Bab 4

Romance Series 2053

Selesai kelas pertamanya pagi ini, dia terus ke kafe dengan Amira. Dari tadi air mukanya suram sahaja. Amira juga perasan, tapi dibiarkan saja.

"Kau nak order apa-apa tak?" Amira memecahkan kebisuan. Tidak tahan dia dalam keadaan begitu.

"Teh 'O' ais." Mimi menghadiahkan senyuman tawar pada Amira.

Amira berlalu untuk memesan makanan. Dia kembali setelah 5 minit.

Minuman diletakkan di atas meja. Dia memesan minuman yang sama.

"Kau ni kenapa Lily?" Tersedar dari lamunan.

"Tak ada apa-apa. Cuma aku pelik la, macam mana mamat bajet tu boleh tersesat dekat kolej kita." Mimi menyedut minuman yang dipesan tadi sambil pemikirannya terbang jauh.

"Itu ke mamat bajet yang kau cerita kat aku tu? Macam tak percaya je. Kau panggil dia mamat bajet? Lily lily."

"Aku saja je gelar dia mamat bajet. Sape suruh cari pasal dengan Mimi Dalily.."

"Dia handsome kott..."

"Kau memang. Pantang nampak lelaki handsome."

"Eleh, biarla. Lagipun, dia akan gantikan Tuan Khalid selama seminggu ni. Dapat la aku usyar dia hari-hari." Amira buat nada gedik. Semua yang tengok Aiman pun akan cair.

"Haaa? Maknanya dia akan masuk kelas kita sepanjang minggu ni?"

"Iya. Dia akan gantikan Tuan Khalid. Ala, seminggu je."

"Tuan Khalid pergi mana?"

"Dia ambik cuti kahwin lagi."

"Kau biar betul. Bukan ke dia dah kahwin 2 dah?"

"Yela. Dia kahwin lagi satu."

Tercetus ketawa diantara mereka. Diorang ni kadang-kadang, benda tak lawak pun boleh jadi lawak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience