadi. Dia membalas senyuman manis pak longnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience