BAB 6

Romance Completed 7653

Beberpa bulan kemudian….

Tiba-tiba aku merasa sunyi, apa mungkin aku baru menyedari yanh aku ni masih single? Mungkin juga. Tapi sebenarnya aku bahagia sebegini cuma kebelakangan ini aku kerap teringat pada Afzal yang nyata tidaklah annoying seperti yang aku fikirkan.

Kalau difikir balik menyesal pulak aku membzair waktu membenci dia tup tup sekarang ni aku jadi rindu pula pada dia. Dah kenapa macam ni jadi tak keruan? Aku kerap terkenang momen pertemuan kami tempoh hari. Ada sesuatu tentangnya yang membuat aku angau macam ni. Tiba-tiba…

TOK TOK TOK

Ada bunyi ketukan di pintu utama yang seraya mematikan anganku, aku lantas berlari dan membuka pintu namun alangkah terkejutya bila melihat Afzal berada di hadapanku.

“ Afzal?!!” ujarku sedikit terkejut.

“Hai Andrani, awak apa khabar?” Afzal datang dengan membawa gitar di tangannya.

“Sihat, thank you. Eh awak datang sorang je ke?” tanyaku selepas melihat kali ini tiada pula kelibat Aunty Murni, ibu kepada Afzal.

“Ya aku datang sendiri.” Balasnya.

“Oh, jemputlah masuk.”

Aku kemudian mempelawa Afzal ke halaman belakang lalu kami pun duduk bersembang sambil sesekali dia memetik gitarnya, alunan merdu suaranya memecah keheningan rumah dan tiba-tiba aku merasa bagai berada di Bali, sedang duduk bercanda di tepi pantai sambil menikmati udara sepoi-sepoi bahasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience