BAB 7

Romance Completed 7653

“Kenapa datang ke sini?” tanyaku usai Afzal selesai menyanyikan lagu Hael Husaini yang bertajuk ‘Jampi’.

“Entahlah, mungkin sebab bosan duduk di rumah so saya datang ke sini.” Jawab Afzal tenang.

“Amboi bukan main, asal bosan terus datang ke rumah aku lah? Ada apa dengan rumah aku ni? Memang kalau datang ke sini kebosanan awak akan hilang ke?” tanyaku berseloroh dan disambut dnegan tawa kecil dari Afzal.

“Entahlah kenapa, tapi ada sebab saya datang sini,” jawab Afzal pula.

“Apa alasan awak ?” tanyaku sedikit ingin tahu.

“Sebabnya saya ada nak beri sesuatu pada awak,”

“Apa?” tanyaku lagi berminat.

“Saya nak persembahkan lagu ini kepada awak,” dan seraya itu Afzal menyanyikan lagu nyanyian Marcell dengan begitu merdu lagi. Aku seperti biasa bagai dijampi terkena panahan magis suara Afzal.

“Andrani, saya suka pada awak, sudi tak kalau awak jadi kekasih saya,” tanya Afzal memecah kesunyian selesai sahaja dia mendendangkan lagu tadi untuk aku.

‘What?!!! For real?’ Tanyaku dalam hati serasa bagai mahu melompat-lompat bintang dek teruja an bagai tak peraya mendengar kata-kata Afzal ini. Sudah tentu aku gembira mendengarnya tapi sejujurnya akuu masih belum bersediah untuk memberikan jawapan pada saat ini.

“Maaf ya kalau awak rasa ini mengejut da terburu-buru, tapi saya dah lama memikirkan tentang hal ini. Saya mulai rasa selesa berkawan dengan awak. Apa salahkan tindakan saya ini pada awak?” tanya Afzal dengan lembut, masih lagi membahasakan dirinya saya dan awak, sungguh sopan santun berbeza dengan aku yang agak kasar ini.

“Tapi..”

“Tapi apa Andrani, awak sudi tak jadi kekasih saya?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience