Bab 2

Romance Series 2053

"Ish. Geram aku tahu tak? Suka hati dia je. Memanglah rumah dia tapi kalau bising tu kt rumah dia je takpa. Eiiii, geramnya aku. Aku benci dia sangat-sangat. Dah la poyo, bajet, sombong. Semua yang negatif, semua dialah." Mimi berjalan beriringan menuju ke kafe kampus dengan Amira sambil menceritakan insiden yang berlaku semalam.

"Alah, kau ni. Tak baiklah benci orang sesuka hati, biarlah kat dia. By the way, cuti sem ni kau balik kampung ke?" Amira mengubah topik. Sengaja ingin menyejukkan angin Mimi.

"Haah. Aku balik kampung. Aku rindu sangat kat mak dan abah aku." Sudah terbayang-bayang wajah mak dan abahnya difikiran. Rindu benar dia pada mak dan abahnya.

"Ermm,kalau aku nak ikut kau boleh tak?" Amira ingin benar merasakan suasana dikampung. Dia jarang pulang kekampung mama atau papanya kerana mereka sering sibuk dengan pekerjaan masing-masing.

"Sure. Why not?" Mimi berasa sangat teruja. Dikampung, dia jarang keluar kerana dia tidak mempunyai ramai teman. Keluar pun, pergi sungai.

"Serius. Yeayy. Ada jugak teman aku cuti nanti. Mama dengan papa aku pergi outstation kat Singapore." Amira berasa lega. Sekurang-kurangnya dia ada teman ketika cuti nanti.

Setibanya mereka di kafe, mereka mengambil tempat dibawah kipas. Mimi agak terkejut apabila dia terlihat sesusuk tubuh yang baru sahaja dia cerita pada Amira sebentar tadi. Dia bertambah pelik apabila mamat itu sedang bersarapan dengan Tuan Khalid, pensyarah di kampus itu. Bukan calang-calang student yang boleh cakap dengan dia.

"Lily, kau usyar apa? Sampai aku ajak order makanan pun kau tak dengar." Suara Amira mengejutkan Mimi.

"Err, jom la makan tempat lain. Aku tak ada selera nak makan dekat sini." Mimi menarik tangan Amira keluar dari kafe itu. Siapa sebenarnya lelaki itu?

Amira ikutkan saja kehendak kawan baiknya sorang itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience