BAB 13

Romance Completed 7634

Kami mulai bergurau senda dan berbull hingga tak sedar masa berlalu begitu cepat.

“Eh cepatnya sampai rumah, tak sangka kejap je kita jumpa,” ucapku berseloroh.

“hahaha.. Tak puaslah tu, cakap jelah yang awak rindu saya dan nak saya dengan awak kan??” usik Afzal sambil mencuit lembut hidungku.

“Eleh perasan la!.”

“Apa awak nak saya temankan awak hari ini? Kan dah berbulan lamanya kita tak bertemu.” Tanya Afzal serius.

“Ikutkan hati memang nak, tapi bagaimana dengan praktis? Kasihan dengan member-member yang lain tunggu awak .” Tanyaku.

“Ha’ah itulah pasal, so awak fahamlah ni kan? Ternyata awak memang kekasih yang cukup memahami, .” Ujar Afzal yang tadinya serius kini cuba bergurau dengan aku. Saja je dia mahu menduga aku. AMboi bukan main dia nak kipas sampai sanggup buat muka comel macam tu.

“Oh macam tu rupanya skil awak nak pancing saya ya, dah pergila praktis,” balasku berpura-pura merajuk seraya kelua dan menutup pintu kereta agak kuat.

Afzal seakan terkejut namun aku terus sahaja menghayun kaki menuju ke pintu pagar rumah dan tak semena-mena Afzal menarik tanganku semula.

“Eh apa lagi ni, kan awak ada latihan.” Tanyaku sedikit merajuk.

“Tapi saya masih rindukan awak, apalagi kalau tengok muka awak yang sedang merajuk ni, makin tak tenang duduk jadinya. Manis sungguh.”

“APa awak cakap? Sukalah tu tengok saya marah?” aku melenting manja.

“Okay okay dah jangan marah, sorry kalau buat awak marah dan sakit hati,” ucap Afzal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience