Bab 14

Romance Series 2053

"Be..be..betul ke ubat ni milik Mimi?" Aiman sudah terketar-ketar.

"Nama dia yang tertera disitu. Kenapa ni Aiman? Ni ubat apa?" Amira semakin risau. Reaksi Aiman juga membuatkan dia tidak senang duduk.

"Ni..ni..ubat...brain cancer.." Tersekat-sekat Aiman menjawab. Jelas terpapar muka terkejut Amira. Aiman sudah berlinang air mata. Tak mungkin.. Kenapa Mimi tidak pernah beritahunya. Kenapa..

"Aiman. Serius tak lawak." Amira cuba menafikan apa yang baru dia dengar. Air matanya juga sudah jatuh dari tubir mata.

Ya Allah. Kesiannya Mimi. Selama ini, Mimi sedang bertarung nyawa. Patutla Mimi selalu sakit kepala. Tapi dia ingat sakit kepala biasa kerana Mimi tidak pernah ceritakan apa-apa. Mimi tetap tersenyum walaupun dia sedang sakit sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience