BAB 10

Romance Completed 7653

Sayup-satup kedengaran suara Afzal yang ku rindui membuat aku semakin bersemangat untuk menaiki tangga. Sebaik sampai di atas aku disambut dengan girang oleh ahli-ahli band Afzal yang sedang berlatih, nyata mereka sangat gembira melihat aku lebih-lebih lagi Afzal yang terus sahaja memelukku sebaik melihat kelibatku di studio.

Lega dan terasa terubat seluruh rinduku apabila sang kekasih menyambut kehadiranku dengan senang hati. Namun pandanganku teralih pada sesosok tubuh [erempuan cantik yang sedang duduk di sofa kulit. Siapakah gerangan perempuan itu?

Aku mulai tertanya-tanya dan segera kulepas pelukan Afzal lalu bertanya padanya.

“Siapa tu Afzal?” tanyaku lembut.

“Oh, kenalkan ini Widya, rakan sekerjaku,” Afzal ramah memperkenalkan aku pada Widya.

Widya? Widya? Kenapa nama ni agak familiar ya, oh ya! Baru aku teringat yang inilah Widya nama yang tertera pada Timeline Twitter Afzal. Tapi…

“Kenalkan..” pelawa Afzal memperkenalkan aku kepada Widya.

“Hai saya Widya,” ujar gadis itu yang segera bangun dari sofa memperkenalkan dirinya. Ya, Widya bukan sahaja cantik bahkan tinggi lampai orangnya, aku tiba-tiba merasa kerdil berdiri di sebelahnya. Ya, maklum sajalah aku ni belum lagi habis tingkatan 5 dan ketinggian pun belum mencapai 160 cm.

“Saya Andrani,” jawabku lalau bersalaman dengan Widya bersama senyuman yang sarat dengan tanda tanya, makulam sahajalah orang perempuan pastinya tertanya-tanya apakah hubungan di antara Afzal dengn Widya, apakah sekadar rakan sekerja?Jika sekdar raka sekerja takkanlah sampai ligat berblas-balas Twit yang menurutku tidak berkaitan langsung dengan kerja.

Sibuk sangat ke Afzal sampai suah nak balas mesej aku yang bertanya khabar berbanding senang pula dia saling berbalas Twit dengan Widya. Ya fikiranku agak terganggu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience