BAB 15

Romance Completed 7653

“Tapi kalau dia tak penting, kenapa siap panggil sayang bagai kat dia di Twitter?”

“ohh.. itu tak ada apa, cuma sebagai tanda apresiasi dan sekadar bergurau tanpa ada rasa apa-apa. Tanda terima kasuh sahaja sebab dia sudi membantu sayaa susun schedule yang dah caca merba selain dia sudi nak atur latihan hari ini. Itu sahaja, takkan awak cemburu sayang? Cemburu la tu?’ Afzal cuba meneka lagi.

“Ya tadinya cemburu tapi sekarang tak lagi. Siap awak kalau awak bermain cinta semula dengan dia.”

“See kan bagus mengaku diri cemburu, tak mengapalah sayang kalau cemburu, kan cemburu tanda cinta!”

“Fine! Ya memang saya cemburu dan sakit hati! Ya kerana saya sayang awak saya cinta awak! Puas hati awak?” tanyaku berppura-pura marah dan protes namun dalam hati Tuhan saja tahu gembira bukan kepalang.

“Sayang ni selalu buat saya ketawa, lucu dan manja betul orangnya. Okaylah saya balik ke studio dulu ya. Nanti saya call awak. Bye sayang dan jangan lypa makan ya,” pesan Afzal lalu menuju ke pintu pagar.

“I love you sayang!” jeritku pada Afzal dan ternyata Afzal terkejut.

“I love you too Andrani” balasnya.

Sungguh aku merasa sangat bahagia saat ini. Aku ingatkan Afzal mengkhianati cinta kamu rupanya ternyata semua yang bersarang adalah andaian negative ku sahaja. Ya tak hairan aku bersikap aneh seperti itu, kerana aku semakin oasti bahawa aku mencintai dan menyayanginya.

Aku merebahkan tubuhku diatas katil dan pandanganku terlihat ruang kosong disisiku. Alangkah bahagianya andai saat ini aku dapat memeluk Afzal di sisiku. Sampai bila-bilapun, Afzal selalu membuat aku bahagia. AKu membayangkan sedang memeluknya saat ini, erat dalam dakapanku.

Dia adalah insan yang telah mewarnai kehidupanku, dan pengajaran yang aku belajar hari ini adalah, dalam berkasih kita harus memainkan peranan dan saling menjaga hati. Andai terluka dan curiga, katakan jangan dipendam kerana bisa saja ia menjadi selumbar yang mengoyak cinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience