BAB 12

Romance Completed 7634

“Awak kenapa Andrani sayang? Kenapa tiba-tiba balik pula? Kan awak baru sampai?” tanya Afzal kehairanan dan aku pula tiba-tiba kebingungan memikirkan apa alasan yang harus ku katakan.

“A..Aku tak apa-apa, cuma rasa letih nak balik.” Jawabku tergagap.

“Sure awak taka pa-apa. Saya tengok awak macam lain macam je. Kenapa?” tanya Afzal seolah tak percaya pada jawapanku tadi.

“AKu nak balik!” jawabku sedikit keras, entah kenapa amarah yang ku cuba pendam bagai mahu meletup.

“Okay, kalau macma tu saya hantar ya?” tanya Afzal seraya memelukku dan aku hanya terdiam dalam pelukan Afzal. Sungguh aku tak sanggup mebayangkan akan kehilangan Afzal. Ya Afzal sayang pada aku, mana mungkin dia akan mengkhianati aku. Aku cuba berfikiran positif, boleh jadi andaian aku salah.

“Tak perlu, aku boleh pulang sendiri. Lagipun awak belum habis praktis?” aku melepaskan dakapan Afzal dan menatapnya semula.

“Saya boleh je sambung praktis nanti, yang penting saya nak hantar awak pulang dulu,” ujar Afzal seraya menyentuh lembut pipiku.

Pandangannya begitu dalam dan aku bisa merasakannya. Sungguh saat ini aku bagai dapat mendengar degupan jantungnya hanyalah untukku. Ku tatap dia penuh kasih dan aku sentuh lehernya, dia sangat hampir denganku.

Aku memejamkan mata dan kurasakan degupan jantungku bergerak laju. Dan ku rasa bibirku bagai menyentuh lembut bibirnya. Sungguh aku tak mahu menggangu latihannya tapi…

““Okay jom pulang!” ujarku selepas tersedar yang aku baru sahaja berkucupan dengannya, walau hanya sebentar namun sudah cukup buat aku bagai tak keruan.

Afzal tersenyim girang, dia mraih tanganku dan kami jalan berpimpin tangan menuju ke tempat letak kereta. Sungguh aku merasa sangat bahagia saat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience