Bab 3

Romance Series 2053

Mimi mula membuka seribu langkah. Dia bangun lewat. Lupa yang pukul 9 pagi dia ada kelas. Dia sayang nak ponteng sebab seminggu je yang tinggal sebelum start cuti. Habis la dia kena marah dengan Tuan Khalid yang cengeng tu.

"Ya Allah. Mintak-mintak la Tuan Khalid tak ada" Dia tidak nampak kereta Tuan Khalid harini. Jadi, siapa yang menggantikannya?

Pintu kuliah diketuk. Setelah mendapat kebenaran masuk, pintu dikuak perlahan. Dia agak terkejut. Benar, Tuan Khalid tidak ada. Tetapi kenapa yang pensyarah yang menggantikan Tuan Khalid adalah....... Mamat bajet yang gaduh dengan dia haritu.

"You late." Suara lantang itu mengejutkan Mimi.

"Saya mintak maaf tuan." Mimi menunduk. Macam mana la mamat bajet ni boleh tersesat dekat sini.

"Sebagai denda, awak kene berdiri dekat situ sampai habis masa saya." Kepala diangkat laju. Mak aii. Dah la kelas ni satu jam setengah. Mati aku.

"Awak boleh duduk di tempat awak." Mimi dibenarkan duduk ditempatnya. Tak sampai hati Aiman lihat gadis itu berkejang kaki hanya kerana datang lambat. Macam la sebelum dia jadi lecturer dulu dia tak pernah lewat.

Mimi menuju ke tempat duduknya. Aku tak faham betul la dengan mamat bajet ni. Tadi suruh berdiri sampai habis waktu la, apelah. Tiba-tiba suruh duduk. Mimi mimi... Sepatutnya kau bersyukur. Bukan merungut. Haih..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience