Bab 15

Romance Series 2053

"Lily...." Amira yang baru melangkah masuk ke dalam rumah terus memeluk sambil air mata yang berjurai Mimi yang sedang berdiri di ruang tamu.

"Kau ni dah kenapa?" Mimi hairan dengan tindakan Amira. Tidak pernah-pernah Amira begitu.

"Kau jahat." Amira menangis lagi,

"Jap. Cuba kau cerita dekat aku. Kenapa ni? Apa salah aku?" Mimi meleraikan pelukan. Membawa Amira ke sofa dan merebahkan punggung disitu.

"Kenapa kau tak pernah cerita yang kau ada brain cancer? Kau jahat. Kau janji dengan aku yang antara kita tak ada rahsia. Tapi apa ni?" Tangisan Amira semakin kuat. Mimi terdiam.

"Ya. Betul. Aku ada brain cancer. Stage 4. Doktor kata aku ada beberapa bulan je lagi nak hidup. Aku tak cerita dekat kau sebab aku tak nak kau risau. Aku tak nak kau sedih. Aku sayang kau." Air mata Mimi sudah bertakung di tubir mata. Bila-bila masa sahaja ia akan jatuh.

"Tapi kau buat aku lagi sedih kau tahu tak. Aq pun sayang kau Lily." Sekali lagi Amira menarik Mimi kedalam pelukannya.

"Assalamualaikum." Aiman berdiri didepan pintu. Mimi terkejut dengan kedatangan Aiman.

"Waalaikummussalam. Kau nak apa? Kan aku dah cakap jangan kacau hidup aku?" Mimi cepat-cepat menyapu air matanya.

"Lily, aku naik dulu ye." Amira meminta diri. Ingin memberi ruang kepada mereka.

"Mimi, sebab ni ke kau tolak aku? Sebab ni ke?" Aiman mengambil tempat disebelah Mimi. Terus dia tanyakan soalan yang dia benar-benar ingin tahu.

"Ya. Sebab ini."

"Tapi kenapa?"

"Sebab aku tak layak untuk kau. Lelaki sesempurna kau layak untuk wanita yang sempurna. Aku tinggal beberapa bulan je lagi nak hidup." Dada Mimi mula berombak. Dia tidak dapat menahan lagi rasa yang terbuku dihatinya. Dia menghemburkan semuanya. Mimi terus ditarik didalam pelukan Aiman. Dia tidak berdaya menolak. Jujur, dia selesa dalam keadaan begitu. Tapi, takdir dia mungkin bukan untuk bersama Aiman.

"Dah dah. Jangan menangis." Aiman cuba memujuk Mimi. Setelah tangisannya semakin mengendur, perlahan Aiman ditolak.

"Mimi, dengar sini. Aku cintakan kau. Dan cinta aku bukan sebab berapa lama kau hidup. Mati itu pasti, Mimi. Tolongla." Aiman kedengaran merayu. Tetapi Mimi masih membisu.

"Tiada manusia yang diciptakan sempurna. Termasuk aku. Biarlah doktor kata kau ada satu hari pun untuk hidup, aku tetap dengan keputusan aku. Kahwin dengan aku?" Mimi mengangkat muka. Biar betul Aiman ni. Tak pernah ada lelaki yang sanggup terimanya selama ini gara-gara penyakit yang dihadapinya. Tetapi Aiman...

"Betul kau cintakan aku?"

Aiman mengangguk.

"Walaupun hidup aku tak lama?"

"Ajal tu ditangan Allah."

"Baiklah. Aku terima." Membulat mata Aiman mendengarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience