BAB 4

Family Completed 4914

“Im tak kira, Im nak jugak baju raya warna ungu tu!”

Desak Zaim. Bertegas masih inginkan juga baju Melayu bewarna ungu yang dilihatnya di pasaraya tadi. Muncungnya ditarik. Panjang berinci-inci.

“Im, mama kan dah belikan Im baju raya tadi. Yang ungu tu abang tengok macam tak berapa segak kalau Im pakai.”

Pujuk Zaif. Dia sayang betul akan adiknya yang baru berusia 12 tahun itu. Sudah menghampiri usia remaja, tapi masih manja! Tapi Zaif amat menyayangi Zaim. Itulah satu-satunya adik yang dia ada. Mereka sering menghabiskan masa bersama.

Walaupun setelah puas dipujuk. Zaim masih berdegil. Dia inginkan baju Melayu bewarna ungu itu juga! Akhirnya orang tuanya yang duduk di hadapan mengalah jua. Mereka berpatah balik ke pasaraya yang ada menjual baju diingini Zaim itu.

Manja betul bujang seorang ini. Anak bongsu, begitulah gelagatnya.

“Yeayyy, dapat baju raya kaler ungu!”

Sorak Zaim keriangan. Ibu bapanya dan Zaif turut tersenyum ceria melihatkan Zaim sudah kembali girang.

BANGGGGG!!!!

Plastik baju raya di tangan Zaim terlepas. Dia dan Zaif terpempan. Ternganga. Kedua orang tuanya sudah menggelitik di tengah jalan. Darah membasahi jalan.

“Papa! Mama!”

Bergegas Zaim meluru ke arah ibu bapanya.

“Zaim, tunggu dik!!!”

Jerit Zaif. Dia lihat kereta yang tadinya melanggar orang tuanya kini meluru ke arah adiknya pula. Cepat-cepat dia menolak tubuh adiknya itu ke tepi.

Belum sempat Zaim menoleh melihat abangnya. Tubuh Zaif pula dirempuh oleh kereta yang memang sengaja dipan laju ke arah mereka itu. Zaif kini turut menyertai orang tuanya. Pergi untuk selama-lamanya.

Zaim terduduk di seberang jalan. Dia kaku seorang diri. Hanya air mata mengalir laju membasahi pipinya. Melihatkan ketiga-tiga orang kesayangannya sudah pun terkulai layu di tengah jalan. Dilumuri darah. Orang ramai mula mengerumuni mereka sekeluarga.

“Abang…”

Sapaan Isya mengejutkan Zaim dari imbauan pahit itu.

Izzreena Darwisya, mesra disapa Isya oleh Zaim. Insan yang bisa menggetarkan segenap ruang hati si yatim piatu ini sejak zaman perkenalan mereka di universiti. Sepantas kilat Isya meletakkan jari telunjuk kanannya di bibir Zaim sejurus mendengar apa yang dipinta oleh Zaim tadi. Dia turut menjadi sebak. Jika Zaim bukan seorang anak yatim pun, dia akan tetap memilih lelaki ini menjadi suaminya. Atas kerana peribadinya yang baik.

Sedari awal dia terpikat dengan keluhuran peribadi Zaim. Matang. Lembut bila berbicara dengan wanita dan anak kecil. Cukup pandai menghormati orang tua. Mementingkan agama dan nilai-nilai kekeluargaan. Pakej yang cukup lengkap untuk diambil menjadi suami pilihan.

“Shhh… Abang, don’t say like that. You already knew that I love you just the way you are, right? Not because of your status. But because of your own determination to love me in the halal way. I fall into you because of your sweetness as a sweet gentleman. ”

Diraih pula tangan suami tercinta. Mereka beralih duduk ke atas katil pula. Mata Isya tidak kalih dari memandang Zaim. Riak sayu menghiasi wajah lelaki itu.

“Saya pilih abang kerana saya tahu abang akan menjadi suami yang terbaik untuk saya. Imam yang terhebat untuk saya dan bakal anak-anak kita. Isya sayang sangat kat abang. Tolong jangan cakap saya takkan pilih abang sebab abang ni anak yatim piatu.

Saya yakin saya tetap akan pilih abang walaupun abang tak ada keluarga yang sempurna sekalipun. Abang ni suami yang full package tau baiknya. Saya pun rasa bertuah sangat-sangat hadirnya abang dalam hidup saya sebagai suami yang amat penyayang.

Setiap kejadian itu adalah qadha’ dan qadar dari DIA, bang. Ada hikmah yang tersembunyi yang kita tak tahu. Ada yang terselindung dari hijab zahir seorang hamba. Hanya mereka yang redha dan sabar menerima ujian pahit itu je yang akan merasakan kemanisan iman. Kesabaran dan ketabahan itu tinggi harganya. Bagi seorang hamba yang disayangi, Allah akan sentiasa berikan ujian di dalam hidupnya. Bagi melihat setinggi mana kekuatan dirinya dalam usaha meraih manisnya hidup berlandaskan keimanan.

Katakanlah, mana tau kalau abang ada keluarga lagi, abang takkan jumpa Isya agaknya. Allah ambil sesuatu, tapi dia gantikan sesuatu yang istimewa juga untuk abang kan? Jangan sedih-sedih ya, bang. Isya akan sentiasa ada untuk abang. Tapi satu hari nanti, kalau Isya takde nak temani hari abang, itu maknanya, Isya dah pergi menyahut panggilan Ilahi. Kalau itu terjadi, abang harus belajar redhakannya jugak.”

Berkerut dahi Zaim menangkap butir bicara terakhir Isya. Awalnya tadi dia sudah tenang apabila mendengar celoteh Isya yang berjaya menambat hatinya. Tapi ayatnya yang terakhir itu. Membuatkan Zaim agak ketakutan. Bukan kerana apa, kehilangan insan yang amat dicintai itu lebih menyakitkan!

“Isya, don’t say that you will leave me too. Please…”

Isya mengetap bibir. Dia tahu dia sudah tersalah bicara apabila melihatkan riak keruh di wajah suaminya itu. Kesilapannya, mematikan suasana yang tadinya mendamaikan jiwa mereka berdua.

“Okay, Isya minta maaf, bang. Isya janji, I won’t say it again. Isya takkan tinggalkan abang. Isya janji. Maafkan Isya ya, bang…”

Dikucup lembut tangan imamnya itu.

Zaim tersenyum. Hambar.

“Abang maafkan. Sayang tak salah apa pun sebenarnya. Betullah apa yang sayang cakap tu. Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Kulli nafsin zaaiqatul maut. Cuma, abang minta tolong… Jangan seksa jiwa abang dengan kata-kata yang Isya nanti akan pergi dari hidup abang. Hati ni Isya… Sedih! Sakit!”

“Terima kasih abang. Sudi maafkan dan layan segala kerenah Isya. Abang, dahlah tak mau sedih-sedih. Spoil mood aje. Sebenarnya Isya ada surprise nak bagi tahu abang.”

Ujar Isya. Ceria nada suaranya. Dia mengangkat wajah. Melirik ke arah suaminya. Senyuman penuh makna tersirat. Kedua-dua tangannya memaut lembut tengkuk suaminya.

Zaim sudah pelik. Berita apa pula dia hendak beritahu? Saspens sungguh.

“Tahun ni, nampaknya ada rezeki kita beraya bertiga pulak lah rasanya. Insya-Allah.”

Butir bicara Isya akhirnya membuatkan Zaim turut menguntum senyum. Dia faham erti kiasan pada bicara Isya itu. Tangannya sudah ditarik oleh Isya. Menyentuh perut isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience