Bab 12

Romance Series 2053

Sejak kejadian dikedai makan malam itu, Mimi semakin sebokkan diri dengan pelajan. Dia juga sering mengelak dari bertemu dengan Aiman. Ada saje alasannya bila Aiman ajak keluar. Aiman juga sedar dia semakin kehilangan Mimi.

"Mimi, jom lunch." Sapa Aiman melihat Mimi berjalan keluar dari bilik kuliah.

"Erk, tak boleh la. A...aku dah janji nak lunch dengan Amira. Ha, Amira. Betul, aku tak tipu." Mimi mencari alasan. Dia kalau boleh tidak mahu bertemu lun dengan Aiman.

"Aku tak cakap kau tipu pun." Aiman dah agak. Mesti alasan yang akan keluar dari mulut Mimi.

Aduhh.. Kantoi. Cari alasan Mimi..cari.

"A..aku pergi dulu. Bye." Mimi kira-kira ingin berlalu. Tetapi pantas tangannya ditarik kasar Aiman.

"Ish, apa ni. Orang tengokla."

"Biar la orang tengok."

"Aiman Fariq." Jerkah Mimi membuatkan beberapa pasang mata tertumpu pada mereka. Aiman jugak agak terkejut apabila Mimi meninggikan suara.

"Aku cakap aku tak nak. Kau faham ke. And aku harap lepas ni kau jangan kacau hidup aku lagi." Mimi menarik tangannya apabila dia terasa genggaman Aiman semakin lemah. Dia terus berlalu.

Aiman tergamam dengan amaran Mimi. Dia tidak menyangka yang Mimi boleh bertindak sedemikian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience