Bab 11

Romance Series 2053

Sudah seminggu Mimi berada di kampus. Dia juga semakin serasi dengan Aiman. Maklum la. Aiman kini menjadi sahabatnya. Lihat, sekelip mata sahaja musuh boleh jadi sahabat. Tiada istilah mustahil.

Mimi dan Aiman makan malam di sebuah restoran biasa. Mimi yang ajak. Kalau ikut Aiman, dia nak makan di restoran western food. Tetapi, bak kata Mimi, 'kita kena perjuangkan makanan-makanan melayu. Ni tak, asyik nak makan makanan orang luar je. Mana makanan melayu tak pupus.'. Aiman tidak marah malah dia ketawa. Gaya Mimi dah macam ibu-ibu yang tak bagi anaknya makan makanan orang putih.

"Kau nak makan apa?" Tanya Mimi. Aiman kelihatan buntu memilih makanan. Dia tahu Aiman agak rimas dengan suasana yang sesak di restoran itu.

"Kau order je la makanan yang sedap untuk aku." Putus Aiman. Dia malas nak fikir.

"Eh eh. Kau yang nak makan, aku pulak tang kena orderkan."

"Order kan je lah. Jangan banyak cakap."

Akhirnya Mimi beralah. Dia memesan makanan yang sama untuk mereka berdua. Air pun sama.

"Weyh, kau sayang aku tak?" Mimi saja ingin mengusik Aiman. Tapi, wajah Aiman kelihatan tenang saja. Matanya tidak berganjak dari telefon pintarnya.

"Tak." Jawab Aiman selamba. Sebenarnya dia sangat sayang gadia di hadapannya itu. Tapi, belum masa yang sesuai.

"Eleh. Tak pe la. Aku nak balik." Mimi buat gaya merajuk dan bangun dari tempat duduk.

"Jangan nak mengada sangat. Duduk." Aiman menudingkan jari sambil buat isyarat suruh duduk. Mimi mimi.Kuat merajuk betul.

"Tak nak."

"Aku kata duduk. Ini satu arahan. Bukan satu jemputan ye cik kak."

"Huh. Suka hati je nak arah-arah orang." Mimi duduk dalam paksa. Tapi dia bersyukur juga sebab Aiman suruh duduk. Kalau buatnya Aiman pun suruh dia balik tadi, dia nak balik naik apa. Dah la datang pun dengan Aiman. Malam-malam ni susah nak dapat teksi.

"Mesti la aku sayang kau. Mimi yang kuat merajuk. Kawan baik aku yang paling keding." Semuanya disenaraikan. Tapi Mimi tak marah. Dalam hati dah berbunga-bunga.

"Hrmm. Ikhlas tak ni?"

"Tak."

"Betul-betul la."

"Ye. Ikhlas."
Aiman memandang Mimi sekilas.

"Mimi."

"Yup."

"Nape family kau panggil kau Lily."

"Mak aku kata, dulu waktu kecik aku asyik menangis je kalau panggil nama Mimi. Tu yang mak aku panggil nama Lily. Lagipun nama aku kan Mimi Dalily. Apa salahnya?"

"Kalau macam tu, aku panggil kau Lily jugak la."

"Eh tak boleh."

"Kenapa?"

"Hanya orang yang tertentu je boleh panggil aku Lily. Sebab nama Lily tu spesial. And bakal orang yang spesial dalam hidup aku boleh panggil aku Lily."

"Gedik. Tapi Amira boleh panggil kau Lily."

"Aku kawan dengan Amira since sekolah menengah lagi tau. Memang la boleh."

"Kalau aku nak panggil kau Lily jugak?"

"Tak boleh. Orang spesial je boleh panggil."

"Kalau macam tu, biarlah aku jadi orang spesial tu."

"What?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience