BAB 11

Romance Completed 7634

Aku melabuhkan punggungku duduk di sofa dan aku mula perasan Afzal yang sedari tadi memerhatikan gerak geriku hanya tersenyum memandangku. Sesekali aku mengerling memerhatikannya namun dia tidak mengendahkanku.

Latihan diteruskan semula. Sambil menanti mereka berlatih aku mebuat hal ku sendiri.

Ku capai telefon bimbit di beg tanganku lalu aku mula meluncur skrin dan menekan aplikasi Twitter.

Bagai jatuh jantungku melihat apa yang baru aku saksikan. Tidak mungkin rakan sekerja ada hubungan special seperti ini. Aku memandang Afzal dan Widya silih ganti dan aku perasan ada satu pandangan yang agak lain oleh Widya kepada Afzal.

Ada apa dengan pandangan itu? Jangan-jangan Widya suka dengan Afzal. Afzal pula ku lihat masih fokus pada latihan vokalnya. Lalu ku kalih semula laman Twitter yang masih termpampang di skrin hp.

Okay Widya sayang, see you there! {} RT @WidyaAngel thanks Afzal, cant hardly wait! :) RT @ Afzal_inhisworld I’ll wait for you!

Aku terdiam. Lidahku kelu untuk berbicara. Mataku sedari tadi fokus pada skrin handphone yang ada di tanganku. Satu demi satu twit mereka ku baca. Mengapa Afzal boleh memanggil orang lain dengan panggilan ‘sayang’ selain aku? Aku menatap Afzal sekali lagi. AKu bingung. Afzal masih lagi fokus pada latiannya sam a sekali tidak mengendahkan aku. Tapi tak mengapa , aku juga tidak mahu dia sampai dapat menghidu aku yang sedang dalam keadaan curiga dan bingung ini. Namun…

“ Afzal, aku pulang dulu ya,

“ kucapai beg tanganku lalu segera beredar dari situ.

“Andrani, Andrani tunggu!” berkali-kal Afzal memanggil namanku namun tidak ku pedulikan. Ku kalih ke belakang dan melihat dia sedang mengejarku. Langkahku percepatkan, baru sahaja aku ingin membuka pintu untuk keluar pantas sahaja Afzal mencapai tanganku dan menarikku masuk ke dalam semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience