Bab 10

Romance Series 2053

Cuti semester Amira dan Mimi berlalu dengan begitu cepat. Hari ini, mereka akan pulang ke kampus kerana esok kuliah akan berjalan seperti biasa.

Mereka mengangkat beg bagasi lalu diletakkan pada bonet kereta Myvi milik Amira. Mereka sudah bersiap-sedia untuk pulang.

"Oklah mak abah. Lily balik dulu ye. Assalamualaikum." Tangan mak dan abahnya dikucup sebelum memasukkan diri kedalam. kereta.

"Waalaikummussalam. Hati-hati. Amira, bawak kereta tu elok-elok. Jangan bawak laju-laju. Biar lambat, asal selamat. Nanti kalau ada masa lagi, pintu rumah mak cik sentiasa terbuka." Mak Siti sempat memberi nasihat kepada Amira. Risau kalau-kalau sesuatu yang tidak diingini berlaku. Yelah, anak dia seorang sahaja. Amira juga sudah dianggap anaknya.

"In Syaa Allah. Kami pergi dulu ya. Assalamualaikum" Ucap Amira buat terakhir kali. Kereta dipandu. Semakin jauh dari perkarangan rumah Mak Siti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience