BAB 12

Family Completed 4914

“Abang, Isya pergi tunggu dalam kereta dulu ya.”

Zaim hanya mengangguk dan tersenyum. Dengan perut memboyot, si isteri melangkah keluar menuju ke tempat parkir kereta rumah mereka.

Mereka sudah tidak sabar untuk bergerak pulang ke kampung Izzreena Darwisya. Zaim mencapai beberapa beg pakaian yang ingin diletakkan dalam bonet kereta. Mereka sudah berpakat untuk menghantar Isya yang sedang menunggu hari untuk bersalin ke kampung. Supaya dapat berpantang di sana nanti.

“Ayish!!!”

Terdengar suara menjerit nama anaknya. Zaim terkejut! Itu suara Isya! Bergegas dia keluar ingin melihat apa yang terjadi.

“Isya…”

Hampir longlai segala urat lututnya saat melihat Isya terbaring di tengah jalan di hadapan rumah mereka. Kepala Isya sudah mengalirkan darah. Bahagian bawah baju isterinya juga dibasahi darah! Dipangku kepala Isya.

Ayish pula terdiam kaku. Persis seperti Zaim 15 tahun lalu apabila melihat orang tuanya dilanggar kereta. Lutut Ayish koyak sedikit. Kesan tergesel dengan jalan tar yang kasar itu. Tadi dia ingin mengambil bola yang bergolek di tengah jalan depan rumah teres mereka itu. Dia ingin bawa bola itu pulang ke kampung. Untuk dimain bersama-sama dengan sepupu-sepupunya.

Dia tidak sedar ada kereta yang meluru laju ke arah mereka. Sedar-sedar dirinya terasa ditolak oleh seseorang. Dan bila Ayish berpaling, ibunya sudah terbaring di tengah jalan. Dipenuhi darah!

Bergegas jiran sebelah rumah Zaim membantu mengangkat Ayish masuk ke dalam kereta. Zaim pula mencempung tubuh isterinya itu. Tidak habis dia berdoa agar diselamatkan isteri dan anak dalam kandungan isterinya itu. Cemas sungguh dia!

Mujur ada jirannya yang sudi membantu memandu keretanya menuju ke hospital. Zaim sudah terlalu panik! Tiba-tiba dia seakan tidak tahu untuk memandu!

Zaim memangku Isya di tempat duduk belakang. Ayish di tempat duduk sebelah pemandu itu pula sudah merengek kesakitan dan ketakutan.

Tanpa Zaim sedari, dalang yang sama yang melanggar orang tuanya dan kini melanggar isterinya itu sudah dikeronyok oleh konco-konco yang diupah oleh Tan Sri Muaz. Di satu sudut lorong tidak jauh dari rumahnya. Pengawal peribadi yang diupah Tan Sri Muaz itu mengerjakan pelanggar itu sehingga lunyai!

Kerana kecederaan teruk itu, Isya terpaksa dibedah untuk menyelamatkan nyawa bayi di dalam kandungannya. Syukur. Alhamdulillah, Sufi Zairisya lahir dengan selamat. Lutut Ayish pula semakin pulih.

Cuma…

Dua bulan telah berlalu. Sya’ban telah berlalu. Ramadhan juga telah pergi meninggalkan mereka. Kini Syawal sudah bertandang. Izzreena Darwisya masih terbaring kaku di atas katil itu.

Buat kesekian kalinya, sekali lagi sambutan Aidilfitri nya diuji sebegini hebat!

“Penantian itu satu penyeksaan, sayang!”

Getus Zaim. Harapannya hanya satu, agar Isya bangun. Menemani mereka dalam meriahnya sambutan Aidilfitri. Seperti yang selalu diraikan mereka sekeluarga.

Dia melangkah semula ke wad Isya. Dia membuka pintu gelongsor yang memisahkan wad itu dengan ruangan luar wad. Zaim mengangkat wajah.

Dia terpana!

“Isya…”

Meluru Zaim mendapatkan isterinya itu.

Isya menguntum senyum memandang wajah suami yang amat dirinduinya ini! Dia sudah tersandar. Risya pula sedang berada dalam pangkuannya. Tangan kirinya memaut bahu Ayish. Permata hati mereka suami isteri.

Sungguh Zaim tidak percaya. Apa yang diharapkannya tertunai jua. Syukur Ya Allah!

Zaim mencium pipi isterinya. Tidak sedar di dalam ruangan wad itu, ramai yang memerhati. Tidak terlepas, atok dan tok maknya juga antara yang memerhati.

“Ehem!!! Zaim, bukan kau sorang je yang ada bini kat sini.”

Usik Syaqif. Sahaja ingin mengusik. Lengannya pula dicubit kuat oleh Zareen.

“Dia tu kes lain cik abang oi… Jangan galak sangat duk mengusik tu.”

“Adoiii, sakitlah yang…”

Menyeringai Syaqif dibuatnya. Menahan perit sengat cubitan isterinya itu.

Semua yang berada di dalam wad itu tergelak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience