BAB 4

Romance Completed 7634

Selepas dua hari kejadian…

“Assalammualaikum, Ibu Andrani dah balik,” ucapku usai menutup daun pintu dan ketika aku menoleh ke belakang, alangkah terkejutnya aku bila melihat kelibat ibu bersama Aunty Murni dan juga Afzal, mamat bikin panas yang ku temui tempoh hari.

Tanpa banyak kata aku terus bersalaman dengan Aunty Murni dan segera naik ke tingkat atas untuk menukar pakaian. Selang beberapa saat kemudian, aku turun ke tingkat bawah dan aku mendapati kelibat mereka bertiga sudah tiada. Dah ke mana mereka tadi.

Aku pun menuju ke bahagian ruang hadapa rumah dan aku melihat kelibat Afzal sedang duduk di pangkin rumah berdekatan dengan kolam ikan Kap. Aku sengaja tidak mengendahkannya dan cepat-cepat beredar dari situ. Namun belum sempat aku melangkahkan kaki Afzal terlebih dahulu memanggilku.

“ Andrani, tunggu!” ujar Afzal

“Aduh, awak nak apa lagi ni?”tanya ku mendengus kuat. Baguslah dia ingat insiden haritu, aku masih bengang lagi kerana kurung putih itu rosak dan tak boleh dipakai lagi. Dia yang langgar tak pasal-pasal aku yang dimarah oleh ibu.

“Maafkan saya ya,” tutur Afzal namun aku hanya diam tak mahu bercakap apa-apa untuk bertekak.

“Hah okay takpelah benda dah jadi, okay dah,” ucapku acuh tak acuh.

“Ikhlas tak maafkan ni, bunyi macam tak ikhlas je,” tanyanya lagi

“Eh dia ni, kalau orang dah maafkan tu sudahlah siap nak tahu ikhlas ke tak lagi.” Balasku sedikit gagap.

“Yelah dari nadanya pun dah tahu yang awak tak ikhlas nak maafkan,” aduh mamat ni ada kuasa pula boleh detect orang tu ikhlas atau tak ikhlas. Hebat!

Tapi betul juga, tak guna aku nak marah lebih-lebih sebab dia pun bukan sengaja. Aku mengerlingkan mata ke arahnya lalu berkata,

“Okay aku ikhlas maafkan awak , dah lupakan je apa yang berlaku tempoh hari,” balasku dengan tenang.

“Sungguh ni, kalau baju tempoh hari nak diganti bagitau saya sudi ganti yang baru,” balasnya lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience